BAB 6

Romance Completed 13552

PANGGILAN telefon yang berbunyi nyaring menyedarkan Akif yang sedang khusyuk membuat kerjanya di pejabat. Sebaik melihat nama ibunya yang tertera pantas panggilan disambut. Dia amat rindukan ibunya itu yang jauh berada di Malaysia.

“Assalamualaikum mama. Mama sihat? Rindunya Kif dekat mama. Ada apa mama telefon Kif ni?” Akif menyoal manja mamanya itu. Telah hampir sebulan lebih dia meninggalkan bumi Malaysia.

“Waalaikumusalam. Mama sihat.Kif cakap rindu dekat mama tapi tak reti-reti ke nak call sini,” Tengku Mastura sempat menyindir anaknya itu. Akif pula telah tersengih-sengih. Memang salah dia pun. Semanjak sampai di sini, dia tidak menghubungi lagi ibunya.

“Haha. Kif sibuklah ma. Banyak benda yang nak kena urus. Nanti hari-hari Kif call mama yea,” Akif membalas kata-kata ibunya.

“Amboi. Hari-hari nak telefon sini. Mahu melambung bil tu nanti,” Kata-kata ibunya hanya disambut dengan ketawa panjang.

“Untuk mama Kif sanggup. Bil mahal takpe. Claim je semula dengan papa nanti, haha. Hah ma, lupa nak tanya. Macam mana perkahwinan Dani tu?” Akif tiba-tiba teringatkan sepupunya. Senyuman sinis serta-merta terukir.

‘Agaknya apa ye reaksi Dani bila tau isteri dia dah ditebuk tupai,’.

“Mama nak cakap pun serba-salah ni. Diorang tak jadi kahwin Kif. Pompuan tu dah mengandung. Entah anak siapa pun tak tau. Kesian Pak Long kamu tanggung malu. Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang,” Tengku Mastura meluahkan kekesalannya. Kata-kata itu menyentak perasaan Akif.

‘Dia mengandung? Anak aku ke.Tak mungkin. Aku dah pakai protection masa tu takkan boleh jalan jugak. Tapi memang aku orang first sentuh dia. Boleh jadi jugak itu anak aku. Ya Allah,’ Akif terasa kusut.Perasaan bersalah datang bertimpa-timpa.

“Hello Kif. Are you there? Dengar tak mama cakap ni. Kifff,” Tengku Mastura berasa hairan apabila anaknya itu tiba-tiba mendiamkan dirinya.

“Ye. yea mama. Kif ada lagi kat sini. Kif check fail ni kejap tak sedar. Eh, oklah mama. Mesyuarat dah nak mula ni. Lain kali Kif call mama pulak yea. Bye. Assalamualaikum,” Akif pantas memutuskan talian sebaik salamnya dijawab. Dia hanya memberi alasan kononnya ada mesyuarat untuk melarikan diri. Pelbagai persoalan berada di benaknya kini. Pantas dia mencapai kunci kereta di atas meja. Terasa begitu panas sekali berada di dalam pejabatnya walaupun aircond terpasang.

Kereta yang dipandu Akif meluncur laju di jalan raya. Dia masih tidak dapat melupakan kata-kata ibunya itu. Terbayang-bayang di ruang matanya wajah sendu Aimy Nisrina sewaktu kejadian hitam tersebut. Perasan kesalnya mula timbul. Dia sedar dia bersalah dalam hal itu. Kerana dendam, maruah gadis itu menjadi taruhan. Akif masih termenung sehingga dia tidak sedar keretanya itu sudah mamasuki lorong lain. Bunyi hon yang nyaring kembali menyedarkannya namun ternyata dia telah terlambat. Keretanya itu telah bertembung dengan treler yang panjang. Akif sudah tidak sedar apa-apa lagi setelah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience