BAB 9

Romance Completed 13552

TENGKU Akif Amsyar berjalan perlahan-lahan di sekitar Danga Bay. Dia kemari untuk merehatkan fikirannya. Fikirannya teringat kembali akan seraut wajah lembut itu. Aimy Nisrina. Sudah bertahun-tahun dirinya menjejaki gadis itu untuk memohon sejuta kemaafan sekaligus untuk bertanggungjawab. Sehingga kini pencariannya tidak berhasil. Dia berasa amat letih untuk menjejaki gadis itu. Lamuman Akif terhenti apabila dia melihat kelibat seorang kanak-kanak lelaki yang menangis sambil duduk. Entah mengapa dirinya amat tertarik dengan tangisan kanak-kanak itu. Pantas dia mendekatinya.

Akif duduk di hadapan kanak-kanak itu. Ibu lelaki itu tiada berhampiran. Mungkin kanak-kanak itu menangis kerana terpisah dari ibunya. Sebaik terasa akan kehadiran seseorang, kanak-kanak itu pantas mengangkat wajahnya. Akif terkedu. Wajah itu benar-benar miripnya. Dirinya tersedar sebaik terasa pelukan dari kanak-kanak tersebut yang masih menangis. Pantas dia mendukung kanak-kanak itu dan berusaha menenangkannya. Dirinya berasa amat tenang sekali dengan pelukan dari kanak-kanak itu. Setelah beberapa ketika kanak-kanak itu berhenti menangis. Wajah comel yang masih berada dalam dukungannya dipandang.

“Kenapa nangis ni sayang? Tak hemsem tau kalau orang laki nangis.” Akif memujuk lembut kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu melihat Akif dengan mata bulatnya. Akif turut melakukan perkara sama. Dia seakan melihat dirinya sewaktu kecil dahulu. Memang copy-paste sebijik.

“Aryan nak mama. Mana mama?” Kanak-kanak itu menjawab dengan suara yang pelat dan serak.

“Owh, sayang cari mama ea. Jangan nangis yea. Nanti mama datang ambik Aryan,” Akif terus melayan kanak-kanak tersebut.

“Tu mama. Mama datang,” Aryan berkata sambil menunjuk ke satu arah. Akif pantas berpaling ke arah yang ditunjuk. Kelihatan seorang wanita bertudung biru lembut berjalan ke arahnya. Dia memerhati wanita itu dengan penuh minat.

Aimy yang melihat Aryan yang sedang didukung oleh seorang lelaki pantas melangkah ke sana. Sudah beberapa detik dirinya mencari anaknya yang hilang. Air matanya sedari tadi belum berhenti mengalir. Sebaik tiba di hadapan jejaka itu, pantas dia mengambil Aryan ke dukungannya. Anaknya itu dicium bertalu-talu. Akif pula telah membuntangkan mata. Dia kenal wanita itu walaupun wanita itu kini memakai tudung.

“Aimy. Aimy Nisrina kan. Ya Allah ni betul-betul awakkan?” Kata-kata dari jejaka yang menyelamatkan anaknya membuatkan Aimy pantas berpaling. Dia terkedu. Wajah itu. Pantas dirinya teringat kata-kata yang dilontarkan Alyaa semalam. Kini dia benar-benar menghadapi situasi itu. Jejaka di depan matanya itu telah mengalirkan air mata. Doanya siang malam telah dimakbulkan. Dia pantas melutut di depan wanita itu. Aimy pula terkedu dengan reaksi lelaki itu.

“Aimy. Ampunkan saya. Tolonglah ampunkan saya. Saya tahu besar dosa pada awak dan ianya tidak terampunkan. Saya mohon maafkan saya. Dah bertahun-tahun saya cari awak. Dah lama saya tunggu detik ini. Tolonglah maafkan segala khilaf saya dahulu,” Akif bersuara sebak sambil terus melutut di depan wanita itu. Pandangan mata orang yang lalu lalang langsung tidak dihiraukan. Aimy terkejut melihat perlakuan Akif. Terkedu dirinya melihat air mata yang mengalir dari jejaka itu. Pantas dia berpaling. Dia mahu pergi dari situ. Akif yang melihat Aimy melangkah pantas bangun untuk mengikut gadis itu.

Alyaa sekadar mendiamkan diri apabila melihat Aimy berjalan ke arahnya. Dia nampak segala yang berlaku. Terkejut juga dirinya melihat air mata yang mengalir dari jejaka yang begitu asing dari pandangan matanya.

“Kenapa ni Aimy. Siapa lelaki tu?” Alyaa pantas bersuara sebaik Aimy sampai di depannya. Dilihat jejaka itu masih berjalan ke tempat Aimy dan dirinya berada. Pantas Aimy menarik tangannya dengan Aryan yang masih didukungannya.

“Jom balik. Kau lambat aku tinggal,” Aimy bersuara lantas terus berlari-lari anak ke kawasan keretanya terparkir. Alyaa yang terpinga-pinga sekadar mengikut rentak sahabatnya.

“Aimy tunggu dulu. Banyak lagi yang saya nak cakap dengan awak. Tolong dengar dulu. Aimy,” Jejaka itu masih berusaha menarik perhatian Aimy.

“Aimy, lelaki tu panggil kau tu. Dia masih kejar kita,” Alyaa bersuara sebaik melihat kelibat lelaki itu yang sedang berusaha melintas jalan. Mereka kini telah berada di dalam kereta.

“Kau jangan tanya apa-apa. Senyap je,” Aimy bersuara sedikit marah. Selepas itu, dirinya terganggu dengan bunyi suara riuh rendah.

“Ya Allah, dia accident Aimy. Apa yang kau dah buat,” Kata-kata Alyaa ternyata mengejutkan Aimy. Pantas matanya melihat ke tengah jalan. Jelas kelihatan kelibat Akif yang terbaring. Aimy terkedu. Pantas dirinya keluar dari kereta dan melangkah ke tempat itu. Akif yang melihat kehadiran Aimy bersyukur. Kesakitan pada dirinya langsung tidak dirasai.

“Aimy ampunkan saya. Tolonglah. Maafkan segala kesalahan saya. Izinkan saya bertanggungjawab atas segala yang saya dah buat dulu. Tolong. Saya merayu,” Akif bersuara terketar-ketar. Aimy yang melihat keadaan Akif ketika itu berasa sebak. Air jernih pantas menuruni mukanya. Dia tersentuh dengan kata-kata maaf lelaki itu.

“Sa..sss… saya maafkan awak,” Aimy berkata tergagap-gagap. Kata-kata dari Aimy membuatkan Akif tersenyum lebar. Perlahan-lahan matanya tertutup selepas itu. Dirinya telah pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience