Bab 8

Romance Series 5917

"Adrian Mateen,"

"Aqil Hadi."

Suasana yang bilik yang tadi nya riuh berubah 360° darjah. Adrian dan Aqil pula berpandangan antara satu sama lain manakala Maisarah pula sudah menelan liur kesat.

Jangan cakap dia nampak tadi..ish malu.

Aqil tergelak kecil sambil mengusap belakang tengkuknya. Lama kelamaan Adrian juga turut tergelak.

Maisarah memandang dua insan yang berada di depannya sekarang ini. Kenapa? Mak Adrian pun selalu tergelak ke waktu lahirkan dia?

Aqil berjalan mendekati Adrian. Bahu sasa lelaki itu dipegang.

"Long time no see Adrian. Apa khabar?"

"I'm doing just fine. Kau apa khabar?"

"Macam ni je lah aku, tak ada yang lain. Hahaha."

Maisarah hanya diam memandang sementara mereka berbual. Tengok gaya macam kawan lama.

Tanpa sedar, Maisarah merenung wajah Adrian. Kacak tu memang kacak, tapi bila dia dah buka mulut, lalat pun malu nak singgah.

"I would like to stay, but I'm afraid I have to go now."

Bukan main lagi kau ye ber orang putih depan lelaki ni.

"Lah, dah nak pergi ke? Okay lah kalau macam tu. Hati-hati memandu."

Adrian menepuk lembut bahu sahabat lamanya. Sahabat waktu dia di universiti lagi. Disangkakan memang tak akan dapat jumpa sudah, tapi boleh pula nampak lelaki ni bersama Maisarah.

"Oh sebelum aku lupa, kakak aku dah nak nikah minggu depan. Kalau kau free datang lah."

"Oh Meera? Bila tu?"

"Ni ha aku bagi kejap."

Maisarah masih lagi mendiamkan diri. Agaknya kalau Adrian kenal kakak Aqil, kira rapat juga lah tu dulu. Meera tu bukan senang nak tunjuk muka. Hanya dengan orang yang dekat sahaja.

"Are you going?"

Suara garau Adrian menyapa koklea pendengarannya. Terpinga-pinga Maisarah apabila disoal tiba-tiba.

"Hah?"

"I tanya sweetheart, you pergi ke tak?" ulang lelaki itu lagi.

Aqil memandang Maisarah dan Adrian silih berganti. Sudah kenal ke?

"Mesti lah dia pergi. Tadi dia dah janji, kan Cinta?"

Sampuk Aqil. Pelik pula dia lihat wajah gugup Maisarah. Suara kau mana nok? Kalau tak bukan main lagi bisingnya.

Maisarah hanya tergelak kekok. Dia memandang tepat ke arah mata Adrian, namun cepat-cepat dia alihkan pandangan. Dah kenapa tajam sangat?

"Kau kenal dengan dia lama dah ke, Ad?" soal Aqil kepada Adrian.

"Nak kata lama tu tak lah, tapi boleh tahan rapat juga kitaorang. Kan sweetheart?"

Sweetheart? Wajah terkejut beruk Aqil memang tak dapat nak sorok.

Maisarah pula menunduk. Dia pun tidak tahu ke mana hilangnya lidah dia. Pandangan mata helang Adrian bagai menghalang peti suara nya.

"Sweetheart? Kau orang berdua ni bercinta ke apa?"

"Like that like that lah."

"Mana ada. Berangan je lelaki ni. Kitaorang kawan macam tu je. Tak lebih tak kurang." putus Maisarah. Kalau dibiarkan, memang lagi melalut lah lelaki itu.

Adrian tersenyum jahat. Sengaja dia berkata begitu.

"Ouh..hahaha apa pun, aku nak gerak dulu. Kau Adrian, aku harap kau datang lah sebab ada ramai kawan lama kita dekat sana."

Adrian mengangguk perlahan. Memang dia akan datang atas dua sebab. Pertama, Aqil itu kawan dia. Sudah tentu dia akan hadir. Kedua, ada seorang gadis bernama Maisarah yang membuatkan dia lagi tertarik nak datang.

Tak apa lah kan, sekali sekala nak sakat anak orang.

"Ya, aku datang."

Aqil memandang Maisarah pula. Dapat dia rasa ada sesuatu berlaku di antara Adrian dan Maisarah. Tengok cara gugup kawan tu, memang bukan main. Nanti-nanti lah dia tanya.

"Cinta, gerak dulu tau. Bye."

Sejurus selepas berkata begitu, Aqil berlalu pergi keluar dari bilik itu. Maisarah pula hanya memandang lelaki di depannya.

Boleh ke dia nak marah lelaki ni sekarang? Tapi mereka di tempat kerja. Tapi lelaki ini memang buat darah dia menggelegak.

Ada ciri-ciri orang minta penampar. Kalau dia dapat sengetkan wajah kacak itu, dah lama dia buat.

"Are You going to stare for the whole day? I'm fine with it. Tapi kalau boleh, bagi aku duduk dulu. Tak ada lah lenguh nak berdiri je macam tugu negara dekat sini."

Besar kecil besar kecil je Maisarah memandang Adrian. Kau ingat aku hamak sangat ke muka kau?

Maisarah menayangkan senyuman manisnya sehingga terbentuk dua lesung pipitnya.

"Encik mesti kawan yang bos katakan tadi. Bos minta maaf sangat-sangat sebab dia tak ada di sini. Dia balik atas hal peribadi."

Terangkat kening Adrian mendengar bait bicara Maisarah bersama senyuman manisnya. Cantik.

"So?"

"Tadi dia ada call, tapi encik tak angkat."

"So?"

"Jadi, kalau encik nak jumpa Tuan Rafael, memang dia tak ada dekat sini."

"So?"

"Jadi saya rasa kalau Tuan Rafael dah tak ada dekat sini, encik Adrian pun dah tak ada sebab lah nak tunggu dia."

"So?"

So so so kalau aku sonat kau dekat sini, memang tak jadi lah tujuh keturunan akan datang kau nanti.

Wajah Maisarah mula merah, menahan marah. Bilik dah sejuk, hati pula panas. Ini semua gara-gara makhluk di depannya.

Adrian simpan senyum. Wajahnya dikekalkan biasa.

"What game are you playing, Adrian?"

Hilang sudah formaliti Maisarah. Yang tinggal hanya rasa sebal.

Adrian berjalan mendekati gadis itu.

"I'm not playing any game, sweetheart."

Maisarah tergelak sinis. Nak saja dia carutkan lelaki itu tapi tak baik lah pula.

"Okay kalau macam tu jangan panggil saya sweetheart." putus Maisarah. Dia sendiri keliru sama ada dia marah, atau benci, ataupun malu sebenarnya.

"Kenapa? Kau blushing ke?" nampak sudah sengih nakal lelaki itu. Maisarah menjeling.

"No and never. Bukan awak yang patut panggil saya sweetheart. Dah lah, Rafael tak ada. Buat apa lama-lama dekat sini?"

Adrian memandang tajam wajah Maisarah. Bukan sebab gadis itu menghalaunya, tapi dia tak suka bila Maisarah kata bukan dia yang patut panggilnya sweetheart. Jadi dia sudah ada kekasih ke?

"Kau..kau dah ada boyfriend? "

"Dah." tak pasal-pasal dia perlu menipu. Tapi tak apa kan? Sekali-sekala.

"Siapa? Aqil?" dia dengar dengan jelas bagaimana Aqil memanggil Maisarah dengan panggilan cinta. What's that supposed to mean?

Rasa nak gelak. Tapi tahan. Rasa nak gelak. Tapi tahan. Rasa nak gelak. Tapi tahan.

Wajah Adrian tidak membantu langsung. Terus terhambur tawa Maisarah melihat lelaki itu. Cemberut betul muka dia ya.

Makin cemberut wajah Adrian, makin terkekeh lah Maisarah gelakkan dia.

Kau gelakkan aku? Okay tunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience