BAB 9 (#TAJI)

Romance Series 3704

"Assalamualaikum.. " villa Sufia didatangi seseorang yang Sufia tidak ketahui. Bell bottom loceng ditekan sehingga Sufia menyambut kedatangan lelaki tua itu dengan hormat.

"Ya, cari siapa ya? "

"Cik nak beli kerepek? Murah je macam-macam jenis kerepek ada. "

"Kenapa ni cik Fia? " Ammar yang sedang bersantai di laman villa ternampak Sufia sedang bercakap dengan seseorang menghampiri Sufia.

"Pakcik ni jual keropok. Kesian dia mesti dia orang susah. " Sufia mudah simpati dengan orang miskin. Sufia ingin membeli kerepek  tersebut sebagai niat nak bantu pakcik yang dalam kesusahan itu, tetapi Ammar menghalangnya dari membeli keropok. Ammar ini jenis berwaspada orangnya.

"Tak payah. Cik Fia kan batuk selsema.. Takpe pakcik terima kasih je. "

"Baiklah. " pakcik tua itu beredar dari situ kerana Ammar menghalang Sufia daripada membeli kerepek yang pakcik tua itu jual.

"Kenapa abang terlalu nak kongkong Fia hah? Fia berhak bebas kan? "

"Ye, kita tak kenal siapa pakcik tadi. Entah-entah.. sindiket jenayah ke. Niat orang mana kita tahu. " Ammar memang bertanggungjawab dalam menjaga Sufia bila dia ditugaskan untuk menjaga Sufia jikalau gadis itu hendak kemana-mana. Lebih-lebih lagi, bila Sufia tinggal keseorangan di villa. Pada malam ni, Ammar dan Redza temankan Sufia yang tinggal keseorangan supaya mereka dapat awasi Sufia.

Sufia beredar dari situ dan masuk ke dalam kamar tidurnya. Malas nak layan abang-abang' nya. Sebelum Sufia nak masuk tidur, Sufia ingin bancuh hot chocolate. Musim tengkujuh ini enak dapat minum minuman panas seperti hot chocolate.

Tiba-tiba, Sufia yang bawa mark hot chocolate tersaduk kaki dan mark hot chocolate terjatuh ke lantai. Mujurlah tidak kena air panas itu pada badannya. Namun mark hot chocolate pecah. Sufia mengutip kaca kaca yang berderai.Tetapi, Sufia berasa tidak sedap hati saat ini. Tidak tahu mengapa nya.

"Mama.. Papa.. Adik rindu. "

??????

"Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Tuhan bagi saya peluang untuk hidup. " ucap syukur Puan Roza yang tadi cemas ketakutan kapalterbang mendarat cemas apabila pilot tidak dapat mengawal kapalterbang. Mujur pilot dapat mengawalnya dengan baik.

Semua penumpang pesawat airasia Malaysia diarah turun dengan berhati-hati. Encik Rashdan dan Puan Roza bersyukur kerana mereka tiba dengan selamat di Caledonia.

??????

Haishh!! Haishh!!

Kedengaran Sufia bersin dan batuk. Sufia yang sedang menonton TV tidak senang dibuatnya. Tiba-tiba pula, seluruh badannya menggigil satu badan. Hari ini, dia perlu masuk ke kelas untuk menghantar asignment. Namun apa kan daya ketahanan fizikal seperti lemah sahaja.

Abangnya Syed awal-awal pagi lagi dah keluar untuk ke kelas. Tidak sempat nak sarapan di rumah. Syed hanya beli sarapan di kedai yang menjual kuih-muih.

"Cik Fiaaa.. Tak ke kolej ke hari ni? " tanya Ammar dari bawah tangga. Ammar sangkakan Sufia masih lagi tidur. Selalunya masa-masa begini, Sufia akan tidur sebelum jam dua petang dia akan ke kolej. Tetapi Ammar hairan kenapa kali ini pula Sufia tidak menyahut seruannya. Selalunya, Sufia akan bangun kalau Ammar menjerit mengejutnya hanya dari bawah.

Ammar yang nak pergi ke dapur untuk menyediakan makanan, terdengar bunyi bersin batuk. Bila Ammar periksa di sofa, dijeling sekilas terlihat Sufia sedang berselubung dengan selimut. Terkejut apabila dia melihat Sufia menggigil kesejukan terbaring di atas sofa empuk di ruang tamu.

"Eh, cik Fia ok tak ni? Demam ke? " Ammar duduk di sisi Sufia dan menelapakkan telapak tangannya ke atas dahi kepala Sufia bagi memeriksa suhu badan Sufia. Ammar tersentak apabila terasa badan Sufia panas. 

BUEKK... BUEK..

Tiba-tiba Sufia muntah muntah teruk kat atas ribaan Ammar.

"Allahuakbar.. Ya Allah" sekali lagi Ammar terkejut apabila tiba-tiba Sufia termuntah. Segala benda Sufia makan pagi tadi terkeluar semula.

Ammar membiarkan sahaja Sufia muntah di atas ribanya walaupun dia sebenarnya jijik dengan sisa muntah Sufia namun dia tahan saja. Setelah Sufia lega sikit dari muntah, dia mengambil beberapa helai tisu di atas meja dan mengelapkan mulut Sufia yang comot dengan sisa muntah. Ammar memanggil Redza yang sedang mencuci kereta di laman rumah. Laju Redza ke arah suara Ammar. Dan Redza juga kaget melihat Sufia muntah di atas riba Ammar.

"Ya Allah, kenapa muntah ni? "

"Kau tolong pergi farmasi belikan ubat demam dan koolfiver untuk cik Fia, "

"Roger " Redza pergi membeli apa yang disuruh oleh Ammar.

"Bertahan ya cik Fia. Ingat Allah." pesan Ammar pada Sufia yang kian melemah. Sementara menunggu Redza pergi belikan ubat untuk Sufia, Ammar gantikan pakaian yang habis kotor dengan baju yang dia ada sphere. Kemudian, Ammar ambil mop di stor simpanan dan membersihkan lantai yang Sufia termuntah.

Lima belas minit kemudian, Redza kembali semula ke villa setelah beli ubat demam dan koolfiver di farmasi. Begitu pantas kerana farmasi tidak jauh dari villa.

"Nah ubat demam dan koolfiver. Aku belikan termometer sekali supaya hang check suhu badan cik Fia. " Redza menyerahkan sebungkus plastik yang ada ubat demam, koolfiver dan termometer kepada Ammar yang sedang mengemop lantai. Tetapi, Redza tergelak tersembur melihat Ammar mengemop lantai. Dah macam bibik pun ada.

Ammar halakan mop ke Redza kerana geram betul dengan rakan baiknya. Redza ingin bancuhkan air koko panas untuk Sufia di dapur. Ammar letakkan mop ke tepi dan dia melabuhkan punggung di sisi Sufia semula. Kemudian, Ammar capai plastik farmasi dan ambil koolfiver. Lalu, sekeping koolfiver ditampal pada dahi Sufia.

"Abang ammar boleh tolong telefon mama tak? Saya nak cakap dengan mama." pinta Sufia dengan nada suaranya yang lemah tak terdaya.

Kasihan Ammar melihat keadaan Sufia. Ternyata, Sufia demam tak larat itu kerana merindui keluarganya yang jauh di perantauan.

"Jemput minum cik Fia. Hot chocolate special untuk cik Fia. "Redza meletakkan secangkir hot chocolate yang hangat di atas meja

Berkali-kali Ammar cuba hubungi Puan Roza dan Encik Rashdan tetapi gagal. Voices mail yang terus kedengaran. Mungkin mereka sudah tiba di California.

'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.'

"Tak dapat la cik Fia. Mungkin Puan dan Tuan dah sampai dekat sana. "

Sufia buat muka kecewa tidak boleh nak buat apa-apa.  dia pejamkan mata dan terlelap.

"Aku sebenarnya kena balik kampung esok. Ada hal dengan famili aku. " kata Redza. Nampaknya, hanya tinggal Ammar seorang yang harus awasi dan menjaga Sufia.

"Pergi je. Aku boleh jaga cik Fia sorang-sorang. "

Lama kelamaan, Sufia baru dapat tidur dengan lena dengan mengiring. Tetapi hari ini Sufia lebih berasa selesa tidur di atas sofa ruang tamu. Ditemani oleh Ammar. Ammar berbaring di sofa berhadapan dengan Sufia. Dia memang jarang sekali tidur awal. Paling lewat pun, Ammar tidur jam tiga pagi. Sebelum dia tidur, Ammar bermain game mobile legend sambil awasi Sufia yang baru lena. Itu sudah jadi kebiasaan Ammar sebelum tidur. Dia kerling jam menunjukkan pukul satu pagi.

Tidak sampai dua jam Sufia tidur, Sufia terjaga dari tidurnya yang tidak berapa lena bergegas ke bilik air dan.. Sufia muntah teruk ke dalam sinki bilik air. Ammar yang terlelap, tersedar dari tidurnya bergegas ke bilik air apabila lihat Sufia tiada di atas sofa dan terdengar bunyi Sufia muntah.

Sekali lagi Sufia muntah teruk. Ammar menepuk belakang badan Sufia agar Sufia dapat mengeluarkan muntahnya. Sesaat itu, tubuh Sufia layu tidak terdaya, seraya Ammar tangkap lengan tangan Sufia.

Tanpa perlu membuang masa, Ammar menompang Sufia kemudian Sufia dikejarkan ke klinik. Ammar mempercepatkan pemanduannya dan mencari klinik kesihatan yang dibuka selama 24jam. Akhirnya, Ammar memberhentikan kereta berhadapan dengan klinik kesihatan Medical.

"Doktor ada? " cepat Ammar dapatkan nurse yang menjaga kaunter dan tanya jika ada doktor yang boleh merawat Sufia. Dua orang nurse wanita yang nampak Ammar menompang Sufia yang lemah dalam keadaan bersepara sedar, lekas lekas membenarkan Ammar masuk ke dalam bilik rawatan.

Sufia dibaringkan di atas katil yang tersedia. Kemudian, doktor perempuan menghampiri Sufia.

"Isteri encik ke ni? " tanya doktor wanita itu kemudian dia ambil termometer.

"Kawan saya. Dari pagi tadi dia demam. " jelas Ammar

Doktor perempuan itu mengambil termometer kemudian dia memeriksa suhu badan Sufia. Beberapa ketika kemudian,
"38°C. Kawan encik demam panas Dia kekurangan air dan gula dalam badan."

Sufia harus ditahan seketika kerana Sufia harus masukkan air dalam badannya. Ammar tetap menunggu Sufia sedar. Sufia juga dipakaikan alat bantuan pernafasan kerana pernafasan Sufia tidak baik.

Dekat sejam lebih, Ammar temani Sufia di dalam bilik rawatan doktor itu.

Ammar susah hati bila Sufia begini. Dalam hatinya hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Sufia diberi kesembuhan. Ammar mengambil gambar Sufia yang tak sedarkan diri kemudian dia hantarkan kepada Redza.

"Aku tak tahu kenapa aku gugup untuk melihat dia. Dirinya melemahkanku. " kata Ammar dalam hatinya sambil mengusap-usap perlahan rambut panjang Sufia. Entah mengapa kini terasa hatinya ada bunga tumbuh di  taman hati. Perasaan cinta semakin dalam untuk meluahkan rasa itu. Ammar menyeluk poket seluarnya lalu mengambil sekotak cincin permata. Dia membelek-belek cincin tersebut. Berkali-kali dia fikir bagaimana caranya nak sarungkan cincin itu pada jari manis Sufia.

Rindu hebat menguasai diri membuatnya sengsara. Takut akan kehilangan Sufia jika dia terlambat nak ungkapkan lafaz cintanya. Ammar yang sedang tatap wajah lesi muka Sufia menerima income notifikasi whatsapp.

REDZA
ONLINE

Tolong doakan kesejahteraan cik Fia. Doktor kata dia demam panas. Suhu 38°C. ?

Allahuakbar.. Panas mendadak tu.. Sama-sama doa agar cik Fia cepat sembuh. Kau jaga dia baik-baik. Keluarga dia dah tahu? ?

Belum lagi.. Syed ada kat JB sekarang. Besok baru balik sini. Kesian dia. Aku fikir tadi cik Fia dah final tadi.. Alhamdulillah.. Dia ok.. Cuma badan dia lemah je sebab kekurangan air dalam badan?

Aku kat dalam train ni nak pergi ke Kelantan. ?

Hati-hati jalan tu.

Ammar yang sedang chatting dengan Redza terdengar suara Sufia memanggilnya. Dia bersyukur kerana Sufia sedarkan diri.

"Alhamdulillah cik Fia.. Sedar juga. "
"Saya kat mana? " tanya Sufia yang baru sedar dia berada di tempat yang dia tak tahu.

"Klinik. Cik Fia demam panas. Macam mana? Ok? "

"Hantar saya balik. " Sufia membuka alat bantuan pernafasan yang diletakkan di hidungnya dan ingin bangun. Tetapi Ammar menghalangi, langkah Sufia terhenti.

"Cik Fia masih lemah lagi. "

"Nak balik. Taknak duduk sini lama-lama. " Sufia tetap berdegil nak balik ke villa.

"Dah sedar pun cik. "

Sufia telan kuat air liur nampak doktor wanita itu pegang jarum suntikan vaksin. Itu cukup melemahkan semangat Sufia. Sufia menyembamkan mukanya pada dada tegap Ammar yang berdiri di sisinya menahan sakit bila dicucuk.

"Saya kena suntikkan cik cecair vaksin untuk hapuskan kuman dalam badan."

Sufia ketip bibirnya dan pejam mata rapat-rapat ketika doktor wanita itu menyuntik vaksin menusuk ke dalam. Terasa pedih seketika.

"Saya akn bagi ubat demam, ubat tahan muntah. Itu saja. "

"Terima kasih doktor. "

Setelah mengambil ubat, Ammar bawa Sufia pulang terus ke villa. Tetapi dalam perjalanan Sufia minta
Ammar singah di restoran tomyam kerana tekaknya terasa nak makan tomyam.

ternyata ada restoran tomyam yang dibuka 24jam selain kedai mamak. Ammar dan Sufia masuk ke dalam restoran tomyam Arnan. Walaupun hakikatnya Sufia tak larat, Sufia kuatkan diri. Tidak mahu terlalu manjakan diri.

Tidak lama kemudian, sup tomyam yang mereka berdua pesan tiba. Pelayan restoran itu menghidang kepada Sufia dan Ammar. Tomyam hangat nampak sangat lazat.

Sufia hirup pelan-pelan sup tomyam hangat. Begitu juga dengan Ammar. Dari tadi dalam minda Ammar bermain.  Dia ingin ungkapan keramat itu tetapi ada sesuatu yang kengkang semcm. Ammar beranikan diri dan..

"Will you be my wife? " kemudian, Ammar berlutut di depan Sufia dan menyarungkan cincin permata di jari manis Sufia. Sufia tergamam, terkaku mati kerana Ammar melamarnya.

Tiba-tiba Sufia yang enak hirup sup tomyam tersedak mendengar ungkapan tersebut. Mata Sufia liar meneroka raut wajah Ammar. Dan berpaling ke arah lain. Seraya Ammar hulurkan air teh o panas kepada Sufia.

Telah lama dia pendamkan rasa ini saat pertama kali Sufia hadir dalam hidupnya. Begitu sukar untuk luahkan perasaan itu. Tak mungkin boleh dia menafikan sekeras-kerasnya kenyataan ini. Ammar yakin sesungguhnya, Sufia layak untuk menjadi permaisuri hatinya.

Akankah Sufia terima lamaran Ammar? Mampukah ammar terima sekiranya Sufia menolak lamarannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience