BAB 12

Romance Completed 13552

AKIF gelisah di depan unit rawatan rapi Hospital SS. Telah lama Aimy berada di sana namun sehingga kini tiada khabar berita. Berulang-alik dirinya ketika itu. Pn.Aisyah dan En.Bakri juga gelisah menantikan keadaan anak mereka. Syaheem pula kelihatan lebih tenang sambil mendukung Aryan. Alyaa sekadar mendiamkan diri disebelah Syaheem. Dia masih memikirkan kata-kata akhir Aimy pada dirinya. Tengku Ismail Dan Tengku Mastura pula cuba menenangkan ibu bapa Aimy. Mereka turut bimbang dengan keadaan Aimy.

“Kif. Duduk dulu. Bertenang,” Syaheem bersuara. Sakit kepalanya melihat gelagat Akif yang jelas ketara bimbang. Dia juga bimbang dengan keaadaan adiknya namun dia hanya pura-pura bertenang. Jika dia juga gelisah, memang kacau keadaan nanti. Akif pula terus melabuhkan punggung di sebelah Syaheem. Mukanya diraut berkali-kali.

“Aryan nak mama,” Suara manja Aryan menyedarkan Akif. Pantas dia mengambil anaknya dari pangkuan Syaheem.

“Sabar ya sayang. Nanti mama jumpa dengan Aryan. Papa ada kat sini. Papa akan jaga Aryan. Papa sayang Aryan. Maafkan papa sayang. Banyak dosa papa pada mama,” Akif bersuara. Sebaik itu air matanya mengalir. Pertama kali membahasakan dirinya papa kepada anaknya itu. Pipi Aryan dikucup bertalu-talu. Perlakuannya itu ternyata mengharukan mata yang memandang. Sejurus itu, pintu bilik unit rawatan rapi dibuka. Sebaik melihat doktor melangkah keluar, mereka terus mendapatkan doktor itu.

“Anak saya macam mana doktor?” Pn.Aisyah pantas menyoal.

“Aimy baik-baik sajakan. Tak serius kan?” Akif pula menyoal. Doktor yang memakai nametag Khairul itu menarik nafas sebelum menjawab. Dirinya agak serba salah.

“Saya harap semua bertenang dulu. Keadaan Aimy agak kritikal sekarang ni. Dia ada darah beku dikepala. Kesan dari hentakan yang berlaku pada kepalanya beberapa tahun yang lalu. Aimy pun dah lama tau perkara ini tapi dia mintak saya rahsiakan. Sepatutnya dia melakukan pembedahan secepat mungkin tapi mungkin masalah kewangan dihapinya. Sekarang ni keadaan dia dah parah. Peluang nak hidup kalau operate cuma 50-50 je,” Penerangan panjang lebar itu mengundang kejutan mereka yang mendengar. Syaheem, Tengku Ismail suami isteri telah beristighfar panjang. Alyaa pula semakin lebat air mata yang mengalir. Baru dia mengerti kata-kata sahabatnya itu. Pn.Aisyah pula telah menggelengkan kepalanya. Akif sekadar berdiam diri.

“Semua ni salah abang!!! Abang yang tolak Aimy dulu. Kalau tak semua takkan jadi macam ni. Abang dah bunuh anak kita. Puas hati abang sekarang,” Pn.Aisyah bersuara kerasukan. Badan suaminya dipukul bertalu-talu. En.Bakri sekadar mendiamkan diri. Air matanya juga telah mengalir. Dia tahu dirinya bersalah.

“Ibu, sabar. Istighfar. Ingat Allah bu,” Syaheem berusaha menenangkan ibunya.

“Betul kata ibu kamu Syah. Semuanya silap ayah. Ayah dah bunuh adik kamu sendiri,” En.Bakri berkata sebak. Mukanya diraut berkali-kali.Air mata sesalan membuak-buak keluar. Pn.Aisyah pula telah terduduk.

“Semua ni berpunca dari Kif. Kif yang salah. Kalau tak kerana dendam Kif dulu, Aimy takkan jadi macam ni,” Akif pula menyalahi dirinya.

“Semua bertenang. Jangan macam ni. Aimy tentu tak suka kalau dia tahu.Tolonglah bersabar,” Alyaa pula bersuara. Mereka diganggu dengan kedatangan jururawat yang bertugas.

“Ermm, Cik Aimy nak jumpa dengan semua. Keadaan cik Aimy agak nazak sekarang,” Semua yang mendengar sekali lagi terkejut. Pantas mereka melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Aimy. Aimy yang melihat ahli keluarganya datang telah menitiskan air mata. Dia bersyukur kerana masih berpeluang berjumpa dengan mereka. Sedaya upaya dirinya cuba mengukir senyuman.

“Ibu ayah. Aimy rindu sangat-sangat dengan ibu dan ayah. Ampunkan segala dosa Aimy ye. Halalkan segala makan minum Aimy selama ni,” Aimy bersuara sebak. En.Bakri dan Pn.Aisyah memeluk anak mereka itu.

“Aimy tak salah nak. Ayah yang salah. Maafkan ayah. Maafkan ayah Aimy,” Kata-kata En.Bakri disambut gelengan oleh Aimy.

“Shh.. Ayah tak salah. Semua ni dah memang takdir Aimy. Aimy redha. Along, tolong jaga ibu dengan ayah tuk Aimy ye,” Aimy pula bersuara sambil memandang Syaheem. Syaheem hanya menganggukkan kepalanya. Terasa begitu sebak untuk bersuara.

“Lya, kau ingatkan apa yang aku pesan tadi?” Aimy mengalihkan pandangan pada sahabat karibnya yang tiada galang gantinya itu.

“Aku janji Aimy. Aku janji,” Alyaa menjawab teresak-esak. Aimy mengukir senyuman manis pada semua disekitarnya.

“Akif, janji dengan saya ye. Tolong jaga Aryan baik-baik. Tolong sayangkan Aryan sepenuh hati awak. Maafkan saya kerana tak dapat penuhi permintaan awak. Saya tak mampu,” Aimy meminta pada Akif sambil memandang tepat pada mata itu. Akif mengangguk-ngangguk. Air matanya usah dikira berapa banyak telah mengalir. Aryan didukungan Akif juga telah menangis memanggil-manggil mamanya. Seakan tau dirinya akan ditinggalkan.

“Shh. Anak mama jangan nangis. Aryankan dah janji dengan mama tak nak nangis. Aryan kena kuat. Kena jadi anak yang soleh. Ni papa Aryan sayang. Mamakan dah janji nak bawak Aryan jumpa papa. Aryan tak boleh nangis lagi tau. Mama sayang Aryan,” Aimy terus memeluk dan mencium anaknya sebaik berkata-kata. Selepas itu, dadanya berombak deras. Terketar-ketar dirinya menahan kesakitan. Semua bertambah cermas. Perlahan-lahan mata Aimy tertutup. Segalanya padam.

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa ku kembali

Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa

Kembali tulus segalanya

Tapi hidup takkan bisa

Meski derai air mata

AIR mata yang mengalir di pipi Akif pantas dikesat perlahan. Penyesalan sudah tiada guna lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience