BAB 7

Romance Completed 13552

4 tahun kemudian….

KERETA Proton Alza berwarna putih dipandu perlahan masuk ke pekarangan rumah. Sebaik sahaja turun dari kereta, seorang kanak-kanak yang berusia linkungan 3 tahun pantas memeluk pemandu kereta tersebut.

“Mama, mama. Rindu mama,” Kanak-kanak itu mengadu manja pada ibunya. Aimy hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Aryan Fikri Bin Abdullah. Itulah nama yang diberikan setelah melahirkannya 3 tahun yang lalu. Pantas kanak-kanak comel itu didukung dan dicium.

“Aryan rindu mama ea. Nakal tak hari ni?” Aimy bertanya sambil mendukung anaknya itu.

“Tak. Aryan anak baik,” Aryan menjawab dengan sedikit pelat.

“Betul ni. Kak jan, Aryan tak meragam ke hari ni?” Aimy pantas bertanya pada Farizan yang merupakan jirannya. Farizan yang menjaga Aryan apabila dirinya dan Alyaa pergi bekerja. Kesemua anak-anak Farizan telah bersekolah memudahkan dirinya menjaga Aryan. Aimy bersyukur dikurniakan jiran sebaik Farizan dan suaminya Nazrin kerana mereka berdua banyak membantu dirinya dan Alyaa semenjak mereka pindah ke situ 4 tahun yang lalu. Farizan dengan rela hati membantu dirinya tanpa mengambil sebarang upah.

“Tak Aimy. Aryan ni memang anak yang baik. Mudah sangat nak uruskan dia. Aimy bertuah dapat anak sebaik Aryan,” Farizan menjawab senang sambil tersenyum manis.

“Alhamdulillah. Hah, ni ada sikit buah untuk kak Jan. Tadi Aimy beli lebih sikit,” Aimy pantas bersuara sebaik teringat akan hal itu. Dia menurunkan Aryan dari dukungannya dan terus mengambil buah-buahan tersebut di dalam kereta sebelum diserahkan kepada Farizan.

“Terima kasih. Buat susah je Aimy ni,” Aimy sekadar tersenyum mendengar kata-kata Farizan.

“Apa pulak susah. Sikit je ni. Oklah kak, saya nak masuk dulu bersihkan diri. Nak masak pulak nanti. Si Alyaa pulak pulang lewat sikit hari ni. Saya pergi dulu yea,” Aimy meminta diri dari jirannya itu.

“Pergilah masuk. Bye Aryan. Esok jumpa dengan auntie Jan pulak tau,” Kata-kata Farizan di sambut dengan lambaian oleh Aryan. Selepas itu, dia hanya melihat kelibat Aimy dan Aryan menghilang disebalik pintu masuk rumah.

MALAM itu, Alyaa dan Aimy melepak santai di ruang tamu rumah mereka. Aryan pula sedari awal lagi sudah tidur. Aimy hanya melihat kosong ke arah televisyen yang terpasang. Fikirannya ketika tu melayang ke lain. Alyaa menyedari gelagat rakannya itu.

“Kau ni kenapa Aimy? Ada masalah ke?” Alyaa menyoal rakannya itu.

“Takde apa. Aku cuma ingat cerita lama je,” Aimy menjawab.Pelbagai persoalan berada dibenaknya kini. Permintaan dari anaknya amat melemaskan.

“Kau fikir tentang apa yang Aryan cakap ke?” Alyaa masih menyoal. Anggukan Aimy disambut dengan keluhan.

“Kau tak payah bimbang. Aryan tu kecik lagi. Lama-lama dia lupalah apa yang dia cakap,” Alyaa berusaha menenangkan Aimy. Aimy sekadar mengeluh panjang.

“Aku tak taulah Lya. Dah banyak kali dia tanya tentang papa dia. Dah banyak kali jugak aku tipu dia. Dia kecik lagi. Aku tau kasih-sayang aku saja tak cukup untuk dia. Dia perlukan ayah,” Aimy menyuarakan apa yang ada dibenaknya.

“Aku pun tak tau apa nak cakap. Kata-kata kau tu betul. Aku nak tanya ni dan aku harap kau tak marah. Apa kau nak buat kalau tiba-tiba ayah Aryan muncul?” Alyaa menyoal perlahan.

“Aku bunuh dia,” Sebaik mendengar kata-kata selamba Aimy, Alyaa terus membeliakkan matanya.

“Kau biar betul,” Alyaa bersuara bimbang. Aimy yang melihat reaksi Alyaa telah ketawa terbahak-bahak.

“Haha. Kau ni takkanlah aku nak buat apa yang aku cakap. Aku pun tak tau macam reaksi aku kalau jumpa dia. Dah 4 tahun Lya. Aku pun tak kenal siapa dia. Tapi muka dia masih kuat dalam ingatan aku,” Aimy bersuara penuh perasaan. Alyaa pula menepuk-nepuk bahu rakannya itu.

“Dahlah. Aku malas nak fikir semua ni. Baik tidur dulu. Esok kan dah janji nak bawak Aryan pergi Danga Bay. Ngantuk pulak esok. Aku masuk bilik dulu,” Tanpa menunggu balasan Alyaa, Aimy terus melangkah ke dalam biliknya tidurnya bersama Aryan.

Aimy masih memikirkan kata-kata sahabatnya itu. Pantas dia melihat pada Aryan yang sedang lena. Wajah comel anaknya diperhatikan. Entah menyapa rasa sebak menyapa diri. Wajah mereka amat sama. Rambut yang keperangan, hidung mancung, kening yang tebal disampin anak mata berwarna hazel itu memang sama dengan lelaki itu. Walaupun hanya sekali berjumpa wajah itu tetap utuh diingatannya. Perlahan-lahan mutiara jernih mengalir dari matanya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku 4 tahun lalu barlayar-layar difikirannya. Ingatan Aimy terngarah pada ibu bapanya. Sudah 4 tahun mereka tidak berjumpa. Rasa rindu ditahan. Tidak mungkin dia memunculkan diri di depan mereka setelah apa yang diperkatakan ayahnya dulu. Dia benar-benar tidak bersedia.

Malam semakin larut. Aimy pantas membaringkan dirinya sebaik sahaja kepalanya berdenyut-denyut dan pandangan sedikit kabur. Sudah acap kali dia mengalami situasi itu. Sesuatu perkara yang dirahsiakan dari pengetahuan sahabat karibnya sendiri. Pantas dia memejamkan matanya menahan kesakitan. Kesakitan yang dirasainya sejak dulu hanya dipendam seorang diri. Lenanya pada malam itu ditemani dengan bayangan silam yang menjelma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience