BAB 4

Romance Completed 13552

TENGKU AKIF AMSYAR menyandarkan dirinya pada kerusi di balkoni biliknya. Pelbagai persoalan yang berada di benaknya ketika itu. Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa yang telah berlaku 2 bulan yang lalu. Masih terngiang-ngiang esakan dan jeritan dari gadis yang dirogolnya itu. Dia tahu dia bersalah. Namun dia tetap berasa puas. Dendamnya pada sepupunya sendiri iaitu Tengku Dani Arfan telah berbalas. Puas hatinya kerana berjaya menjadi insan pertama menyentuh bakal isteri lelaki itu. Dendamnya pada Dani tidak pernah surut lantaran kerana lelaki itulah Maria iaitu wanita pujaan hatinya semenjak zaman universiti meninggalkan dirinya. Masih terbayang-bayang kelakuan Dani dan Maria yang bercumbuan di depan matanya sendiri. Sakit hatinya tiada siapa yang tahu.

Perkahwinannya bersama Maria terpaksa dibatalkan lantaran wanita itu telah memilih Dani. Namun belum sempat mereka berkahwin, kemalangan yang terjadi pada Dani dan Maria telah meragut nyawa wanita itu. Dani telah terselamat. Akif tetap tidak berasa puas kerana dendam telah membajai hatinya. Berita perkahwinan antara Dani dan Aimy mengejutkan dirinya. Dia menggunakan peluang itu untuk membalas dendam. Aimy Nisrina. Gadis itu menjadi mangsa hanya kerana dia tunang kepada Dani Arfan!!! Akif mengeluh lagi. Entah mengapa dia berasa amat sukar membuang wajah lembut itu dari kotak fikirannya. Tangisan dari gadis itu agak menyentuh hatinya namun egonya mengatasi segalanya.

‘Arghh… Aku tak sepatutnya memikirkan hal ini lagi. Aku sepatutnya happy sebab dendam aku dah berbalas,’ Akif berbisik sendirian sambil terus tersenyum. Pantas dia melangkah masuk semula ke dalam biliknya. Masih banyak barangnya yang perlu dikemaskan. Esok dia akan Amerika kerana akan menguruskan syarikat keluarganya di sana. Dia tidak teringin menghadiri majlis perkahwinan sepupunya itu.

‘Entah-entah tak jadi kahwin nanti baru padam muka kau,’ Akif terus berkata sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience