BAB - 1 (#TAJI)

Romance Series 3720

GENRE : CHICKLIT ??/ ROMANCE  ??/ COMEDI & KEREMAJAAN

??????

Suka, aku terlalu suka dengan duniaku. Sampaikan aku tidak mahu beralih ke duniamu  ??

Sufia melangkah longlai menuju ke laman rumahnya. Setelah Sufia buka kasut sekolah dan stokin putih diletakkan dalam rak kasut. Sufia memanggil salam sebelum masuk ke dalam rumahnya. Tiada orang menyahut salamnya. Tapi telinga Sufia tertangkap suara sedang berborak rancak dari arah dapur. Sufia dapat agak keluarganya sedang makan tengahari.

"Balik pun kamu dik. Mesti lapar tu. Marilah makan sekali." Puan Rossa ajak Sufia turut sama makan tengahari. Tetapi Sufia menggeleng kepala tidak mahu. Walaupun perutnya berkeroncong hebat dan tersangat lapar, Sufia lebih dulukan tidur. Letih sangat bersekolah. Dalam fikirannya hanya mahukan bantal.

"Takpe la mama. Adik dah kenyang makan kat sekolah tadi. " kata Sufia kemudian dia beredar ke bilik tidur. Abang kepada Sufia iaitu Syed perasan riak muka adiknya itu letih semacam. Selalunya dia balik sekolah tidak terlalu letih begitu. Syed timbul rasa musykil.

Sampai sahaja di dalam bilik tidurnya, Sufia letak beg sekolahnya ke tepi dan kemudian dia membaringkan  badannya nya di atas katil. Betapa sedapnya badan yang letih dapat berbaring mengiring. Lama kelamaan, Sufia terlelap tanpa menggantikan pakaian seragam sekolah hingga menjelang waktu maghrib.

Encik Rashdan dan Puan Rossa sudah bersiap sedia nak solat Isyak berjemaah di ruang tamu.

"Mana adik kamu abang takkan tak bangun-bangun lagi? " tanya Puan Rossa yang tak nampak Sufia.

"Tidur lagi gamaknya. Abang kejutkan adik jap. " Syed ingin pergi kejutkan Sufia.

Abang sulung Sufia, Syed menguak pintu bilik tidur adik perempuannya. Terlihat begitu lena gaya posisi tidur Sufia. Dakap bantal peluk dan menutup kepala dengan bantal busuk adalah antara sifat Sufia sewaktu dia tidur. Nampak benar-benar keletihan Sufia ketiduran hingga menjelang waktu Isyak Begitu tidak sedar Sufia sampaikan terlena dari pukul satu tadi. Syed menggerakkan perlahan badan Sufia.

"Adik, hey bangun. Kenapa tidur sampai malam ni? Letih semacam je. "

Sufia terjaga sebaik tersedar abangnya mengejutkan. Kemudian Sufia tutup kembali kelopak matanya kerana masih mengantuk dan dia enggan bangun. Kelopak mata Sufia sukar untuk buka sudah macam digam. Syed menarik selimut dan bantal busuk Sufia tidak membenarkan Sufia tidur sampai ke besok pagi. Sufia tidak kisah tak ada bantal ataupun selimut pun asalkan dapat tidur sudah cukup.

"Bangun.. Bangun.. abang simbah air kang. Haish, lepas solat Isyak ni study dengan abang. " kata Syed.

Sufia bangkit dari baringnya kemudian lap bibirnya takut kalau-kalau ada air liur basi meleleh. Tapi mujur tak ada. Sufia mengeliat sepuas hati. Lalu dia ikut arahan abangnya.

Usai solat Isyak dilaksanakan, Syed dan Sufia duduk di tepi kolam renang rumah bersama dengan beberapa buah buku. Sufia siap bawa beg sekolahnya sekali. Kerana abangnya mahu periksa buku sekolah Sufia sekiranya ada kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu. Syed memang ambil peduli dengan pelajaran adiknya kerana ia mahu adiknya itu berjaya sepertinya.

Syed siap bawa rotan kerana mahu tegas mengajar adiknya. Setelah melabuhkan punggung serentak, Syed mula mengajar Sufia subjek yang Sufia cukup lemah. Sufia cukup takut kalau abangnya mengajarnya kerana kalau dia salah jawab  soalan, maka rotan sakti Syed akan terus menjadikan Sufia seorang pelajar yang bijak.

Sufia menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana dia berjaya jawab soalan Bahasa Inggeris yang Syed suruh buat dalam buku latihan. Walaupun pada mulanya Sufia agak sukar untuk menjawab soalan latihan itu, tetapi bila Syed terangkan jalan yang mudah untuk dijawab baru Sufia faham. Dengan bantuan buku rujukan juga membantu Sufia. Setelah sejam lebih berlalu, subjek seterusnya iaitu Matematik diteruskan.

"ala abang, kita rehat jap boleh tak? Sambung besok ke. Adik letih lah sok nak sekolah lagi. Huhh " Sufia sudah penat mahu teruskan. Sedangkan subjek BI pun terseksa Sufia study.

"takde, takde. Hri ni abang nak tekankan dua subjek yang kamu lemah. Sedarlah sikit SPM nak dekat kan.. Abang nk kamu dapat keputusan yang baik dalam SPM nanti. Tak nak ke tengok mama dan papa gembira anak-anak dia berjaya dalam hidup? "

Sufia mengangguk kepalanya tenung mata Syed. Sufia sungguh mengerti kata-kata abangnya. Subjek Matematik diteruskan hingga sebelas malam. Kali ini Sufia rasa macam nak menangis kerana subjek Matematik ini sangat menguji minda. Subjek inilah paling Sufia tak suka.

Puan Rossa yang dah habis menonton drama bersiri korea kegemarannya berpaling ke belakang, tersenyum melihat Syed bersungguh dalam mengajar adiknya di tepi kolam renang. Puan Rossa ingin ke  dapur untuk menghidangkan donut Big Apple yang dibelinya di AEON Subangjaya petang tadi serta bancuh teh hangat untuk anak-anaknya itu.

"BI pun adik lemah. Math lagilah. Kamu kena faham betul-betul apa soalan dia. Ini bukan format soalan UPSR Sufia oii... " pening kepala Syed bila dia perlu mengajar adiknya yang kurang faham soalan Matematik.

"Dahla bengap pastu bodohh pula. Cuba jadi bijak sikit. Kerah otak tu biar tak lembab!" Syed berkata sambil hujung jari telunjuknya tolak perlahan kepala Sufia supaya Sufia sedar. Dia tahu Sufia sedang mengelamun tidak tumpu apa yang sedang dia ajar. Dan Syed sungguh tahu Sufia boleh jawab soalan tersebut tetapi penyakit 'M' Sufia menyebabkan Sufia tidak bersungguh-sungguh dalam belajar.
Dalam hati Sufia mengutuk abangnya 'mulut tak ada insurans langsung'

Beberapa saat kemudian, Puan Rossa menghampiri Sufia dan Syed bersama dengan dulang makanan lalu diletakkan di atas meja bulat. Sufia menyusun buku-buku latihan dan rujukan yang berselerakkan dikosongkan kemas ke tepi kecuali tinggalkan dua buah buku latihan dan rujukan matematik yang belum selesai membuat latihan.

Puan Rossa menghidangkan donut Big Apple pelbagai perisa dan jug air teh panas cameron. Lazat benar nampaknya.

"Amboi.. Rajinnya anak mama ni belajar. Macam tula ciri-ciri pelajar cemerlang. " kata Puan Rossa memuji anak gadisnya rajin belajar nak dekat SPM ni.

"Payah mama nak ajar adik ni. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kena ketuk baru nak faham." kata Syed repot pada mama.

"Abang ni garang la ibu. asyik marah adik je. " kata Sufia mengadu kepada mama dengan nada suaranya yang seakan merajuk dengan abangnya sambil peluk pinggang mama.

Syed tergelak kecil melihat Sufia mengadu macam budak kecik. Anak manja! 

"Eloklah abang garang. Biar kamu tu bijak sikit dalam pelajaran. "

Sufia mencebik bibir.

"Makanlah donut big apple tu. Mama nak masuk tidur dulu. Selamat malam. "

"Selamat malam mama. " Sufia dan Syed bersuara serentak.

Ketika Sufia nak mencapai sebiji donut perisa strawberry, tetiba  abangnya mengetuk jemari halusnya dengan sebatang rotan membuatkan Sufia tarik tangannya bagaikan terkena renjatan elektrik.

"auchh.. kenapa pukul tangan orang ni.." Sufia melibas tangannya yang sakit seketika diketuk dengan rotan.
"jawab soalan math tu dulu. baru makan donut ni. Kalau tak dapat jawab soalan jugak, abang habiskan donut ni. " kata Syed sambil dia gigit sebiji donut big apple perisa coffee.

Sufia telan air liur tengok abangnya sedap dapat makan donut big apple itu. Lekas-lekas Sufia ambil pen biru di dalam kotak pensel dan tulis jawapan. Ingatkan dah habis study, tapi... Huhh..

"Baguss.. Dah makan donut ni." Syed mengusap lembut rambut kepala Sufia bila Sufia dapat jawab soalan matematik walaupun memakan masa kemudian Syed benarkan Sufia makan donut. Sufia tergugat dengan sikap pelik abangnya yang tetiba tak garang. Tadi bukan main garang Syed mengajar Sufia.

Sufia mengambil seketul donut berkrim perisa kegemarannya iaitu strawberry kemudian dia makan donut itu. Sungguh lazat!

Walaupun dari luarannya Syed nampak garang, namun tetapi dalaman Syed sungguh sayang terhadap adiknya, Sufia. Bak kata orang, nampak garang tapi sayang.

[BERSAMBUNG  ??]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience