BAB 10 - (#JKJM)

Romance Series 3704

"mama, angah nak mandi laut." Rengek Sufia yang hendak mandi laut. Tetapi dilarang oleh abangnya dan juga mamanya kerana ia tidak pandai berenang.
Encik Rashdan sanggup ambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarganya, begitu juga dengan Syed. Mereka bercuti di Langkawi dan berkelah di Langkawi beach resort.
"Tak boleh angah, kamu tu tak pandai berenang, buatnya lemas nanti, menyusahkan semua orang je." Puan Rossa yang sedang beri Aqie minum susu melarang Sufia yang berdegil hendak mandi laut juga.

cuti musim panas memang tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

"Pergilah, tapi jangan mandi dalam-dalam sangat." Pesan Encik Rashdan, yang beri peluang Sufia nak bermain dengan laut pantai.
"Yeay! TQ papa!" Sufia girang gembira apabila papanya izinkannya mandi laut, tapi Puan Rossa risau.
"Abang, buatnya anak kita lemas macamana? Dahlah angah tu satu-satunya anak perempuan kita."
"Alah, jangan risaulah ayang, angah dah besar, tahu jaga diri."

Dengan peluang ini, Ammar berjalan-jalan di tepian pantai. Seronok rasanya, bekerja sambil bercuti.

"Terimalah cintaku sayang, yang tulus untukmu. Dengarkanlah hatiku yang hanya inginkan dirimu menjadi permaisuriku." Batin Ammar berbicara sendiri. Sejak kali pertama bertentangan mata dengan gadis itu, Hatinya mulai jatuh. Dirinya tak keruan apabila melihat Sufia. kin

Syed yang baru balik dari kedai serbaneka di beach resort membeli kudapan, mendapatkan keluarganya yang sedang berkelah di bawah pohon kelapa yang rendang.
"Adik abang ucuk, meh nak dukung dia." Syed mahu dukung adik lelakinya, Aniq yang didukung oleh mamanya. Kini, Aniq berpindah ke dukungan nya.
"Bestnya dapat mandi laut." Sufia leka tidak ingat pesan mamanya jangan mandi laut terlalu dalam. Sufia semakin berganjak ke tengah laut.
Tiba-tiba, tidak disedari oleh Sufia, kakinya tidak mencecah pasir menyebabkan Sufia lemas, terkapai-kapai.
Nasib baik Ammar yang sedang renung laut nampak Sufia yang sudah hampir lemas terkapai-kapai di tengah laut.

Bergegas Ammar lari pecut ke arah Sufia dan jerit nama Sufia. Semua keluarga Sufia yang melihat itu cemas apabila lihat Ammar tiba-tiba lari ke arah laut untuk menyelamatkan seseorang yang lemas. Ternyata, Sufia yang lemas. Puan Rossa dan Encik Rashdan panik tapi Syed cuba kawal panik supaya keadaan tidak terlalu kalut.

Ammar tarik badan Sufia yang sudah lemah layu. Sufia tidak sedarkan diri membuatkan semua orang bimbang terhadap Sufia.

"Ya Allah, kan mama dah cakap. Angah, bangun angah." Puan Rossa cuba sedarkan Sufia tapi hanya gagal.

"Angah," Encik Rashdan juga cuba sedarkan Sufia.

Terlintas di fikiran Ammar ingin memberi CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan – teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.

first aids kepada Sufia dengan memberi nafas mulut ke mulut. Ammar ingin berbuat demikian, tetapi dihalang oleh Syed.

"Kau nak buat apa? Nak ambil kesempatan?
" Syed fikir Ammar hendak ambil kesempatan ingin mencium Sufia. Tapi tujuannya hanya satu, ingin menyelamatkan Sufia.

"Tak, cuma nak..."

"Ah! Tepi!" Syed tolak kasar Ammar ke tepi, mujurlah semasa dia sekolah dahulu, pernah menyertai persatuan bulan sabit merah. Dan dia tahu bagaimana mahu memberi rawatan kecemasan.

Syed periksa dahulu keadaan adiknya dan lihat gerak balasnya, kemudian, kepala Sufia didongakkan oleh Syed dan angkat dagu Sufia ke atas. Lalu, Syed letakkan telinganya di mulut Sufia. Mulut Sufia dibuka dan hidung Sufia dipicit oleh Syed. Hembusan nafas melalui mulut ke mulut dilakukan sehingga Syed terlihat gerakkan di dada Sufia.

Hukkk... Hukkk...hukk

Terbatuk-batuk Sufia memuntahkan air laut. Semua yang berkerumun dekat Sufia memanjatkan rasa syukur terutamanya, Puan Rossa, Syed, Encik Rashdan dan Ammar.

Tersangkut-sangkut nafas Sufia ketika memuntahkan air. Begitu lemasnya bernafas dalam air.

Sufia hairan kenapa keluarganya berkerumun dan dirinya terbaring di atas pasir pantai dan badannya basah. Dia tak ingat apa yang berlaku. Dia bangun perlahan-lahan hendak duduk untuk mengambil udara.

Puan Rossa gosok-gosok belakang Sufia untuk melegakan nafas Sufia. Rasa lega anak perempuannya selamat dan diselamatkan oleh Ammar dan juga Syed. Sudahlah Sufia itu satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa pada angah." Ucap syukur Syed.
"Jomlah kita balik chalet, hari nak dekat maghrib ni."

menjengah waktu malam

Puan Rossa:"abang Ammar kamu lah yang selamatkan kamu tadi, tulah, mama cakap degil. tengok apa jadi."
Sufia:"yeke? bukan abang ke?"
Puan Rossa:"iye, tapi kalau Ammar tu tak nampak kamu lemas tadi, entahlah. mama tak dapat bayangkan kehilangan satunya anak perempuan mama ni."
Encik Rashdan:"jom kita gerak,"
Sufia:"nak ikut!"
Encik Rashdan :"tak payah, papa nak berdua je dengan mama. kalau kamu ada, kacau daun aje papa nak dating dengan mama."
Sufia:"eleh."

Dia jenguk di luar jendela, terlihat Ammar sedang duduk berseorangan beristirehat di luar chalet. Sebagai tanda terima kasih, Sufia pun, ingin bancuh air panas untuk Ammar. Dan, Sufia pun membancuh nescafe 3IN1 yang dibawanya untuk Ammar. Kemudian, dia bawa satu mug nescafe white coffee ke chalet sebelah.

"hai abang, jemputlah minum." Sufia pelawa Ammar minum nescafe white coffee yang dibancuhnya.

"terima kasih Cik Fia,"

lalu, Sufia melabuhkan punggung di sebelah Ammar, Ammar menghirup nescafe white coffee dengan nikmat. Di cuaca yang dingin, enak dapat minum minuman panas.

Encik Rashdan dan Puan Rossa bersiar-siar selepas menunaikan solat Isyak berdua. mereka tinggalkan Aqie di bilik Syed dan juga Ammar kerana Syed hendak bermain dengan adik lelakinya.

Sufia terdengar suara Aqie terkekeh-kekeh ketawa di dalam chalet Syed dan Ammar. mesti Aqie sedang bermain dengan abangnya, Syed.

"terima kasih tau sebab selamatkan Fia tadi," Sufia ucapkan ribuan terima kasih kepada Ammar yang telah menyelamatkannya dari lemas. Dengan sekuntum senyuman yang dilukiskan untuk Ammar. Sungguh terpesona melihat senyuman manis Sufia.

"it's ok, abang cik Fia pun, tolong selamatkan cik. saya cuma bantu sikit aje."
"sikit je abang kata? dah cukup berharga bagi Fia tau, kalau abang tak selamatkan Fia, entah Fia tak berpijak lagi di bumi nyata ni."

"lagi satu, Fia nak minta maaf pada abang kalau-kalau Fia ada buat abang tersinggung." Sufia meminta maaf kepada Ammar sekiranya ada membuat Ammar terluka hati dengannya tanpa disedari.

"tak apa, kadang-kadang kita marah tu tanpa kita sedar. Lagi-lagi keadaan tengah serabut. abang faham." Ammar begitu memahami sifat Sufia.

"Oii! dating ye kamu berdua ni. berdosa tahu!" kata Syed yang muncul dari dalam sambil mendukung Aqie. Aqie diserahkan kepada Sufia.

"angah bancuhkan nescafe untuk abang Ammar je, tak de niat pun nak dating hysshh Abang ni. "
"untuk Ammar je? untuk abang?" Syed rasa tak patut betul bancuh nescafe hanya untuk Ammar.
"yelah. dukung adik jap." Aqie kembali semula dalam dukungan Syed. Kemudian, Sufia pergi bancuh nescafe white coffee untuk abangnya pula.

Saat Ammar harus pandang gadis sunti itu, dadanya berombak laju bagaikan ombak laut menghempas pantai. hendak terus terang apa yang terbuku di hati, Ammar rasa janggal untuk meluahkannya kerana ia rasa tidak layak untuk mendapatkan cinta dari Sufia. Deru angin beralun kini menambahkan lagi keheningan malam. Kelihatan bintang-bintang menghiasi angkasa menerangi kepekatan malam.

Kamu ibarat kunang-kunang yang berterbangan di langit malam, menerangi setiap langkahku yang gelap. Cintaku seluas sedalam lautan biru, sama-sama kita harungi bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience