BAB 6 (#TAJI)

Romance Series 3704

"letak ubat ni dalam minuman dia, jangan terlebih dose, mati budak tu naya aku nanti." Megat, menyuruh pelayan kelab malam itu letak sejenis serbuk ubat tidur di dalam minuman Sufia sementara dia pergi ke tandas. Tidak serik di'jentik' oleh abang Sufia, Megat tak habis nak cari masalah.

"Hai cik, jemput minum." Seperti yang disuruh, pelayan kelab malam itu hantar minuman kepada Sufia.
"Maaf, saya tak ada order air." Setahunya, dia tidak ada memesan minuman.
"Minum je, Megat yang pesankan untuk awak tadi."
"Ok, terima kasih."

Sufia tidak tahu, air yang dia minum itu adalah minuman keras dan telah dicampurkan dengan ubat tidur untuk bagi Sufia melayang cukup habis. Kebetulan, Akibat Sufia terlalu dahaga, Sufia bedal minum air tersebut.

"Bodohnya kau budak, kesian." Kata Megat dalam hatinya melihat kebodohan Sufia yang mudah tertipu.

Tidak lama selepas itu, pandangan mata Sufia sudah mula kabur dan kepalanya pusing akibat kesan ubat yang diletakkan oleh Megat. Bila begitu, Megat yang nampak Sufia seperti mabuk pergi dekat Sufia.

"Sayang, get ready for tonight okay, I akan buat you melayang jauh." Megat, memapah Sufia yang sudah mabuk akibat kesan daripada Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang telah diletak di dalam minuman Sufia tanpa Sufia perasan.
"Syed, astagfirullah, apa adik kau buat kat kelab malam tu?!" Kawan Syed, Izzat nampak Sufia dipapah oleh seorang lelaki masuk ke dalam kelab malam.

"Ya Allah! Haish," Syed yang sedari itu segera keluar dari keretanya dan kejar Sufia yang sudah dipapah masuk ke dalam.

"Hey! You custemer baru ke?" Dua orang lelaki cina halang Syed yang ingin masuk ke kelab malam itu.
"Apa adik saya buat kat tempat maksiat ni?!"
"Bagi IC you baru bagi masuk."
Gedebuk!

Muka cina tersebut ditinju oleh Syed akibat tidak mahu memberinya masuk. Syed masuk juga setelah belasah dua orang cina sampai mereka pengsan.

Setelah itu, Muka Megat pula ditinju dua kali sampai lembik badan Megat. Seraya, Syed memapah adik perempuannya keluar dari tempat maksiat ini hingga ke dalam perut kereta Alza yang berpakir berhampiran.

"Kalau mama dengan papa aku nampak ni, confirm Papa hentam teruk adik aku ni." Kata Syed.
"Nasib kita nampak,"

"Aku nampak tadi, mamat tak guna tu nak perkosa adik aku!"

Tidak lama kemudian, mereka tiba di rumah Syed. Syed mengucapkan terima kasih kepada rakannya yang telah hantarnya ke rumah. Semasa Syed papah adiknya ingin masuk ke dalam, Sufia muntah teruk di longkang rumahnya. Selesai Sufia muntah, Syed segera papah Sufia.

"Ya Allah, kenapa dengan adik?" Tanya Puan Rossa yang ada di muka pintu lihat anak perempuannya sudah seperti mabuk dipapah oleh Syed. Syed agak terkejut juga dengan kepulangan Puan Rossa pada malam ini. Sepatutnya besok. Entah apa yang Sufia merepek, Syed tidak faham.

"Ada orang cuba nak aniyai adik ma, nasib baik abang nampak." Jawab Syed.

"Lebih baik kamu bawak adik naik atas, kalau papa nampak, teruk adik kena pukul." Nasihat Puan Rossa.

"Ye ma," Syed akur dengan arahan mamanya.

Syed papah Sufia sampai ke bilik tidur Sufia lalu membaringkan Sufia di atas katil. Sufia yang masih mabuk akibat kesan ubat tidur menggoda abangnya sendiri. Kolar baju biru Syed dicengkam oleh Sufia yang klimaks. Dia ingin menggoda abangnya sendiri dan ingin digoda oleh Syed sendiri.

"Ya Allah.." hanya kalimat Allah yang terucap bila melihat adiknya begini. Syed tahu, adik perempuannya bukanlah begini, salah memilih kawan.

Syed biarkan Sufia tidur. Dia menarik bahu Sufia sampai ke bantal.

****

"Hmm, besok birthday abang. Nak bagi hadiah apa yerk?" Sufia sedang fikirkan hadiah apa yang nak bagi masa tibanya harijadi Syed, abangnya.

Dalam iPhone 5s Sufia, Sufia telah set kan alarm dan take note tarikh yang cukup penting dalam hidupnya, seperti harijadi dirinya, mama, abang dan papanya.

Pada petang ini, Sufia hendak keluar pergi shopping mall, membeli hadiah untuk abangnya yang tersayang.

"Cik Fia, lawa-lawa ni nak pi mana?" Bodyguard Sufia, Ammar nampak Sufia ingin keluar pakai baju casual simple namun nampak cantik.

"Tolong hantar Fia ke mall," pinta Sufia. Ammar akur dengan kehendak Sufia tanpa tanya kenapa dan nak ke mana. Kerana Ammar tahu, waktu petang begini, Sufia suka lepak di mall bersama dengan teman-temannya. Tapi hari ini, Sufia tidak.

Tiba saja di mall, Sufia terus cari kedai menjual jam.

"Cik Fia nak beli hadiah untuk siapa? Haaa, boyfriend ye?" Tanya Ammar yang tertanya-tanya Sufia beli hadiah untuk siapa. Adakah untuk boyfriend?
"Hish! Boyfriend apa bendanya, untuk abang lah. Besok kan birthday abang."
"Oh ye, birthday Tuan Syed besok." Baru Ammar teringat.

"Ye cik, boleh saya bantu?"
"Bagi saya jam jenama Rolex Daytona yang warna gold ni. Lepas tu boleh tak cik tolong balutkan dengan kertas hadiah cantik-cantik?" Pinta Sufia kepada jurujual itu.
"Boleh, tiada masalah. Tunggu sebentar ya."

Tidak lama kemudian, jurujual sudah balutkan kotak jam seperti yang Sufia minta. Jurujual itu menyerahkan paper bag gif yang mengandungi hadiah jam berjenama Rolex Daytona.

Sufia sanggup belikan jam jenama Rolex Daytona yang bernilai RM389 untuk dihadiahkan kepada abangnya.

Mesti abang suka jam ni.

Sementara di rumah, Puan Rossa sibuk menyediakan hidangan istimewa untuk menyambut harijadi anak terunanya, Syed. Antara menu yang dihidangkan adalah, pulut kuning, pencuci mulut, puding karamel, nasi beriani dan lauk sampingan, kurma ayam. Sungguh mengiurkan. Semuanya sudah terhidang cantik, dibantu oleh anak gadisnya, Sufia.

Kek juga dibeli. Kek secret recepi dikeluarkan dari peti sejuk dan diletakkan di atas meja.

Rossa:"Adik, itu bukan jamah namanya, banyak makan je ye."
Sufia:(menjilat sudu sudah habis makan puding karamel)"sedaplah mama buat."
Rossa:"yelah, karang makanlah puas-puas, tunggu abang balik. Nanti tak jadi surprise."
Sufia:"yelah."

Sufia mengambil gambar hidangan makanan yang telah dihidangkan cantik. Sufia juga hiaskan dengan beberapa biji belon. Sebentar lagi, Syed akan pulang. Sufia dan mamanya, get ready menyambut kepulangan Syed. Suis lampu ditutup bagi jadi gelap supaya Syed tidak perasan kejutan yang akan dilakukan.

Bergelap Sufia dan Puan Rossa. Hanya ada cahaya lilin di meja makan.

Tidak lama kemudian, Syed balik dari kerja. Sebaik Syed petik suis lampu, Syed terkejut sikit apabila terdengar seperti benda meletup.

"Happy birthday!" Ucap Sufia dan Puan Rossa serentak.

Tersenyum Syed yang baru perasan hidangan di atas meja dan adik dan mamanya buat kejutan istimewa itu. Hilang segala letih.

"Mama, adik, wah! Hehehe." Tak terkata terharu dengan kejutan istimewa.

"Selamat hari jadi untuk anak mama. Umur semakin meningkat, mama doa agar dapat jodoh." Kini, umur Syed mencecah dua puluh enam tahun. Puan Rossa mendoakan agar anak terunanya cepat dipertemukan jodoh.
"Terima kasih mama." Ucap Syed kemudian kucup pipi Puan Rossa.
"Ni, hadiah untuk abang." Sufia, menghulurkan hadiah untuk abangnya dengan sekuntum senyuman yang diukirkan.
"Terima kasih adik," kata Syed sambil mengacak rambut Sufia.
"Jomlah kita makan,"
"Sedapnya mama masak. Abang lapar ni."

Baru teringat kek yang dihidangkan tadi. Sufia potong kek. Ingin menyuapkan ke dalam mulut abangnya semasa Syed sedang sedap makan nasi beriani. Pembantu rumahnya menjadi jurugambar.

"Abang, aaaa.. buka mulut." Kemudian, suapkan kek coklat strawberi ke dalam mulut abangnya, perangai nakal Sufia tak pernah berubah, Sufia calitkan krim coklat di hidung Syed. Syed tergelak kecil kemudian dia balas balik. Puan Rossa berasa lucu melihat gelagat dua beradik itu.

"Nakal adik abang ni."
"Hehehe."

Mereka menikmati hidangan dengan penuh berselera. Sudah itu, Syed terus masuk tidur.

Tersenyum Syed melihat hadiah yang diterima daripada adik perempuannya, Sufia yang berupakan jam berjenama Rolex Daytona. Permukaan kotak kecil, tertampal stiker note kecil berwarna kuning dan tertulis beberapa rangkap kata.

"Tujuan adik bagi hadiah jam kat abang ni sebab adik nak abang hargai masa, sebab masa itu sangat berharga. Masa tak boleh diputarkan semula. Hanya akan terus berlalu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience