BAB 7 (#TAJI)

Romance Series 3704

Tidak terasa masa begitu cepat berlalu. Sufia pun sudah tamat persekolahan dan peroleh keputusan cemerlang dalam SPM. Masa Sufia mengambil result spm, mama, abang dan papa temankan Sufia ambil. Sufia gembira kerana semua keluarganya ada. Berdebar-debar jantung Sufia menunggu keputusan SPM keluar.

Sudah semua berkumpul di dewan terbuka, pengerusi majlis tersebut berucap. Diikuti dengan guru besar sekolah menengah kebangsaan Tun Razak. Pengerusi majlis, iaitu penolong kanan memulakan dengan menyampaikan result spm pelajar yang mendapat straight A dan keputusan yang cemerlang. Sudah tiga orang pelajar yang penolong kanan berikan result kepada pelajar yang mendapat A.

"Pelajar ini mendapat empat A, tiga B dan satu C. "

Sufia menggengam tangan mamanya, Puan Rossa yang duduk di sebelahnya. Sambil mendukung Aqie

"Nur Dalila Syakila binti mohd Syakir. "

Sufia teruja kerana sahabat baiknya mendapat keputusan cemerlang. Dalila tersenyum ke arah Sufia dan Sufia tunjuk thumbs up kepada Dalila. Dadanya berdebar-debar menunggu gilirannya. Dia tidak pasti samada ada dapat A ataupun tidak. Apa yang dia tahu, dah cuba buat yang terbaik.

"Pelajar seterusnya.. Wow.. Dia peroleh tujuh A dan dua B. Pelajar tersebut adalah... Nursufia Raisya Binti Mohd Rashdan! "

"Tahniah dik.. " ucap abang dan papa. Dan juga mama.

Semua bagi tepukan gemuruh. Sufia terkaku seolah-olah tidak percaya namanya dipanggil. Puan Rossa, Encik Rashdan dan Syed sungguh gembira apabila Sufia peroleh keputusan cemerlang. Sufia seraya bangun dari duduknya dan ke depan untuk mengambil result. Puan Rossa, Encik Rashdan dan abang Sufia, Syed diarahkan turut sama ke depan untuk mengambil gambar sebagai kenangan bersama.

Sebelum Sufia beredar dari dewan terbuka, Sufia sempat menyalami tangan cikgunya dan berjumpa dengan rakan-rakan sekelasnya. Semua mengucapkan tahniah kepada Sufia.

"Congratulation Sofea.. You dapat keputusan cemerlang dalam spm. Teacher bangga dengan kamu. " cikgu George, ucap tahniah kepada anak muridnya, Sufia.

"Thanks teacher. Ini juga berkat usaha teacher ajar saya. Sejak teacher ajar kelas saya bahasa inggeris, saya semakin faham soalannya."

"Cikgu gembira dengan kamu semua. Dan cikgu bangga kerana anak murid cikgu berjaya. "

"Terima kasih cikgu.. Tanpa cikgu siapalah kami. I will miss you my teacher.. " Sufia rasa nak peluk je cikgu George, tapi bila fikirkan batas pergaulan, serta merta Sufia tepiskan niatnya.

"Terharunya saya.. " cikgu George terharu

Sebagai tanda terima kasih, Sufia dan Dalila memberi sekotak hadiah yang dibalut cantik kepada cikgu George sebagai tanda kenangan.

"Hadiah special for you teacher.. Hadiah ni dari saya dan Sofea," Dalila menyerahkan sekotak hadiah kepada cikgu George.

Sufia pergi ke arah mama, papa dan abang Syed yang sedang menunggunya di tapak perhimpunan sekolah. Waktu itu, cuaca redup. Angin sepoi-sepoi bahasa sungguh mengasyikkan. Ramai pelajar dan ibubapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

Sufia seraya peluk cium mamanya diikuti dengan papa dan abangnya Syed. Puan Rossa, Encik Rashdan dan Syed berasa gembira dan bangga kerana Sufia peroleh keputusan cemerlang. Tak sangka, dalam lembab lembab Sufia, dia dapat keputusan cemerlang.

"Tula abang kata.. Adik boleh buat.. Tengok apa hasilnya kalau adik rajin baca buku. " kata Syed kemudian dia mengusap rambut panjang adik perempuannya itu.

"Hari ni papa belanja kita semua dinner malam ni untuk meraikan kejayaan adik dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. " Encik Rashdan ingin belanja makan malam semperna meraikan kejayaan anak gadisnya.

"Yeay! Papa lanje makan.. " Sufia seronok gila.

"dah.. Jom.. "

"Eh jap! Kita ambil gambar dulu.."

Sebelum itu, Syed pinta salah seorang sesiapapun supaya mengambilkan gambar mereka empat sekeluarga di dataran perhimpunan sekolah. Sufia senyum manis dan pegang fail result ditujukan sekali.

"Sedia.. Satu.. Dua.. Klik! "

"Ok cun.. Terima kasih.. "

"No problem.. "

??????

Pada malam ini, Encik Rashdan sudah booking seat dinner di restoran makanan barat kegemaran anak gadisnya Sufia. Mereka sekeluarga sudah tiba di restoran mewah yang menyediakan hidangan makanan barat.

Encik Rashdan yang sedang memandu, memakingkan kereta Vellfire miliknya di hadapan restoran. Mereka sekeluarga berbaju sedondon berwarna kuning matahari.

Bila Sufia sampai je di meja, terlihat makanan sudah siap dihidangkan. Bermacam jenis hidangan. Semuanya berasaskan makanan barat. Makan besar lah nampak gayanya Sufia malam ini. Sufia senyum sampai ke telinga.

"Adik nak makan apa ambil je. Makan puas-puas sampai kenyang." kata Encik Rashdan.

"Abang terlajak happy tau adik dapat keputusan cemerlang. Abang upload gambar tadi kat Instagram, semua komen ucap tahniah kpd adik.. " kata Syed menunjukkan komen-komen ucapan tahniah kpd adiknya Sufia. Sufia rapatkan badannya dengan abangnya sebab nak tengok komen-komen Instagram abangnya. Sufia terharu ramai ucapkan tahniah.

"Dah makan.. Nanti sejuk makanan tu. "

"Jap.. Jap.. Selfie dulu.. " Sufia ingin berswafoto dengan keluarganya sebelum menikmati hidangan makanan barat. Kemudian Sufia upload gambar tersebut dekat laman platform sosialnya di Instagram dan FB dengan caption gambar

Instagram

?@syedsaddiq, @itsrossa @georgemichael dan 20,972 yang lain

@nursufiaraisya_ today dinner with my family ???? #dinnertime! TQ papa lanje makan malam.. Cyunk semua ??

30 minutes ago

Lihat semua 1,600 komen

Fac

DINNER WITH FAMILY ????

30 second ago

80 like 30 comment

Mereka sekeluarga mula menikmati hidangan makanan barat dengan penuh berselera. Ada seorang lelaki lingkungan umur dua puluh lima tahun datang dekat mereka sekeluarga.

"Hai Encik Rashdan. Kebetulan jumpa sini. "

"Zain, jumpa lagi kita. "

Sufia berasa tidak selesa kerana kawan Encik Rashdan kenyit mata ke arahnya.

"Makan besar nampak."

"Aku gembira sangat hari ni. Anak aku dapat keputusan cemerlang dalam spm. Tu yang makan besar malam ni."

"Oh ya? Tahniah Sufia.. Bila awak dah berjaya boleh gantikan tempat papa kamu. Ye dak?"

"ahaha.. Inshaallah."

??????

Kehidupan mereka sekeluarga berisiko kerana khawatir ada mata-mata memerhati sampaikan Encik Rashdan harus pasang bodyguard untuk anak gadisnya berusia dua puluh tahun. Tambahan pula, Sufia dapat tawaran belajar dan tidak lama lagi Sufia akan masuk ke kolej UITM di Shah Alam.

Kalau Syed pula, Encik Rashdan tidak kisah jika mahu kemana-mana kerana Encik Rashdan tahu Syed pandai jaga diri dan lagipun Syed anak lelaki muda. Berusia dua puluh lapan tahun.

Walaupun usia Sufia mencecah dua puluh tahun dan remaja, Encik Rashdan tidak percaya Sufia boleh jaga diri kerana perangai Sufia seperti kebudak-budakan.

"Pa! Adik dah besar panjang boleh jaga diri. Kenapa perlu nak pasang bodyguard bagai. Rimas lah. "

"Papa buat semua ni demi keselamatan kamu sayang. Terlalu bahaya untuk adik kat luar sana tu. Kamu tu anak jutawan, cantik pula."

"Abang kan ada boleh tengok-tengokkan adik? Tak payahlah papa membazir duit upah bodyguard bagai." ujar Sufia rimas suda.

"Abang kamu bukan selalu ada di sini. Itu sebab papa pasang bodyguard."

"Tapi pa... "

"Ah.. Takda tapi tapi.. Adik kena ikut cakap papa kalau adik nak masuk kolej. Kalau tak nak dengar cakap, duk je kat rumah ni jadi bibik sepenuh masa. "

Sufia merengus geram kerana tidak dapat nak mengelak. Jika dia mengelak, maka Sufia akan jadi bibik sepenuh masa. Argh tidak! Mana nak lari?

??????

"Anak gadis Tuan Rashdan tu.. Dah ada boyfriend ke Ammar? " tanya Rafiq

"Entahlah, tapi takkan orang secantik cik Fia tu takda orang berkenaan kat dia. " Ammar menjawab.

"Tula kan.. Dok keluaq dengan kawan-kawan. Enjoy sana sini. Tapi walaupun keluarga dia berharta, dia tu baik sangat. Tak sombong."

"Besalah, anak orang kaya bebas. Nak apa pun dapat je. "

"Apa kata.. Sebelum orang lain taken si Fia tu.. Kita berdua taken dulu. Amacam? "

Ammar celaru dengan kata-kata Redza. Sukar nak faham.

"Apa maksud kau Redz? Perempuan mana boleh kahwin dua lelaki. "

Redza angkat keningnya. Ammar kini baru mengerti maksud Redza sebentar tadi.

"Jom kita ambil cik Fia. Lambat kang bising macam mulut murai. " ajak Redza.

Sementara menunggu masa untuk menjemput Sufia, Ammar dan Redza lepak-lepak di restoran oldtown white coffee. Dan sekarang jam menunjukkan pukul enam petang dan mereka harus bergerak ke kolej universiti untuk menjemput bos kecik mereka.

Habis je waktu kolej, Sufia dijemput oleh dua orang pegawai peribadinya. Sufia yang berdiri di gerbang kolej nampak kereta Vellfire camry putih berpakir di depan kolej. Sudah lima bulan, Ammar dan Redza menggalas tanggungjawab sebagai bodyguard kepada princess keluarga Syed'

"Wah, kau dah ada bodyguard eh? Untunglah anak orang kaya kan. Tambah pula kau princess keluarga kau. Mesti best kan?" rakan Sufia, Dalila berkata.

"hisy.. Best apa. Kena kongkong kebebasan aku. Aku chow dulu. Bye. "

Bodyguard peribadi Sufia singgah sebentar di stesen minyak PETRONAS kerana mahu mengisi minyak yang kehabisan. Salah seorang pegawai peribadi Sufia pegi membayar wang dan yang lagi satu mengisi minyak petrol. Sesudah itu, mereka meninggalkan stesen minyak dan Redza iaitu bodyguard Sufia mahu singgah di sebuah kedai.

Sufia yang duduk diam dalam kereta Vellfire camry putih itu sibuk bermain IPhone, melayan Instagram dan whatsapp. Itulah dunianya kalau dah tak ada kerja.

Sedang dalam itu, fikiran Sufia terlintas mahu melakukan sesuatu. Seraya Sufia keluar dari dalam kenderaan dan.. Lekas-lekas Redza keluar dari dalam perut kereta serta
laluan Sufia disekat.

"Ehhh.. Nak pi mana cik Fia? " tanya Redza dalam loghat utara. Redza mendepa tangannya.

"Nak bawa aku pergi mana ni? Aku nak pergi Aeon la. Tak nak balik rumah lagiii!! Erghh!" Sufia berkeras enggan tidak mahu masuk ke dalam kereta Vellfire putih yang sudah menunggunya masuk dalam. Seperti kanak-kanak buat perangai bila tidak dapat apa yang nak. Sufia duduk di atas tar jalan dan menghentak hentakkan kakinya, merengek-rengek macam budak kecik yang tak dapat aiskrim.

"Buat perangai dah diaa.. " roger je Redza.

Ammar dah selesai membeli makanan untuk mereka berdua. Terlihat Redza kebingungan nak pujuk Sufia.

"Apahal nya cik Fia tu Redz?" tanya Ammar.

Redza hanya angkat bahunya. No komen.

Seperti kebiasaan, Sufia akan singgah sebentar di shopping mall Aeon untuk membeli belah dan membuat temujanji dengan kawan-kawannya. Tetapi kali ini dia dikongkong kebebasannya oleh dua orang bodyguard peribadi yang Encik Rashdan upah untuk menjaganya ke mana pun Sufia nak pergi.

"Panaih ni cik Fia. Nanti demam. " walaupun sekarang waktu petang, teriknya seperti tengahari.

"Cik Fia kena balik rumah sekarang. Tuan Rashdan pesan kat kami supaya hantar cik Fia balik ke rumah terus lepas habis je kelas. " kata bodyguard peribadi Sufia, Ammar.

"Taknak!! Biar aku naik GRAB car je lagi bagus kalau korang tak nak hantar aku. Buekk.. " Sufia jelir lidah ke arah kedua bodyguardnya dan terus bangun ingin berjalan kaki sendiri ke AEON tetapi..

"Cik Fiaa!! "

"Senang ja nak uruih (urus) budak nakai (nakal) ni.. " kata Ammar, kemudian. Ammar sempat menangkap Sufia dan mengangkut tubuh badan Sufia dengan mudah bagai angkut kotak kecil. Sufia terpekik terlolong memukul-mukul belakang badan Ammar.

"Hey.. Hey! Kamu nak culik budak perempuan ni apa hal? " tiba-tiba, muncul lelaki muda yang sangkakan Sufia diculik oleh Ammar. Lelaki itu salah faham.

"Maaf.. Kami bukan nak culik dia. Dia ni degil sangat takmo dengar cakap. Jadi, terpaksa aku angkut dia."

"Encik.. Tolong saya Encik diaorang tipu.. Diaorang culik saya.. " sengaja Sufia berbuat demikian supaya ada orang larikan dirinya.

BLUB-

Tanpa sempat Sufia nak habiskan tutur katanya, mulut Sufia seraya dicekup oleh Ammar supaya Sufia diam.

"Ummpphh.. Ummpphhh.. "

Seraya Ammar menyumbat Sufia dalam perut kereta dan malas nak layan lelaki muda yang salah anggap.

Mentanglah badan Ammar itu sado dan gagah, mudah saja dia angkut tubuh badan Sufia. Kemudian terus dia sumbatkan Sufia ke dalam perut kereta Vellfire camry putih di seat belakang. Hari nak dekat hampir senja. Ammar tidak mahu membuang masa.

"Erghhh!! Jahatlah korang!! "

"Dok diam-diam boleh tak? Amboi nakal dia tu.. "

"Benciii!! "

Redza terpaksa duduk di seat belakang bersama dengan Sufia untuk awasi gadis itu kerana bimbang sekiranya Ammar sedang memandu nanti, tiba-tiba pula Sufia melompat keluar.

Pintu kereta ditutup dan teruskan memandu. Nampaknya Ammar menggunakan laluan jalan yang jarang sekali dia gunakan. Sufia yang sedang membelek IPhone melayan Instagram, matanya melirik kearah jalan. Sufia berasa cuak gila dengan Ammar. Ini bukan jalan nak balik ke rumah. Sungguh Sufia tahu itu.

"Jap.. Korang berdua nak bawak aku pergi mana ni? Ini bukan laluan ke rumah aku! " kata Sufia mula cuak.

"Jalan pintas cik Fia.. Kalau lalu jalan highway la ni jem teruk sat gi. Ni time orang balik kerja. Kompom sesak jalan punya lah. " jawab Redza dan dia kenyit mata ke arah Ammar disebelahnya yang sedang memandu.

Tiba-tiba Ammar memberhentikan kereta Vellfire camry putih yang dipandunya ke tepian jalan. Sufia yang muka cuak rasa lain pula. Berkali-kali Ammar cuba menghidupkan semula enjin kereta namun gagal. Kedengaran Sufia merengus.

"Kenape pulak ni?" tanya Sufia marah. Sudahlah perutnya teramatlah lapar.

"Meragam pulak kereta ni. Padahal baru tadi isi minyak. "

"Ada hantar servis kereta tak? "

"Belum lagi.. "

"Haih.. "

"Ahhh!! Bateri kong pulak!! " Sufia berang apabila IPhone shut down kerana kehabisan bateri dan perlu dicas semula.

Ammar keluar dari dalam kereta dan menghubungi seseorang untuk mendapatkan bantuan. Beberapa saat kemudian, Ammar masuk ke dalam kereta semula.

"Sat gi mekanik sampai. Kita tunggu je. Aku dah sent location. "

"Lama ke? "

"Kejap lagi settle. "

Ammar mengambil bungkusan plastik yang ada dua bungkus polisterin. Ammar bagi kotak polisterin kepada Redza. Redza mengambilnya dan buka polisterin. Rupanya, Ammar beli nasi kerabu pucuk ubi bungkus.

"Uihh.. Nasi kerabu bak hang. "

Mata Sufia liar memerhati keadaan sekeliling yang hanya dikelilingi hutan tebal dan sebatang jalan raya. Mujurlah ada lampu jalan raya yang menerangi kawasan yang gelap itu. Sufia mula meremang bulu roma dan rasa seram sejuk. Terasa seperti ada mata yang memerhati.

Ammar yang nak makan nasi kerabu terhenti apabila dia toleh belakang terlihat Sufia dalam keadaan tak selesa.

"Cik Fia dah makan? " tanya Ammar.
Sebenarnya di kolej tadi Sufia tak sempat nak makan kerana ia terlalu Sibuk siapkan assignment yang diberikan oleh prof Charles sampai tak ada masa nak makan.

Sufia menggeleng kepala tanda belum makan. Ammar rasa kasihan melihat keadaan Sufia dan dia menyerahkan polisterin ada nasi kerabu kepada Sufia.

"Makan nasi ni dulu. "

Sufia ambil nasi kerabu itu dan makan seperti kebulur tak makan bertahun-tahun. Tidak lama kemudian, semua settle.

??????

"Kamu buat apa hah dik? Sampai viral kawan-kawan abang tahu? "

"Buat apa? Manalah adik tahu. " Sufia buat tak tahu dan muka tak bersalah, padahal dia puncanya video yang dirakamnya viral pada kawan-kawan Syed.

"Niii video ni.. Kau upload kat IG kau, semua tahu. " Syed berang kerana Sufia mengupload videonya yang sedang tidur dalam keadaan yang lucu. Bila adik balas dendam dekat abang. Inilah jadinya.

"Buekk.."

"Aku nak kau delete balik video tu kat IG kau sekarang jugak! Mentanglah kau insta famous." gesa Syed. Sufia gelak terkekeh-kekeh ketawa kerana abangnya ancam dirinya dengan menggeletek pinggangnya.

"Ok.. Ok.. Adik delete sekarang. Stop la. " jawab Sufia dengan sisa tawa.

Syed berhenti menggeletek pinggang bila dah pastikan adiknya Sufia dah delete video yang dia upload kat IG. Video berdurasi tiga puluh saat itu viewers sudah mencecah ribuan viewers.

"Sekali lagi kamu buat.. Abang sagat sagat kulit kamu biar jadi macam orang mumia." syed ugut Sufia yang sedang duduk di atas sofa sambil mendekatkan mukanya betul-betul dekat dengan muka Sufia. Sufia berasa lemas abangnya berbuat begitu.

"Hishhh.. Pergi la mandi.. Busuklah abang ni. Masam! Dahla bangun lambat."

"Suka sangat nyakat adik kamu. Haish. Syed.. Syed.. " menggeleng kepala Encik Rashdan melihat gelagat lucu, Syed kuat menyakat si adik bongsu. Kalau tak bergaduh satu hari dua beradik tu, memang tak sah! Ada saja benda yang nak digaduhkan.

??????

"You ni, macam dah tak ada tempat lain nak pergi. Asyik-asyik, rumah I yang you datang. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi Dalila, "

"Walaupun you crush I, you tetap I punya. Kalau bukan kerana mummy I yang suruh ke sini, malas I hadap muka you. " kata Dalila selamba kemudian, Dalila ingin menyuapkan kek keju mangga ke dalam mulut Fayad. Fayad menerima suapan daripada Dalila. Mereka teringat kembali saat-saat bersama sewaktu dulu.

"Boleh tak I nak pinjam phone you? Kredit habis tak dapat nak text mummy I." Dalila membuat helah.
Fayad menghulurkan IPhone nya kepada Dalilla.

??????

"Settle. Adik dah delete video tu. "

"Ingat kalau buat lagi, abang sagat sagat kulit kamu. Buat malu aku je." kata Syed dekatkan mukanya dengan Sufia. Sufia lemas kerana Syed belum mandi lagi. Dengan tak pakai baju, hanya berseluar pendek dan tuala mandi bersangkut pada leher.

"Hishhh.. Busuklah.. Pergilah mandi!! " Sufia tolak dada tegap Syed. Syed gelak jahat dan pergi mandi.

Tiba-tiba notifikasi whatsapp income. Sufia klik aplikasi whatsapp dan terlihat Megat menghantar mesej kepadanya.

MEGAT
LAST SEEN TODAY AT 9:52AM

Hai sayang. Petang ni kita jumpa tempat biasa. I ada benda penting untuk dibincangkan.

Sufia rasa pelik betul kenapa pula tiba-tiba Megat nak berjumpa dengannya. Sufia nak tak nak balas text Megat. akhirnya Sufia bluetick sahaja text dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience