Bab 11

Romance Series 5917

SELESAI sahaja membaca doa selepas solat, Maisarah membuka kain telekungnya. Entah kenapa, pergerakannya terhenti di situ.

Maisarah termenung memandang tikar sejadah nya. Tiba-tiba hati terasa sesuatu.

Lantas kepala ditoleh ke arah cermin solek dalam bilik itu.

“Hmm cantiknya aku.”

K.

Sempat lagi tu dia nak perasan. Perlahan-lahan Maisarah bangun lalu menanggalkan kain telekung bahagian bawah pula. Dia berjalan mendekati cermin solek itu lalu menilik wajah sendiri.

Daripada muka turun ke badan. Memang tak dinafikan, potongan badannya memang dikategorikan sebagai cantik dan ideal.

Wajah dia pun tampak cantik tanpa sebarang solekan. Maisarah juga seorang yang pandai dan berpendidikan. Disayangi ibu bapa.

‘Tapi apa yang tak cukup dengan aku?’ getus hati kecilnya. Dia selalu rasa seperti ada yang kurang dengannya. Namun apa?

Matanya menangkap sebuah kotak yang berada di atas almari pakaiannya. Kotak itu sudah bertahun duduk di situ. Tidak pula dia pernah terfikir ingin turunkan.

Tangannya diangkat mencapai kotak itu.

“Hacum!”

Hasil dua tahun letak atas almari. Berhabuk lah jadinya.

Maisarah meletakkan kotak itu atas lantai. Memang tak lah kalau dia nak letak atas katil. Dia berlari kecil ke dapur lalu mengambil dua helai tisu. Satu dibasahkan sepenuhnya manakala satu lagi dibiarkan begitu.

Maisarah kembali ke arah kotaknya. Kotak yang berhabuk itu di lap dahulu dengan menggunakan tisu basah kemudian di lap semula dengan tisu kering.

Malas mahu bergerak, Maisarah hanya mencampak tisu-tisu kotor tadi ke dalam tong sampah sebelah meja solek. Nasib baik masuk.

Perlahan-lahan kotak itu dibuka. Jelas kelihatan tiga warna kain yang bergulung kemas dalam kotak itu. Ada warna putih, biru langit dan merah jambu. Ketiga-tiganya ada kilauan pada kulit kain masing-masing.

Maisarah mengambil yang warna putih. Kain itu terbuka luas dan baru lah dia tahu itu apa. Rupa-rupanya itu adalah selendang yang diberikan oleh ibunya dua tahun lepas.

Oleh sebab teruja dengan kecantikan tudung itu, Maisarah membawa tudung itu ke depan cermin solek. Tudung itu dililitkan ke kepalanya.

“Ni lagi cantik!”

Maisarah berkira-kira mahu memakai tudung sewaktu majlis nikah Meera malam nanti. Dipandangnya lagi cermin itu.

‘Tak salah kan nak cuba?’

KERETA Audi A8L miliknya berhenti betul-betul di hadapan rumah Maisarah. Kepalanya terjenguk-jenguk mencari gadis itu. Nampak sahaja cahaya keluar dari pintu rumah Maisarah, terus Adrian tahu bahawa gadis itu sudah keluar rumah.

Adrian keluar dari keretanya dengan senyuman bangga. Dia ingin membukakan pintu kereta untuk Maisarah. Malam ini dia mahu jadi ala-ala gentleman.

Namun langkahnya terhenti saat memandang penampilan Maisarah. Matanya sedikit meluas. Badan dia terus mengeras.

Maisarah berpakaian baju kurung biru cair beserta dengan tudung selendang bewarna putih yang melebihi paras dada.

Wajahnya yang sudah memang sedia putih itu di tambah dengan lipbalm bagi menaikkan seri wajahnya. Blusher pun turut dipakai.

Tanpa sedar jantung Adrian sudah berdetak laju. Dia mahu ungkapkan sesuatu, namun tidak sampai.

‘Ya Allah, she's so pretty.’

“Adrian!”

Tersentak lelaki itu apabila namanya disebut dengan kuat.

Maisarah mengigit bibir bawah. Rasa bersalah pula apabila dia melihat wajah terpinga-pinga Adrian. Tapi siapa suruh tak menyahut? Sudah sua tiga kali dia memanggil lelaki itu.

Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Uhh jom lah karang lambat nanti.”

Usai berkata begitu dia terus memboloskan dirinya ke dalam tempat pemandu.

Maisarah mencebik perlahan. Ingatkan lelaki itu keluar sebab nak bukakkan kereta untuknya. Nasib kau lah Maisarah.

Dia turut memasuki kereta itu. Wajah tampan Adrian dipandang dari tepi. Kacak!

Lelaki itu memakai baju melayu dan yang paling menarik sekali, baju mereka sepadan warna!

Ralit dia memerhatikan Adrian sampai tak perasan yang mereka sudah keluar dari kawasan perumahan dia.

“Ehem, nampaknya memang betul lah yang kau tak puas tenung aku lagi kan? It's okay I'm all yours sweetheart.”

Terus Maisarah menoleh ke jalan raya pula. Malu! Malu! Malu! Apa ni Adrian malu lah!

Adrian tergelak kecil. Padahal hanya dia yang tahu bahawa tawanya itu hanya untuk menutup gentar dalam hati. Dari tadi jantung dia asyik berdegup kencang. Dia tidak menoleh sedikit pun ke arah Maisarah. Takut tenung lama-lama nanti, terbabas pula sebab tak nak alihkan pandangan.

“Ermm awak dah lama ke kenal Aqil?” soal Maisarah memecahkan kesunyian antara mereka.

“Well we were buddies on college. Tapi aku tua 2 tahun dari dia, jadi lepas aku graduate, we kind of lost contact. Haritu dekat pejabat kau lah kali pertama aku jumpa dia lepas 4 tahun.”

Maisarah hanya mengangguk faham. Tapi dia pelik, macam mana mereka boleh beriak selamba walaupun 4 tahun tidak berjumpa. Tu kalau orang perempuan dah lompat terkinja-kinja dah tu.

“Jangan terkejut sangat sweetheart. Kitaorang memang biasa keep it cool je.”

Eh tahu-tahu saja itu yang dia fikirkan.

“Tapi takkan lah tak terkejut langsung? 4 tahun kot kau orang lost contact.”

Adrian hanya angkat bahu selamba. Apa nak kisah? Dah memang mereka tidak terkejut. Lagipula bukan dia tidak tahu perkembangan Aqil Hadi itu.

Syarikat milik lelaki itu boleh dikatakan familiar jugalah dalam dunia perniagaan. Dia pasti, Aqil juga sudah lama tahu bahawa dia pemilik hotel La Paradise.

Sebab apa? Sebab lelaki itu pernah menginap di hotelnya 7 bulan yang lepas. Sengaja dia tidak menegur.

“Kau pulak? Macam mana boleh kenal Aqil?”

Maisarah tersenyum. Bayangan memori perjumpaan pertama dengan Aqil teramatlah indah sehinggakan Maisarah menangis-nangis nak balik rumah.

Flashback 20 years ago??

BUDAK perempuan berusia 6 tahun itu menangis-nangis apabila budak lelaki di hadapannya mengejek rambutnya. Sudah lah kawasan taman permainan itu sunyi.

“Ee rambut kau kenapa macam tu? Macam ekor kuda tapi ada dua. Pelik!”

Mana tidaknya budak lelaki itu pelik. Tak pernah-pernah dia nampak rambut tocang ikat dua. Biasalah budak 6 tahun.

“Huwaa!! Jahat!! Jahat!! Janganlah ejek rambut Cinta pelik!” Maisarah tenyeh matanya yang berair.

Aqil mendekati gadis kecil itu lalu duduk di depannya. Tangannya naik mengelap air mata Maisarah juga.

“Cinta? Itu ke nama kau?” soalnya apabila tangisan Maisarah sedikit reda berbanding tadi.

Maisarah mengangguk polos.

“Nama saya Cinta Maisarah.”

“Tch. Kau ni! Mana boleh bagi tahu nama dekat orang asing! Ish bahaya betul.” Aqil mencubit pipi tembam Maisarah. Mak kenapa pipi dia tembam sangat?

Maisarah hanya menggigit bibir bawahnya. Tiba-tiba Aqil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Terpinga-pinga gadis kecil itu melihatnya.

“Nama aku Aqil Hadi.”

Terus huluran tangan disambut. Maisarah tersenyum gembira sehingga menampakkan lesung pipit apabila Aqil tidak lagi mengejeknya.

“Aqil Hadi.. saya suka!”

“Apa benda yang kau suka?” pelik dia melihat gadis cantik di depannya. Bukannya ada lori aiskrim pun. Tiba-tiba je suka.

“Saya suka awak. Nak kawan dengan awak boleh?” pinta Maisarah dengan comel.

Seketika kemudian Aqil tersengih jahat. Tangannya naik memegang dua ikatan tocang Maisarah lalu diangkat ke atas.

“Tak boleh sebab kau pelik! HAHAHA.”

Tubir mata Maisarah mula bergenang semula. Sampai hati!

Aqil yang galak mengetawakan Maisarah terdiam apabila pipi gadis itu mula berair. Alahai orang gurau je!

“Awak jahat! Huwaa!!”

Dengan gelabahnya, Aqil mengusap kedua belah bahu Maisarah yang terhincut-hincut itu.

“Aduh jangan lah nangis. Aku main je.”

“Tak nak! Huwaa awak jahat!”

“Aku minta maaf, Cinta. Jangan nangis. Hodoh la muka kau nanti.”

Haih la budak 6 tahun ni. Lagi kuat lah tangisan gadis itu. Besar ke kecil ke, kalau kata perempuan hodoh memang minta kaki.

“Awak kata saya hodoh? Hmm huwaa!”

“Eh tak! Bukan macam tu lah Cinta!”

End of flashback.

“HAHAHAHAHHA.”

Maisarah memandang lelaki di tempat duduk sebelahnya. Dari awal sampai habis dia bercerita, Adrian asyik tergelak.

“HAHAHAHA oh my God. Dia panggil kau hodoh.” dapat Maisarah lihat ada air keluar dari tubir mata Adrian.

Wah seronok sangat nampaknya gelakkan dia? Rasanya memang meminta tempahan batu nisan awal ni.

“Ish itu dulu. Ha macam tu lah saya kenal dia. Saya rasa kalau benda tu jadi sekali lagi, saya nak tarik-tarik rambut dia.”

“HAHAHAHAH kelakar la kau orang ni!”

Maisarah menjeling tajam wajah Adrian. Malas nak cakap dengan lelaki tu. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Adrian mengerling Maisarah sekilas. Elok juga lah Maisarah buka cerita lama. Hilang jugalah perasaan gementar dalam hati. Sikit laaa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience