Bab 5

Romance Series 5917

PINTU biliknya dibuka. Dengan langkah malas, Adrian berjalan menuruni anak tangga. Jujur daripada pagi tadi dia memang tiada mood. Hari ini saja dia sudah jejak kaki ke Johor.

Itu pun bukan dia tidur di mana-mana hotel. Dia terus balik hari semula ke Kuala Lumpur. Dia memang malas hendak berlama-lamaan.

Kaki dihayunkan ke meja makan. Dapat dia lihat Mak Tom sudah menghidangkan lauk-lauk kegemarannya. Kalau dah kata malas tu, makan pun dia malas sebenarnya. Tetapi dia tidak mahu Mak Tom kecil hati. Perlahan-lahan tangan menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Seketika kemudian kelibat Mak Tom yang baru keluar dari dapur bersama penyapu di tangan kirinya muncul. Mak Tom mendekati Adrian.

"Ad nak apa-apa lagi ke? Air ke?" soal Mak Tom.

Adrian menggeleng seraya tersenyum nipis. Tangannya kembali menyambung suapan makanan itu.

Dari ekor matanya, dapat dia lihat Mak Tom masih lagi tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Adrian menoleh ke tepi. Sah! Orang tua itu memang ralit merenungnya. Adrian tayang riak 'kenapa?'

"Kenapa Mak Tom?"

"Kamu ni..ada masalah ke?" tebaknya. Dari raut wajah Adrian pun dia dapat tahu memang anak muda itu ada masalah.

Adrian tergelak kekok.

"Eh mana ada lah."

"Ye ke ni..." makin dikata tak, makin ditanya. Itu lah Mak Tom ni.

Adrian berdehem. Cawan berisi air kosong diambil lalu diteguk. Eh mak cik ni, dengan penyapu dia lagi. Aku kang-

"Perempuan yang kamu bawa balik hari tu siapa Ad?"

Terus tersedak manusia yang minum air tu.

"Uhuk! Uhuk!" dadanya ditepuk berkali-kali. Ya Allah sakit!

Mak Tom sudah kelam kabut melihat Adrian. Jangan lah mati dulu Ad! Mak Tom tak ada tempat tinggal lain ni nak oi.. Belakang badan Adrian ditepuk-tepuk.

"Haish kamu ni. Kenapa tersedak sampai macam tu sekali?"

Adrian minum kembali air kosong setelah tekaknya berasa sedikit lega. Dia memandang Mak Tom pula.

"Mak Tom tahu pasal perempuan tu? Tapi bukan ke hari tu Mak Tom kata Mak Tom tak nampak siapa-siapa?"

Alamak! Lupa ini semua patutnya dirahsiakan!

"Mak Tom...Mak Tom tahu kan pasal perempuan tu?" soal Adrian lagi. Ayok tak tayok Mak Tom kantoi tipu.

Mak Tom mengeluh berat. Rasa bersalah pada Maisarah kalau dia hendak beri tahu, tapi rasa bersalah juga kalau tidak diberi tahu. Adrian pun sudah serupa kucing hilang anak selepas kejadian dia membawa pulang gadis itu.

"Ad, Mak Tom minta maaf. Sebenarnya memang Mak Tom ada nampak seorang perempuan lari keluar." jujurnya.

"Habistu kenapa Mak Tom kata Mak Tom tak nampak siapa-siapa?"

"Macam ni, Ad. Hari tu Mak Tom tengok budak tu macam tergesa-gesa. Mak Tom pula terkejut. Budak perempuan mana pula ada dalam rumah Ad ni? Lepastu Mak Tom tanya dia siapa. Dia kata dia kawan Ad."

"Betul ke dia kawan Ad?" soal Mak Tom lagi.

"Erm ya. Uh Mak Tom lepastu dia pergi mana?"

Mak Tom tayang riak bersalah.

"Dia pergi balik katanya. Tapi Mak Tom tak tahu pula dekat mana."

Adrian hanya mengangguk kecil. Rasanya lepas ni dia mahu letak pengawal peribadi di rumah. Biar tiada siapa dapat keluar dengan mudah.

Air dalam gelas dihabiskan. Pinggan sudah licin. Mak Tom pun sudah kembali ke dapur dengan penyapu dia tu. Entah apa punya perangai, suka sangat bawak penyapu, senduk, mop pergi mana-mana.

Adrian menapak kembali ke biliknya. Daun pintu dibuka lalu badan didekatkan dengan katilnya. Punggung dihenyakkan atas katil lalu fon dikeluarkan.

Think, Adrian. Think.

Sudah seminggu sejak kejadian itu. Walaupun pada awalnya dia mahu berjumpa dengan wanita itu, namun sekarang dia sibukkan dirinya dengan kerja. Kalau tak, memang 24 jam dia akan teringatkan gadis itu.

Rafael.

Yes. You met her on Rafael's birthday. She might be one of his staff?

Telefonnya dibuka. Nama Rafael dicari dalam contact. Lantas butang berbentuk telefon ditekan. Fon dilekapkan ke telinga.

"Hello Ad-"

"Bro kau ada tak pekerja yang comel-comel lepastu cantik sikit. Orang dia tinggi lebih kurang 160cm lepastu rambut paras pinggang. Mata bulat comel gila dengan kulit putih merah. Ada?"

Krik...krik..

Rafael dari dalam talian sudah tercengang. Rasa macam kena serang pun ada. Adrian masih lagi menunggu jawapan.

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"

Adrian berdecit halus. Nak tanya sikit pun tak oleh!

"Ala ada ke tak?"

"Sabar Ad. Sekarang ni aku nak tahu dulu apa sebab kau nak cari pekerja aku macam tu. Diaorang ada buat apa-apa ke?" soal Rafael.

Adrian menolak dinding pipinya dengan lidah. Itu lah kau, call tak fikir dulu. Adrian tergelak kekok.

"Hehe tak lah. Hari tu aku ada terserempak dengan seorang pekerja kau time birthday kau hari tu. Barang dia ada yang tercicir tapi tak sempat nak bagi balik, dia dah lari."

Fuh! Nasib baik. Adrian Mateen kan bijak. Pandai saja cipta alasan.

"Lah ya ke..hmm comel cantik, rambut paras pinggang, kulit putih eh.."

"And mata bulat." tambah Adrian pula. Mana boleh terlepas walau satu pun.

Rafael diam sejenak dalam talian. Adrian masih setia menunggu. Ambil lah masa sampai 24 jam pun. Yang penting, dia mahu tahu nama perempuan itu.

"Oh I think I know who."

Adrian sudah tersenyum lebar. Akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan perempuan itu setelah seminggu berlalu.

"Barang yang tercicir tu penting ke? Kalau tak kau hantar je dekat aku, aku boleh bagi dia."

"Eh tak boleh!" bentak Adrian.

Krik..krik..

"Um tak boleh sebab barang dia penting..ha penting.." sambungnya lagi namun kali ini lebih perlahan.

"Huh. Kau ni makin lama makin gila aku tengok. Esok kau datang lah pejabat aku. Cari perempuan tu." putus Rafael.

"Okay. Thanks bro."

TANGANNYA diregangkan ke udara. Betulkan semula otot-otot yang sudah lenguh bekerja. Jam di dinding pejabat dikerling. Lunch hour!

Komputer ditutup terlebih dahulu sebelum dia mengambil beg sandangnya. Tak lupa juga untuk dia tutup lampu dan penghawa dingin di bilik pejabatnya.

Sebagai personal assistant, dia dapat memiliki pejabat sendiri agar lebih mudah untuk dia melakukan kerja. Pejabat itu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Biliknya juga bersebelahan dengan Rafael. Semuanya sudah dipermudahkan. Tinggal buat kerja saja.

Maisarah melangkah ke meja pekerja lain. Dari jauh dapat dia dengar gelak tawa mereka. Perlahan-lahan Maisarah mendekati.

"Assalamualaikum semua."

Mereka semua beralih memandang Maisarah yang baru tiba itu.

"Eh Maisarah. Seminggu dah tak nampak. Apa khabar? Mak ayah dekat sana sihat?" soal Kak Siti. Boleh dikatakan senior jugalah bagi Maisarah.

Maisarah tersenyum nipis apabila tumpuan mereka semua kini beralih kepadanya.

"Alhamdulillah sihat. Mak ayah pun sihat."

"Maisarah tak pergi makan ke? Dah luch hour kan?" soal Zatty pula yang berada di sebelah Jannah.

"Nak makan lah ni. Ingat nak ajak korang dulu. Jom lah pergi makan."

"Tak apa lah Maisarah. Akak dah makan berat pagi tadi. Kenyang lagi ni. Dua orang budak ni pula puasa ganti."

Terangkat kedua belah kening Maisarah mendengar kata-kata Kak Siti.

"Oh yeke. Okay lah kalau macam tu Maisarah pergi dulu lah. Perut meragam nanti kalau tak makan."

Usai berkata begitu, Maisarah pergi dari ruangan itu. Dia berjalan ke arah lif di sudut yang sedikit tersorok dari meja-meja pekerja.

Dapat dia lihat ada penumpang lif yang hendak naik melalui paparan bewarna merah di atas lif tersebut. Terus butang turun ditekan. Kau naik, aku turun. Gitu?

Perlahan-lahan nombor yang terpapar di atas lif itu bertukar menjadi 2 kemudian 3 kemudian 4 dan akhirnya sampai ke tingkat mereka. 5.

Ting!

Bunyi itu menandakan lif sudah sampai ke aras ini. Pintu lif terbuka perlahan-lahan dan seiringan dengan itu, sepasang mata bundar Maisarah terpaut dengan sepasang mata coklat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience