Bab 4

Romance Series 5917

BEGNYA yang besar dipandang sekali lalu. Hari ini dia akan pulang ke rumah ibu bapanya di Johor Bahru. Tak sabar dia ingin bertemu wajah abang-abangnya. Dah lama tak bergaduh.

Beg diangkut dan dibawa ke dalam beg. Tak lah terlalu banyak barang yang dia bawa. Cukup sekadar untuk 1 minggu, kemudian office panggil balik.

Kasut dipakai dan kemudian pintu rumah dikunci. Setelah memastikan rumah dia berada dalam keadaan selamat, Maisarah memasuki keretanya pula.

Lebih kurang 4 jam juga dia berada di atas kereta. Disebabkan naik kereta sendiri, cepat saja perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Dia cuma berhenti sekali sahaja di rnr skudai

Melilau mata Maisarah melihat kawasan rumah ibu bapanya. Rumah itu kelihatan gelap. Tambah pula dengan waktu malam.

"Tak ada dekat rumah ke diaorang ni?" monolognya perlahan.

Telefon bimbit dicapai. Maisarah mahu membuat panggilan dengan ibunya. Kot-kot lah orang tua itu pergi surau ke apa.

Tok! Tok! Tok!

"Ahh mak kau!"

Kus semangat. Terkejut dia tiba-tiba ada orang ketuk cermin tingkapnya. Terpejam mata Maisarah sambil mengurut dada. Tidak dihiraukan orang di luar. Siapa suruh buat dia terkejut.

Tok! Tok! Tok!

Maisarah mendengus geram. Musibat mana ni sibuk kacau orang?

Gerangan yang berada di luar kereta tidak dapat Maisarah lihat. Orang itu tak bongkokkan badannya jadi Maisarah hanya mampu melihat bahagian perut sahaja.

Cermin tingkap diturunkan, kepalanya turut dijegulkan keluar tingkap.

"Eh mama!"

"Budak bertuah ni..kenapa tak masuk dalam?"

Maisarah membuka pintu keretanya. Lantas tubuh Aisyah dipeluknya. Tidak dia hiraukan soalan ibunya tadi. Rindu mama!

Aisyah hanya melayan kerenah Maisarah. Pelukan turut dibalas.

"Dah dah. Jom masuk dulu. Tak elok duduk luar malam-malam lagipun ayah kamu dah tunggu dekat dalam tu."

"Okay, mama masuk dulu. Maisarah nak keluarkan barang."

Aisyah hanya mengangguk. Dia pergi masuk ke dalam rumah manakala Maisarah membuka bonet kereta.

Beg luggage kecil itu dikeluarkan. Tak terlalu berat, tak terlalu ringan. Just nice bestie.

Kereta di kunci, langkah juga dihayunkan ke arah pintu rumah. Kaki menapak masuk.

"Assalamualaikum ayah..."

Dapat dia lihat ayahnya sedang menonton tv di ruang tamu. Sebaik sahaja mendengar suara anak perempuannya, lelaki itu menoleh.

"Eh dah balik dah anak aku ni.." Aziz terus memeluk tubuh anak gadisnya. Rindu bukan main lagi. Ye lah, budak itu dah besar dan dah mempunyai kerja. Pasti selalu sibuk.

"Aaa rindunya ayah.."

"Maisarah..kamu duduk sini berapa lama?" soal Aisyah yang baru tiba dengan secawan mug teh panas.

"Satu minggu, mama."

"Ohh"

"Eh abang Amir ada dekat rumah tak?" tidak pula dia nampak kelibat abangnya itu.

"Tak..abang kau tu biasalah. Waktu macam ni dia dengan kawan dia dekat kedai Pak Mat tu. Tengok bola. Ha nanti dah pukul 2,3 baru retu nak balik." omel Aziz.

Maisarah hanya tergelak kecil. Tahu sangat abang dia kalau dah berjumpa kawan, memang tak ingat dunia.

"Kamu kalau nak tidur, pergi mandi dulu. Mesti penat kan memandu lama?"

Apabila ibunya berkata begitu, baru Maisarah terasa penat. Segala lenguh semua datang.

"Ye lah. Maisarah nak simpan barang dulu tau."

Beg ditarik ke arah biliknya. Pintu dikuak. Tersenyum Maisarah apabila dia melihat bilik lamanya.

Tidak menunggu lama, Maisarah meletakkan beg di sebelah katil. Tuala dan berus gigi dikeluarkan.

Tingkap bilik dibuka. Udara segar yang memasuki bilik itu dihirupnya.

"Ahhh leganya." omel Maisarah. Suasana kampung itu nyaman. Tidak seperti bandar Kuala Lumpur yang hiruk pikuk. Lebih-lebih lagi dia sedang cuti. Ini kalau hari bekerja, pasti sudah tergopoh-gopoh naik kereta.

Maisarah keluar pula dari biliknya. Langkah dihayun ke dapur. Sudah dapat dia hidu bau masakan ibunya.

Perlahan-lahan dia memeluk tubuh wanita itu dari belakang.

"Mama..wanginya masak bihun goreng.."

Agak terkejut apabila dirinya dipeluk secara tiba-tiba tetapi Aisyah beriak tenang.

"Biasalah. Ni mama kot."

Okay. Maisarah mencebik. Mula lah tu orang puji dia, dia pun nak angkat bakul sendiri. Pegey da.

"Hoi budak!"

Terhinjut bahu Maisarah apabila disergah dengan suara garau begitu. Maisarah menoleh dan kelibat abangnya baru masuk dapur dipandang.

"Abang Amir! Terkejut Maisarah! Ee dah la tak mandi lagi." riak jijik dilemparkan.

Amir hanya mencebik. Masalah aku masalah kau? Ohh masalah aku..

"Abang tak rindu Maisarah ke?" wajah comel sengaja ditayang, nak membodek sekali sekala tak apa kan?

"Uwerk tak hingin aku. Dah blah aku nak mandi."

Lerr habistu sedara masuk dapur buat apa? Rindu cakap lah rindu.

Aisyah menggeleng melihat perangai dua orang anaknya. Yang besar macam tu, yang kecil macam ni. Haih agaknya kecil-kecil dulu dia tersalah bagi susu kot.

"Maisarah sudah lah tu. Tolong mama hidangkan ni atas meja."

"Okay mama."

Aisyah sudah berlalu pergi ke ruang tamu. Penat duduk dapur, biar anak daranya pula mengemas sementara dia nak sejukkan badan bawah kipas.

Maisarah mengambil mangkuk kaca besar yang memang muat-muat saiz hidangan bihun yang dimasak tadi.

Selesai menghidangkan bihun, Maisarah kembali ke dapur untuk membasuh kuali itu. Takkan lah nak biar saja?

Dari dapur dia dapat menangkap suara asing dalam rumahnya. Lama kelamaan baru dia dapat mengecam suara itu.

"Meh meh makan dulu Faizal. Jangan malu-malu.." ramah saja Aisyah mempelawa kawan anaknya itu.

Faizul tersenyum seraya mengangguk. Bukan pertama kali sebegini, malah banyak kali sudah dia datang ke rumah Amir dan tidur di situ. Lagipun bukannya ada anak dara.

"Terima kasih eh makcik."

Aziz berdehem seketika, membasahkan tekak.

"Aisyah. Si Amir tu baru nak mandi ke?"

"Ye bang. Tadi pun dia datang dapur kacau adik dia, saya tengok tak mandi lagi budak tu."

"Haih lah kamu berdua ni. Selalu sangat balik lewat. Lepastu mandi lambat."

Faizul hanya tersengih. Tidak pula dia perasan ayat Aisyah tentang adik tadi.

"Hehe. Saya mandi awal pakcik. Si Amir tu yang lewat."

"Ada-ada je eh kamu." kepala Aziz ditinggikan seolah-olah mencari seseorang.

Nampak saja Maisarah yang baru keluar dari dapur, terus bibir ukir senyum.

"Ha situ pun anak ayah. Meh sini makan."

Faizul mengangkat wajahnya memandnag susuk yang baru tiba itu. Dia sangkakan Amir, rupa-rupanya Maisarah. Tubuhnya terkaku sesaat.

Maisarah mengambil tempat duduk di depan Faizul. Dia ingatkan suara siapa lah tadi. Rupa-rupanya kawan abang sendiri.

Tangan sudah ligat mencedok bihun ke dalam pinggan.

"Eh abang Faizul. Malam tadi balik sekali dengan abang Amir pukul berapa? Maisarah tak nampak pun." soal Maisarah selamba.

"Pukul 2."

Maisarah memandang Faizul. Dah kenapa mamat ni? Tadi bukan main lagi borak dengan ayah.

Tidak mahu memikirkan perkara itu, Maisarah mula menjamah makanannya. Lantak lah nak pelik ke, nak menangis ke. Yang penting bihun mama buat sedap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience