BAB 2

Romance Completed 13552

AIMY melangkah longlai memasuki rumah sewannya. Dirinya benar-benar berserabut ketika itu. Alyaa memandang hairan ke arah temannya. Sudahlah temannya itu tidak pulang seharian dan kini dia pulang dengan menaiki teksi. Aimy terus melangkah lemah ke dalam biliknya di tingkap atas. Kehadiran Alyaa langsung tidak dihiraukan. Alyaa terus memerhatikan temannya itu. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Keadaan Aimy ketika itu amat teruk sekali dengan matanya yang jelas kelihatan sembab. Dia terus ke bilik temannya untuk menyoal siasat. Sebaik tiba di tingkap atas Alyaa terkejut. Dirinya jelas mendengar hempasan kaca dari bilik itu disusuli jeritan dan tangisan dari Aimy. Pantas dia cuba membuka bilik teman baiknya namun tidak dapat kerana telah dikunci dari dalam.

“Aimy, bukak pintu ni. Kau kenapa? Jangan macam ni Aimy. Kau buat aku bimbang. Aimy bukak pintu ni,” Alyaa cuba memujuk temannya itu namun langsung tiada respon. Sebaliknya dia kembali mendengar hempasan kaca bertalu-talu. Alyaa semakin bimbang. Pantas dia ke biliknya untuk mengambil kunci spare. Sebaik pintu berjaya dibuka dia terkejut beruk. Aimy ketika itu dilihat sedang cuba menoreh pergelangan tangannya menggunakan cebisan kaca yang pecah. Dia bertindak pantas menarik tangan Aimy namun kaca itu telah terkena pada lengannya. Kesakitan pada lengannya langsung tidak dihiraukan sebaliknya dia lebih bimbang pada Aimy.

Aimy jelas terkejut dengan tindakan drastik Alyaa. Dirinya jelas melihat titisan darah yang mengalir dari luka pada tangan Alyaa. Dia berasa amat bersalah. Air matanya semakin laju menuruni pipi. Perlahan-lahan dirinya jatuh terjelepok di depan sahabatnya yang sejak dulu susah senang sentiasa bersamanya. Esakannya kian bertambah membuatkan Alyaa bertambah sayu. Alyaa tahu sesuatu yang buruk telah menimpa temannya kerana dia kenal Aimy bukannya jenis pemberontak. Dia juga terus melabuhkan punggung di hadapan sahabatnya.

“Aimy. Kenapa ni? Kau ada masalah ke? Ceritalah dekat aku. InsyaAllah aku boleh tolong kau. Jangan pendam sorang-sorang. Aku tak boleh tengok kau macam ni,” Alyaa memujuk lembut sahabatnya. Air matanya turut mengalir melihat keaadaan sahabatnya yang tidak terurus. Kesakitan pada tangan langsung tidak dirasai. Aimy teresak-esak mendengar kata-kata sahabatnya. Pantas dia memeluk Alyaa cuba meminjam kekuatan dari gadis itu.Dia terasa amat lemah sekali.

“Lya, tolong aku. Hidup aku dah hancur Lya. Aku rasa nak mati. Aku dah tak tahan lagi,” Aimy berkata sebak. Alyaa pula terkejut.

“Kenapa ni Aimy. Tak baik kau cakap macam tu. Ingat Allah sayang. Ceritakan dekat aku apa terjadi sebenarnya,” Alyaa berusaha menenangkan sahabatnya.

“Aku…ak..aku kena ro..rogol Lya. Aku tak kenal jantan tu. Tolong aku. Apa aku nak jawab dengan mak ayah aku. Majlis aku dah tak sampai 3 bulan Lya. Aku tak tau nak buat macam mana. Tolong aku,” Aimy menerangkan dengan suara tersekat-sekat. Alyaa telah membuntangkan matanya. Amat terkejut mendengar kata-kata dari sahabatnya. Dia berasa amat marah dengan apa yang menimpa Aimy. Terasa ingin membunuh jantan yang memusnahkan hidup sahabatnya itu.

“Ya Allah Aimy. Siapa jantan tu? Cakap dekat aku. Kita buat report polis yea,” Alyaa berkata sambil mengusap-ngusap belakang Aimy. Dia tahu perasaan gadis itu.

“Ta…tak boleh. Aku tak nak. Nanti apa aku nak buat kalau ayah aku tau. Satu lagi aku tak kenal pun siapa jantan tu. Nama pun tak tau. Yang pasti dia mungkin kenal Dani. Tolong aku Lya,” Aimy masih terusan menangis. Alyaa pula semakin buntu. Dia mengakui semua kata-kata sahabatnya.

“Macam nilah. Aku nak kau tenang dulu. Janji dengan aku jangan nak buat sesuatu yang bodoh. Nanti kita fikirkan semula apa yang perlu dilakukan. Kau jangan sedih. Aku tak boleh tengok kau macam ni. Aku janji susah senang aku akan sentiasa ada belakang kau. Aku takkan sesekali tinggalkan kau,” Alyaa berkata ikhlas sambil terus memeluk sahabatnya. Aimy hanya mengangguk-ngangguk di dalam pelukan Alyaa. Dia tahu keikhlasan sahabatnya itu. Dia bersyukur dikurniakan sahabat sebaik Alyaa Najihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience