BAB 11

Romance Completed 13552

TELAH seminggu peristiwa itu berlalu. Namun sehingga kini Aimy tidak dapat melupakan perkara tersebut. Masih berlegar-legar difikirannya wajah mengharap Akif Amsyar. Dia sendiri buntu untuk membuat keputusan. Matanya beralih pada Aryan yang sedang bermain mainan keretanya. Dia bimbang dengan nasib anaknya jika sesuatu menimpa dirinya. Adakah dia patut menerima lamaran Akif. Aimy gelisah. Kepalanya berdenyut kembali. Berkerut dirinya menahan sakit. Dia tahu waktunya kian suntuk.

“Kau ok tak ni? Pucat sangat muka kau ni. Kau sakit ke. Sejak dua menjak ni muka kau pucat sangat. Kau buat aku bimbanglah. Apa kata aku hantar kau pergi klinik buat check up. Aku takut nanti semakin serius je,” Lamunan Aimy terganggu dengan suara bimbang Alyaa. Dia pantas tersenyum ke arah sahabatnya. Mana mungkin dia menceritakan mengenai dirinya.

“Aku takde apa-apalah. Pening sikit-sikit je ni. Kau tak payah bimbang,” Aimy bersuara pantas.

“Betul ni? Kalau kau sakit cakap kat aku. Jangan senyap pulak,” Alyaa telah dalam mood membebel pula.

“Yelah mak cik. Kau ni suka sangat membebel. Sesuai sangat dengan along aku,” Aimy berkata selamba. Sejurus itu dia terdiam. Pantas ingatannya kembali pada Syaheem, abang kandungnya. Turut tidak ketinggalan wajah ibu bapa tercinta. Rasa rindu membuak-buat didadanya.

“Lya, aku ada permintaan nak buat dengan kau ni,” Aimy bersuara perlahan. Alyaa pantas melihat sahabatnya yang sedikit pelik itu.

“Apa dia? InsyaAllah kalau aku mampu aku tolong,” Alyaa menjawab.

“Kalau apa-apa jadi kat aku, kau janji yea jaga Aryan baik-baik. Tolong sayang dia macam anak kau sendiri. Aku mohon. Tolong sampaikan salam aku pada ibu, ayah dengan along aku. Cakap dekat mereka aku mintak maaf banyak-banyak. Tak lupa jugak dekat Akif, ayah Aryan. Aku takut tak sempat je. Aku jugak nak terima kasih banyak-banyak dekat kau sebab susah senang aku kau sentiasa bersama aku. Aku sayang kau sangat-sangat ,” Aimy bersuara sebak. Alyaa yang mendengar kata-kata itu telah mengalirkan air mata. Pantas Aimy diraih ke pelukannya.

“Aku tak suka kau cakap macam ni. Kau ni kenapa Aimy. Macam nak tinggalkan aku je,” Alyaa berkata sedih. Kata-kata Aimy mengganggu dirinya. Aimy pantas tersenyum menutup kegundahan hati. Dia tidak mahu Alyaa mengesan apa-apa pada dirinya.

“Aku tak apa-apalah. Saja je. Kau tak payahlah emo sangat. Tak comel tau tengok kau ni. Eh, ada orang beri salam tu. Cuba kau pergi tengok. Aku tak larat pulak nak bangun,” Aimy cuba menceriakan suasana semula. Alyaa pantas melangkah ke arah pintu sebaik mendengar salam yang bertalu-talu. Sebaik Alyaa melangkah, dahi Aimy kembali berkerut. Rasa sakit di kepalanya semakin menyerang. Pantas dia melangkah ke biliknya untuk mengambil ubat tahan sakit.

Alyaa melangkah keluar untuk melihat tetamu yang datang. Dia terkejut melihat insan yang hadir. Akif Amsyar, ayah Aryan. Dia kenal jejaka itu. Aimy telah menceritakan segalanya pada dirinya.

“Assalamualaikum Lya,” Alyaa sekali lagi terkejut mendengar suara yang memberi salam. Terus dia berpaling ke belakang Akif. Syaheem!!! Syaheem tersenyum manis melihat ke arah Alyaa yang jelas terkejut melihat kehadirannya. Alyaa sudah terpinga-pinga. Salam Syaheem dijawab perlahan. Kehadiran Akif, Syaheem, ibu bapa Aimy dan juga dua pasangan suami isteri yang langsung tidak dikenalinya benar-benar mengejutkan. Dia buntu untuk melakukan langkah seterusnya namun kehadiran Aryan yang berlari sambil menangis lebih menarik hatinya.

“Bu Lya. Mama…mmm..mama jatuh. Tolong mama,” Aryan bersuara diselangi tangisan. Kata-kata dari Aryan ternyata mengejutkan semua orang. Akif terlebih dahulu melangkah masuk diikuti yang lain. Akif terperanjat melihat tubuh Aimy yang terbujur kaku di depan sofa. Mukanya jelas kelihatan pucat tanpa darah.

“Ya Allah, anak aku,” Serentak En.Bakri dan Pn.Aisyah bersuara. Mereka terus mendapatkan Aimy.

“Semua sabar dulu. Kita hantar Aimy pergi hospital cepat.InsyaAllah dia tak apa-apa,” Syaheem bersuara menenangkan keadaan.

“Ya, kita perlu bawak Aimy ke hospital dulu. En.Bakri dengan Pn.Aisyah sabar ye,” Tengku Mastura pula bersuara. Akif tidak berdiam diri lagi. Pantas tubuh Aimy diangkatnya. Syaheem pula telah melangkah ke kereta. Alyaa juga pantas bertindak. Aryan didukungnya. Entah mengapa kata-kata Aimy terngiang-ngiang di telinga. ‘Apa maksud Aimy?’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience