BAB 3

Romance Completed 13552

JERITAN kemarahan begitu jelas kedengaran dari rumah teres dua tingkat milik En.Bakri. Kata-kata anaknya itu amat mengejutkan dirinya. Aimy telah memintanya untuk memutuskan pertunangannya dengan Dani sedangkan majlis itu hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Benar-benar tak masuk akal!!

“Kau jangan nak main-main Aimy. Aku takkan benarkan kau putuskan pertunangan dengan Dani. Lagi 3 minggu. Macam mana aku nak jawab dengan Tengku Majib nanti. Dah, kata aku muktamad. Kau tetap kena kahwin jugak. Kalau kau nak tengok aku mati kau buatlah,” En.Bakri bersuara sedikit mengugut. Isterinya Pn.Aisyah sekadar mendiamkan diri. Aimy pula telah teresak-esak. Dia benar-benar tidak tahu membuat macam mana lagi untuk memutuskan pertunangan tanpa relanya. Sudahlah dirinya dulu dipaksa bertunang dengan Dani Arfan. Ayahnya itu telah terhutang budi dengan keluarga Tengku Majid kerana telah membantu melangsaikan hutang syarikat kecil milik keluarganya dan dirinya menjadi galang ganti.

“Ayah tak adil. Dulu ayah jugak yang paksa Aimy terima Dani. Kenapa mesti Aimy yang kena. Ayah memang kejam. Sebab terhutang budi dengan keluarga Dani, Aimy pulak yang kena jual,” Aimy bersuara lantang. Kata-kata itu telah menyemarakkan lagi kemarahan En.Bakri. Tanpa perasaan, dia menampar pipinya anaknya. Aimy memegang pipinya yang sakit. Air mata kembali mengalir. Puan Aisyah telah membuntangkan matanya.

“Apa ni abang. Dah melampau dah ni. Abang tak sepatutnya tampar Aimy. Dia anak abang jugak,” Pn.Aisyah menegur kelakuan suaminya itu.

“Anak awak tu yang kurang ajar sangat. Dia dah lupa agaknya kalau tak kerana bantuan Tengku Majid dulu kita ni dah hidup merempat,” En.Bakri membalas kata-kata isterinya. Aimy pula tidak betah lagi di situ. Dia tahu dia tidak boleh lagi berkata apa-apa. Ingin melarikan diri dari rumah juga tidak mungkin. Ayahnya itu mempunyai sakit jantung. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada ayahnya. Perlahan-lahan dia terjelepok di tepi katilnya.

‘Ayah tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Aimy tak boleh kahwin dengan Dani. Aimy dah tak suci yah. Apa Aimy nak jawab nanti pada masa akan datang. Ya Allah tolong aku,’ Aimy merintih pilu sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience