BAB 2 - (#TAJI)

Romance Series 3704

Kebetulan pula Syed lalu di tempat Sufia dan Megat pergi. Mata Syed memanas apabila melihat adiknya sudah berani jejakkan kaki ke kelab malam. Cepat Syed turun dari kereta dan mengaturkan langkahnya menuju ke arah kelab malam. Sebagai langkah berjaga-jaga, Syed menyeludup masuk dalam bagaikan seorang polis sedang menyamar sebagai pelanggan kelab malam untuk mencari suspek. Kemudian, mata Syed tertangkap pada Sufia yang sedang berkumpul bersama dengan sekumpulan lelaki dan perempuan. Mereka berkumpul tanpa mengira batas pergaulan. Syed cukup tidak suka adiknya berperangai macam tu.

Syed mengaturkan langkahnya lagi dan pergi ke kaunter pesanan. Syed masuk ke dalam kaunter dan mengacukan pistol secara senyap di belakang penjaga kaunter.

"Aku nak kau letakkan benda ni dalam minuman tu. " kata Syed perlahan kemudian dia menghulurkan serbuk kecil kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak berani bertindak kerana Syed akan tembaknya bila-bila masa sekiranya lelaki itu tidak mengikut arahannya lelaki itu pun meletakkan serbuk itu ke dalam dua gelas kaca yang ada  orange juice.

"Pergi.. " arah Syed. Lelaki itu pun membawa dulang minuman dan hidangkan minuman tersebut kepada Sufia dan Megat.

"Thanks. "

"Megat, jomlah kita balik. Kata Megat nak jumpa kawan kejap je. " Sufia tidak rasa selesa berada lama-lama ditempat begini. Seumur hidupnya, tidak pernah sekalipun dia jejakkan kaki ke tempat begini. Lagipun Sufia risau jika abangnya nampak dia masuk ke kelab malam kerana kelas lecturer Syed tidak jauh dari sini.

"Hah? " Megat dekatkan telinganya kerana dia tidak dengar suara Sufia bercakap kerana musik yang dimainkan sangat kuat.

Kali ini Sufia kuatkan suaranya dan ulang apa yg dia kata tadi. Megat tergelak besar.

"Lek ah Fia, kita enjoy la dulu. Darah muda harus bersuka ria! Hahahhaha... " kata Megat meneguk orange juice dan menari-nari mengikut rentak musik. Memang melekakan.

Sufia juga minum orange juice. Lega tekak rasanya. Tetapi bila Sufia perhatikan yang lain, mereka minum 'kencing syaitan '

Syed yang perhatikan Sufia dari beberapa jarak sentimeter menunggu masa Sufia dan Megat terkesan dengan air yang mereka minum. Tunggu ubat tidur meresap ke dalam badan mereka. Masa peruntukkan adalah cuma kelab malam itu  dikosongkan oleh pelanggan.

Pelanggan kelab malam mula beredar dari situ. Syed tersenyum sinis melihat adiknya mula seperti mabuk tidur, begitu juga dengan Megat. Tidak lama kemudian, Sufia dan Megat tidak sedarkan diri akibat ubat tidur berkesan bertindak meresap dalam badan hanya beberapa detik.

Syed tersenyum puas apabila rencananya terlaksana. Syed mengangkut jasad adiknya diangkut ke dalam keretanya kemudian diikuti dengan Megat. Syed mengupah salah seorang daripada pekerja kelab malam itu dan berikan arahan yang patut dibuat. Arahan diterima.

Sampai sahaja rumah kosong yang terbiar di kawasan terpencil, orang upahan Syed mengangkut badan Megat manakala Syed mengangkut tubuh adiknya. Kemudian, kedua-duanya dibawa masuk ke dalam rumah kosong yang terbiar diletakkan di atas kerusi.

Kemudian, Sufia dan Megat diikat pada kerusi. Bibir Sufia dan Megat juga ditampal dengan pita pelekat hitam.

"Tunggu je mereka berdua sedar. Biar aku uruskan sendiri. Budak mentah berdua ni senang nak diperah." Syed tahu apa yang dia perlu lakukan.

"Baik bos. "

Syed menyeluk poket seluarnya dan mengambil sampul surat coklat kemudian Syed serahkan sampul surat coklat kepada lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum puas kerana bila dia lihat isi kandungan dalam sampul surat berwarna coklat mengandungi sejumlah wang yang mencukupi. Kemudian lelaki itu beredar dari situ.

"Ummpphh.. Umpphh.. "

Syed yang berdiri di muka pintu lusuh seraya berpaling ke belakang apabila dia terdengar suara desahan. Dia tersenyum sinis apabila adiknya sudah sedarkan diri. Syed pasti Sufia dalam keadaan kebingungan dengan situasi ini. Mata Sufia membuntang melihat abangnya berada di sini. Sungguh tidak disangka. Apakah motif sebenar abangnya sampaikan sanggup menyulik adiknya sendiri?

"Sedar pun korang!" Syed tinggi suara sebaik Megat sedarkan diri.

Perlahan Syed melangkah ke arah Sufia. Sufia rasa macam nak menangis sekarang melihat abangnya sudah hilang akal. Syed
Menarik rambut panjang Sufia namun tidak terlalu kasar.

"Tak serik serik kena hentam dengan papa. Nak jugak ikut Mamat sekor ni. Kalau dah gatal sangat nk berlaki abang kahwinkan kamu sekarang jugak. Tapi bukan dengan Mamat ni!"

Sufia menggeleng kuat kepalanya tidak mahu. Usianya masih muda. Tidak puas lagi mahu merasakan keindahan alam remaja.

Megat juga seperti Sufia Kebingungan dalam situasi ini. Masakan dirinya boleh diculik. Syed berhurung diantara Sufia dan  Megat kemudian Syed menghentikan langkahnya ke Megat.

ZAPPP

Syed menyentap pita pelekat di bibir Megat kerana dia mahu dengar sendiri alasan Megat. Megat terdiam tidak berkata.

"Kenapa kau bawak adik aku dekat kelab malam tu?! Kalau nak buat dosa buat sendiri! Jangan angkut anak orang! Elok-elok mak bapak aku didik dia, kau cuba nak jatuhkan maruah keluarga aku hah?!" Syed tengking Megat.

"A-aku cuma nak Fia temankan aku je. Tak ada niat lain pun. " tergagap gagap Megat mahu menjawab pertanyaan abang Sufia. Syed tergelak sinis kerana jawapan Megat langsung tidak masuk akal.

"Bohonglah!! Jangan nak perbodohkan aku! " Syed cukup masak dengan perangai anak muda lelaki zaman sekarang ini. Banyak pengalaman yang dia tahu.

"Maaf bang.. "

"Aku bukan abang kau! Hey dengar sini ye, sekali lagi aku nampak kau keluar dengan adik aku bawak ke tempat maksiat tu, aku tuang minyak petrol dalam mulut kau Megat! "

Megat agak takut dengan ancaman abang Sufia kepada dirinya.

"Budak mentah macam korang berdua ni patut aku ikat dekat tiang dan depan orang ramai. Lepas tu lempar batu dekat korang biar sampai mampus!" Syed bersuara tinggi lagi sekali.

Sufia terkesan dengan kata-kata abangnya. Tidak pernah terdetik langsung dalam hati mahu melakukan perbuatan tidak elok seperti berzina dan minum arak. Apatahlagi mahu menjejakkan kaki ke tempat maksiat di kelab malam itu. Sufia cuma mahu temankan Megat sahaja.

Telefon pintar Syed berdering lagu bahasa inggeris berentak rancak. Kemudian Syed jawab panggilan telefon tersebut. Ternyata panggilan telefon dari mamanya, Puan Rossa.

'Mama.. Abang dah gila... Abang culik adik' Sufia bersuara dalam hatinya. Mahu menjerit.. Apakan daya bibir sudah ditampal dengan pita pelekat. 

"Ok mama.. Nanti abang cari adik. Jangan risau adik tak kemana-mana nya tu. " seraya Syed mematikan panggilan telefon.

Syed meleraikan tali ikatan di pergelangan tangan Sufia. Kemudian dia menyentap pita pelekat pada bibir Sufia pula. Sufia mengikut jejak langkah abangnya.

"Mereputlah kau Megat kat situ!" Syed menghukum Megat membiarkan Megat berikat di dalam rumah kosong yang terbiar itu.

Syed menarik pergelangan tangan Sufia dan menyumbat Sufia ke dalam perut kereta Honda hitamnya di seat depan. Sebaik sahaja Syed duduk di tempat pemandu, Syed menghempas pintu dengan kuat. Kedengaran Syed mengeluh berat.

Sufia dapat tahu apa yang akan berlaku. Sudah pasti abangnya membebel kat dalam kereta.

"Bawak bawaklah insaf dik. Dunia ni dah nak dekat akhir zaman. Janganlah terlalu ingka dengan dunia. " Syed seperti seorang ustaz memberi tazkirah.

"Abang jangan fikir bukan-bukan. Adik tak terniat langsung nak pergi kelab malam tu. " kata Sufia memberi alasan.

"Abang cuma tak nak adik abang terjerumus dalam dosa! Nak sangat berlaki aku panggil kawan-kawan aku suruh rogol kau kang."

Ya Allah, kenapa hari ni abangku bersifat pisko terhadap aku?

"Kejamnya abang. Abang tak sayang adik.. " Sufia menjebik bibir dan berpeluk tubuh kerana Syed buat dia ketakutan. Mata Sufia bergenang air mata. Menitis satu persatu. Dia menangis apabila Syed tengkingnya. Terhinjut bahu Sufia.

"Orang tengking sikit dah nangis. Umur dah dua puluh tahun, tapi perangai macam budak-budak. Matanglah sikit! "

Sufia  teresak-esak menangis seperti kebudak-budakan kerana ia terkejut dengan perbuatan abangnya tadi. Syed tidak mahu buang masa, dia terus bawa Sufia balik ke rumah kerana sudah tentu mama dan papa di rumah bimbang anak-anaknya tidak pulang pulang.

Setibanya di rumah, Sufia melangkah laju terus menuju ke dalam bilik tidurnya langsung tidak hiraukan mama dan papanya yang panggilnya. Syed masuk ke dalam sebaik Sufia menghempaskan pintu. Bedebang!

"Kenapa dengan korang dua beradik ni, bergaduh lagi? Ke.. Kau ni abang long kuat nyakat adik? " tanya papa

Syed melabuhkan punggung di aras sofa. Kemudian dia menjawab pertanyaan papa tapi belum sempat Syed nak buka mulut, Puan Rossa jawabkan soalan Encik Rashdan.

"biasalah, hormon perempuan ni kadang-kadang berubah jadi tak baik. " Puan Rossa fahamkan kaum lelaki yang tak faham tentang wanita. Syed hanya tersenyum. Baru Syed perasan yang mama dan papanya ada beli sekotak donut big apple.

"wow donut.. "

"Mama kamu ni mengidam nak makan donut big apple ni pula. "

"Tinggalkan untuk adik sikit.. " pesan mama. Syed mengangguk tanda faham. Seraya Syed menerkam seketul donut berkrim kiwi tenyeh dan makan donut itu.

Keesokan paginya..

Sufia bersikap pelik. Menghairankan Puan Rossa dan Encik Rashdan. Selalunya Sufia merayap dengan kawan-kawan. Asyik bersuka ria. Lepak sana sini.

"Hai.. Baik anak papa hari ni. Tak keluar dengan kawan-kawan ke? " tanya Encik Rashdan kemudian dia hulurkan mihun goreng kepada Sufia. Sufia jeling sekilas pandang abangnya.

"Tak papa hari ni adik duk umah je." jawab Sufia kemudian dia tunduk kepala menyuapkan mihun goreng. Tetiba menjadi baik.

"Baguslah macam ni. Tak elok anak dara keluar merayap. bahaya kat luar sana tu. "

Syed tersenyum sinis. Sekarang Sufia dah tak berani nak keluar tak tentu hala. Tambahan pula, dengan lelaki bukan muhrim. Sekali Syed 'jentik' adiknya, Sufia tak berani lagi nak ulangi kesilapan yang sama. Kalau nak keluar pun dengan izin mama papa dan abangnya.

Syed berbuat demikian adalah sebagai satu pengajaran kepada adiknya itu.

??????

"Siapa perempuan ni Megat? You pergi kelab malam dengan betina ni ke? " kekasih Megat iaitu Dalila panas hati apabila mendapat gambar melalui aplikasi whatsapp, Megat bersama dengan Sufia di kelab malam. Dalila berprasangka buruk kepada Megat. Unknown number mengirim gambar tu kepada Dalila

"You jangan salah faham. Dia just nak temankan I. "

"Tipu! You ada hubungan sulit dengan pompuan simpanan tu kan?! 

"No Del! "

Pandai Megat memutarbelit kenyataannya yang keluar berdua dengan Sufia. Dalila ditipu bulat-bulat oleh Megat. Megat menghela nafas lega kerana Dalila masih mempercayainya.

Megat membuat helah meminjam iPhone Dalila untuk melakukan sesuatu.

??????

"Macam mana adik boleh demam mama? " tanya Syed. Saat Syed menyentuh badan Sufia, terasa bahang panas.

"Tu yang mama tak tahu. Risau pulak mama adik demam ni. "

Puan Rossa dan Syed begitu tahu keadaan Sufia. Sufia memang susah nak kena demam. Tapi bila sekali Sufia jatuh sakit, susah nak sembuh.

Tetapi Syed terkilan.. mungkin kerana tindakannya malam tadi sampai membuatkan adiknya itu demam panas. Ataupun demam sebab nak dapat adik baru.

Puan Rossa tampalkan kool fiver pada dahi kepala Sufia. Sufia meracau dan meminta maaf. Puan Rossa tidak faham kenapa Sufia bibir Sufia tidak henti menuturkan kata maaf.

Encik Rashdan yang sedang membaca surat akhbar menerima notifikasi menerusi whatsapp. Encik Rashdan membuka telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp . Nombor telefon yang tidak dikenali telah menghantar gambar. Encik Rashdan memuat turun gambar yang dikirim oleh nombor yang tidak dikenali itu. Apa yang buat Encik Rashdan panas hati adalah, dalam gambar itu, dia nampak anak perempuannya keluar bersama dengan lelaki di kelab malam.

Seraya Encik Rashdan bangun dan menuju ke arah bilik tidur Sufia. Puan Rossa dan Syed tersentak apabila Encik Rashdan menengking panggil Sufia menyergah mereka. Laju langkah Encik Rashdan ke tepi katil Sufia dan Encik Rashdan mengamuk.

"Kamu pergi ke tempat maksiat buat apa? Nak jatuhkan maruah aku?!! EAARRGGHH!!? " Encik Rashdan panas hati melemparkan telefon pintar yang dipegangnya ke muka Sufia tanpa mengira apa-apa sampai pecah telefon pintar milik Encik Rashdan. Teramat sakit bahagian muka Sufia yang lemah tidak terdaya terkena. Syed dan Puan Rossa kaget melihat Encik Rashdan mengamuk sebegitu rupa.

"sabar papa.. adik tengah demam tu. " Syed cuba tenangkan papanya.

"Demam ke sakit ke.. dah buat salah tetap kena hukum!! " Encik Rashdan ingin mengheret kasar lengan tangan Sufia namun Syed tetap menghalang papanya yang mahu merotan Sufia.

"Cukup abang! Anak kita demam pun abang nak pukul dia! Sudahlah!"
Bunyi pintu dihempas kuat mengejutkan Puan Rossa dan Syed. Syed keliru bagaimana pula papanya boleh dapat tahu Sufia pergi ke kelab malam? Syed cuba sembunyikan perkara ini namun perkara ini tinggal tanda tanya bagaimanakah perkara ini sudah sampai ke pengetahuan papa.

BERSAMBUNG  ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience