BAB 8

Romance Completed 13552

KELAKUAN En.Bakri hanya diperhatikan oleh isteri dan anak sulungnya. Mereka tahu En.Bakri menyesal dengan apa yang terjadi namun perkara itu sudah tidak dapat diubah lagi. Fikiran Syaheem melayang pada peristiwa 3 tahun yang lalu. Sebaik pulang dari United Kingdom, dia terkejut sakan dengan apa yang dimaklumkan oleh ibunya. Kejadian yang menimpa satu-satunya adik kandungnya itu amat menyayat hati. Puas disoal tindakan melulu yang diambil dari En.Bakri namun dia hanya mendapat tekingan dari ayahnya. En.Bakri masih terus menyalahkan Aimy dengan apa yang berlaku sehinggalah kehadiran Tengku Akif Amsyar 2 tahun yang lalu.

Sebaik mendengar cerita yang sebenar, lelaki itu dipukul separuh mati oleh ayahnya. Akif langsung tidak mempertahankan dirinya lantaran tahu dirinya bersalah. Dari apa yang dilihatnya dia tahu jejaka itu benar-benar telah insaf dan ingin bertanggungjawab. Lelaki itu sendiri telah mendapat balasan dengan apa yang dilakukan. Dirinya telah ditimpa kemalangan sehingga koma selama 3 bulan. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut hilang keupayaannya untuk berjalan. Setelah 2 tahun menjalani terapi, lelaki itu telah pulih walaupun masih terkecok-kecok berjalan. En.Bakri amat marah kerana setelah 2 tahun dia menghalau Aimy barulah lelaki itu muncul. Sesalan dirinya membuak-buak.

Berkali-kali Akif datang memohon kemaafan dari keluarganya. Dia dan ibunya telah memaafkan lelaki itu. Seberat mana salah lelaki itu mereka tetap tidak dapat menahan takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa adik kesayangannya. Akif juga telah berjanji untuk mencari Aimy dan membawa pulang semula gadis itu. Mereka sekeluarga juga telah berusaha mencari Aimy namun hingga kini tidak berhasil. Gadis itu benar-benar mengotakan apa yang En.Bakri mahu. En.Bakri pula yang masih sebal untuk memaafkan jejaka yang ternyata amat ikhlas untuk bertanggungjawab itu. Syaheem masih memerhati gelagat ayahnya yang masih ralit membelek album gambar Aimy.

“Dahlah tu yah. Ayah tengok beratus kali pun gambar Aimy dia tetap takkan balik. Kalau ayah tak terburu-buru dulu, semua takkan jadi macam ni. Sesal dah takde guna,” Syaheem berkata selamba apa yang berada dibenaknya. Ibunya sekadar mendiamkan diri.

“Ayah tahu semua ni salah ayah. Kau tak payah cakap berkali-kali. Ayah tau,” En.Bakri berkata sebak. Perlahan-lahan air mata tuanya mengalir. Pantas dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tidak betah lagi berada di depan anak dan isterinya itu. Beribu sesalan yang dia rasakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience