BAB 1

Romance Completed 13552

BUNYI jirusan air dari bilik mandi menyedarkan lena panjang Aimy Nisrina. Perlahan-lahan matanya dibuka melihat keadaan sekeliling yang terasa begitu asing. Derusan angin dari aircond meresap jauh ke badannya. Sejuk!!! Itulah yang dirasakan saat itu. Aimy merasakan ada sesuatu yang tidak kena ketika itu dan pantas dia tersedar. Dirinya kini dalam keadaan tanpa seurat benang pun. Hanya ditutupi selimut yang tebal. Mutiara jernih telah mengalir dari tubir mata. Dia bingung dengan apa yang telah berlaku. Pantas dia cuba menggali semula memori yang telah terjadi semalam.

Imbas kembali..

Aimy menyanyi kecil sambil membawa satu beg plastik berisi barang keperluan rumah yang dibeli dari kedai runcit berdekatan rumahnya. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah keretanya yang diparkir agak jauh dari orang ramai. Tiba-tiba dia berasa tidak enak. Perasaannya kuat mengatakan dia diekori ditambah dengan bayang-bayang yang jelas kelihatan dalam sorotan lampu jalan. Aimy telah ketakutan. Dia mempercepatkan lagi langkahnya. Apabila dia tiba di kereta, dia memberanikan diri berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang mengikutnya. Tiada!! Berkerut dahinya kerana dia berasa amat yakin dengan apa yang dilihat namun perasaan leganya bertandang. Mungkin hanya mainan perasaan.

Pantas dia berpusing ke hadapan semula dan dia terus terkejut dengan kehadiran dua orang lelaki yang tidak dikenalinya. Jejaka-jejaka itu pantas mengheretnya ke satu kereta yang sememangnya telah sedia menanti. Aimy bertungkus-lumus melawan namun apalah yang diharapkan dengan kudrat wanita miliknya. Puas dia menjerit meminta tolong tapi ternyata ianya sia-sia kerana kawasan itu amatlah sunyi.

“Woi pompuan, senyap sikit boleh tak. Kau jeritlah kuat mana pun orang takkan dengar punya. Ikut je kami senyap-senyap,” Salah seorang jejaka itu bersuara.

“Kau orang siapa? Lepaskan aku. Tolong jangan apakan aku. Kalau nak duit cakap je berapa aku akan kasi. Tolong lepaskan aku,” Aimy pantas bersuara. Merayu-rayu dirinya minta dilepaskan. Kata-kata itu hanya mengundang ketawa dari kedua-dua jejaka tersebut. Pantas dia di tolak ke dalam kereta dan tangannya juga telah diikat. Kereta itu terus bergerak meninggalkan kawasan itu. Aimy masih berusaha meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

“Kau duduk diam-diam boleh tak. Kita orang nak bawa kau pergi ke syurga. Mesti kau suka nanti, haha. Bukak mulut cepat,” Kata-kata salah seorang jejaka tersebut mengundang ketawa yang lain. Aimy semakin kecut. Dirinya cuba diberi minum cecair yang dia sendiri tidak tahu apa bendanya. Dia cuba melawan namun tidak berjaya apabila mulutnya dibuka oleh seorang lagi teman lelaki itu. Setelah beberapa minit, dia sudah hilang kewarasan. Apabila lelaki-lelaki itu ketawa dia turut ketawa sama. Kejadian selepas itu sudah tidak dapat diingati. Dan kini dia telah berada di sini. Lamunannya terganggu dengan suara yang menyapa.

“Baguslah kau dah bangun. Malam tadi memang indah. Tak sia-sia aku upah orang culik kau,” Selamba kata-kata yang meluncur laju dari mulut seseorang jejaka yang langsung tidak dikenalinya. Jejaka itu dengan selamba duduk di birai katil berdekatan dirinya. Aimy semakin ketakutan. Perlahan-lahan dia mengengsotkan dirinya ke hujung katil. Semakin lebat air mata yang mengalir. Aimy benar-benar bingung ketika itu.

“Kau siapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Aku tak kenal pun kau siapa. Kenapa mesti aku?” Bertalu-talu soalan yang disoal oleh Aimy dengan sebak. Dia benar-benar berasa sedih. Mahkota kewanitaannya telah diragut oleh insan yang langsung tidak dikenali. Soalannya hanya disambut dengan ketawa panjang. Jejaka itu tidak pantas menjawab namun dia kembali bangun dan menyarungkan semula pakaiannya kebadan.

“Memang kau tak salah. Kau tak kenal aku siapa. Cuma satu je silap kau. Kau tu tunang atau lebih tepat lagi bakal isteri kepada Dani Arfan!! Kalau kau takde kena mengena dengan dia aku takkan usik kau,” Jejaka itu menjawab sejurus selesai berpakaian. Mukanya menggambarkan perasaan dendam yang membara apabila nama Dani Arfan disebut. Aimy pula semakin tertekan. Dia tidak faham dengan apa yang berlaku. Apa kaitannya menjadi tunang kepada Dani Arfan dengan apa yang telah terjadi.

“Aku tak tau apa salah Dani kat kau tapi kenapa aku yang jadi mangsa. Kau memang jantan sial!!” Aimy telah kerasukan. Dia terus membaling pasu yang berada di sisi katil ke arah jejaka itu. Jejaka itu yang terkejut pantas mengelak. Namun senyuman sinis terukir kembali. Dia berasa puas dengan apa yang dilakukan. Perempuan itu memang cantik. Tidak sia-sia dia merosakkan gadis itu. Dia puas kerana terasa dendamnya telah terbalas dengan apa yang Dani lakukan kepadanya dulu.

“Haha, aku tak ada masa nak cerita apa yang celaka tu buat dulu. Tapi apa yang jelas silap kau cumalah sebab kau tu tunang dia,” Dia membalas selamba. Aimy bertambah sakit hatinya mendengar.

“Berambus kau jantan sial. Aku benci tengok muka kau. Jangan kau tunjuk muka kau depan aku lagi kalau kau tak nak mampus. Pergi,” AImy menempik sekuat hati.

“Memang aku nak blah dah pun. Nah!! Bayaran terhadap layanan kau malam tadi,” Jejaka itu tanpa perasaan melemparkan beberapa not ke atas katil sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Esakan Aimy bertambah kuat. Dia merasakan masa depannya kini telah gelap. Buntu dia memikirkan apa yang perlu dilakukan. Perkahwinannya hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Bilik itu kembali gamat dengan suara jeritan dan esakan dari Aimy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience