BAB 10

Romance Completed 13552

AIMY NISRINA hanya melihat tubuh lelaki yang masih terbaring di atas katil. Tengku Akif Amsyar. Baru kini dia mengetahui nama lelaki itu. Aryan kini berada di bawah jagaan Alyaa. Aimy sendiri tidak tahu mengapa dia masih berada bersama lelaki itu. Aimy mengambil keputusan untuk pulang. Dia tidak mahu bertembung dengan keluarga lelaki itu. Namun belum sempat dia bangun, gerakan tangan Akif menyedarkannya. Dia tidak jadi melangkah pergi. Akif perlahan-lahan membuka matanya. Sebaik melihat gerangan insan di depan matanya, air matanya kembali mengalir. Dia tidak menyangka wanita itu masih sudi menunggunya.

‘Sungguh mulia hatimu Aimy. Maafkan aku,’ Hatinya berbisik perlahan sambil matanya terus merenung gadis itu.

“Terima kasih sebab masih sudi tunggu saya. Terima kasih jugak selamatkan saya,” Akif bersuara perlahan.

“Memang dah jadi tanggungjawab saya selamatkan awak. Jadi dah tiba masanya saya balik. Awak pun dah sedar. Saya pergi dulu,” Aimy pantas bengun. Namum belum sempat dia melangkah, jejaka itu terlebih dahulu memegang tangannya.

“Nanti dulu. Banyak lagi saya nak cakap dengan awak. Saya merayu jangan pergi dulu,” Kata-kata Akif menghentikan langkah Aimy. Dia mengeluh perlahan sebelum duduk semula. Akif ternyata gembira dengan keputusan Aimy.

“Awak nak cakap apa. Saya kena balik. Anak saya dah tunggu saya,” Aimy berkata pantas.

“Awak dah betul-betul maafkan saya,” Akif menyoal buat sekian kalinya.

“Yea. Saya dah maafkan awak. Anggaplah semua tu dulu tak pernah terjadi. Kalau saya masih marahkan awak dah tak guna. Tetap tak dapat ubah semua yang dah berlaku,” Aimy bersuara sedikit beremosi. Air matanya yang ingin menitis ditahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

“Terima kasih. Tapi saya mohon beri saya peluang untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku dulu. Tolong beri saya peluang. Kahwin dengan saya,” Akif bersuara ikhlas. Aimy pula membuntangkan matanya mendengar kata-kata Akif. Pantas mata Akif direnung tajam.

“Berikan saya sebab untuk apa saya kena kahwin dengan awak. Saya rasa tak perlu,” Aimy berkata tegas sambil terus merenung mata jejaka itu.

“Saya dah rampas maruah awak dulu. Biarlah saya bertanggungjawab. Kalau awak tak nak pun fikirkan tentang Aryan. Dia anak sayakan,” Aimy ternyata terkejut mendengar kata Akif.

“Macam mana awak yakin sangat Aryan anak awak. Saya tak cakap pun,” Aimy bersuara terketar-ketar.

“Memang tak ada orang cakap. Naluri saya kuat mengatakan dia anak saya. Saya tengok muka dia pun saya dah tau. Awak sendiri fahamkan kata-kata saya. Jadi tolong pertimbangkan permintaan saya,” Akif menerangkan panjang lebar. Aimy pula menggelengkan kepalanya.

“Tak saya tak setuju. Dia anak saya sorang. Awak takde hak nak mengaku dia anak awak. Saya rasa cukup setakat ni je. Saya mintak diri dulu,” Aimy pantas bangun namun Akif lebih tangkas. Sekali lagi tangan wanita itu diraihnya.

“Tolong lepaskan tangan saya En.Akif Amsyar,”.

“Tak. Saya harap awak fikirkan kata-kata saya. Saya benar-benar ikhlas. Saya dah lama cari awak. Saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Kita boleh besarkan Aryan bersama-sama. Saya jugak ada hak. Tolonglah. Terima saya jadi suami awak. Izinkan saya menebus segala dosa saya. Seumur hidup saya menyesal dengan perbuatan saya. Saya mohon sangat-sangat,” Akif bersuara sebak. Aimy pula telah mengalirkan air mata. Kata-kata ikhlas Akif menyentuh hati wanitanya. Pantas tangannya direntap dan dia terus berlari keluar dari wad itu. Dia benar-benar telah buntu.

Akif hanya melihat tingkah Aimy. Perlahan-lahan telefonnya di sisi katil dicapai. Nombor seseorang ditekan. Sebaik panggilan diangkat dia pantas bersuara.

“Abang, saya dah jumpa dia. Nanti saya maklumkan semula pada abang,” Akif pantas memutuskan talian sabaik kata-kata itu dilafazkan.

‘Saya akan tetap cari awak walaupun awak lari beribu batu pun dari saya. Saya takkan lepaskan awak. Saya janji selagi saya bernafas, saya akan bahagiakan awak dan anak kita Aryan,’ Akif berbisik perlahan pada dirinya. Dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience