FAIL- fail kerjanya disusun ke dalam laci di sebelahnya. Malas mahu berjalan, Maisarah yang sedang duduk di kerusi roda pejabat itu menolak meja kerjanya dengan kaki.
Sekaligus dengan itu, roda kerusinya bergerak ke arah almari yang penuh dengan kertas kerja lain. Maisarah bangun lalu mengambil kertas yang berada di hujung kiri.
Terus dia duduk semula dan menolak kerusi rodanya ke arah meja. Sekali tengok macam budak pun ada.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan di pintu menyebabkan tangan Maisarah berhenti bekerja. Lantas dia mengangkat wajah lalu memandang ke arah figura yang mengetuk pintu tadi.
"Eh bos. Nak apa-apa ke?" pelik pula dia melihat Rafael yang berada di depan pintu itu. Kalau lelaki itu mahukan sesuatu, biasanya tekan butang interkom saja.
Rafael tersengih ke arah Maisarah.
"Sebenarnya saya ada hal urgent jadi kena balik rumah sekejap. Awak postpone meeting saya dengan Dato Jafar tu kepada hari esok."
Maisarah mengangguk kecil. Tangannya sudah mula lincah menekan-nekan papan kekunci komputer itu, menyusun semula jadual Rafael.
"Okay bos. Ada apa-apa lagi ke?"
Rafael memandang ke lantai bersama kerutan di dahi. Wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu. Maisarah pula setia menunggu bait bicara lelaki itu.
"Oh ya Maisarah. Saya rasa hal urgent ni mungkin lama sikit so saya mungkin tak dapat masuk balik office for today. Tapi tadi ada kawan saya yang nak datang sini, lunch sekali. Cuma entah kenapa, bila saya call dia tak angkat." terang Rafael panjang lebar. Maisarah hanya mendengar.
"Jadi kalau dia datang sini, cakap kat dia I'm really sorry tau sebab memang saya tak expect ada masalah lain."
Maisarah mengangguk faham. Senyuman manis dilemparkan kepada Rafael.
"Okay bos. Saya akan bagi tahu dia."
Rafael turut tersenyum apabila melihat wajah manis Maisarah. Sedikit sebanyak, hilang juga lah rasa gundah di hati tadi.
"Oh I forgot to mention. This friend of mine is actually your friend too. The one yang makan dengan kita hari tu. Apa pun, saya kena pergi dulu."
Maisarah terkaku. Kawan dia? Bila masa pula? Siapa?
Wajah Maisarah berubah terkejut apabila dia dapat mengagak gerangan siapa yang dimaksudkan oleh Rafael. Jangan cakap.. Eh tapi bukan lelaki itu seorang sahaja yang pernah makan sekali dengan mereka. Ramai lagi.
Dia memandang semula ke arah pintu, ingin bertanya pada Rafael namun hampa. Lelaki itu sudah pergi. Maisarah mengeluh perlahan.
"Fuh tak apa Maisarah. Mungkin bukan dia? Mungkin orang lain kan. Kan?" omelnya sendirian.
Maisarah kembali menyambung kerjanya. Sesekali jari jemarinya mengetuk-ngetuk pen dia atas meja. Sesekali juga dia memandang ke arah jam, melihat sama ada waktu lunch sudah tiba atau belum.
Ini maknanya apa? Ini maknanya Maisarah kita gementar. Takut punya pasal, dia bangun dari meja kerjanya lalu berjalan keluar ke pantri.
"A coffee would be nice for now." omelnya sendirian.
Maisarah membuka almari di atas lalu satu pek nescafe 3 dalam 1 diambilnya. Segelas mug turut diambil lalu serbuk kopi itu dituangkan ke dalam mug tersebut. Ais panas pula diambil lalu dituangkan ke dalam mug. Setelah itu, dia mengacau air itu agar serbuk larut.
Maisarah kembali membuka langkah ke biliknya. Sempat dia menyisip air dalam mug itu sedikit.
Sewaktu dia hampir menuju ke biliknya, tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Maisarah mula rasa gementar.
Pelik. Pintu pejabatnya tertutup. Makin gementar lah perasaan Maisarah ketika ini.
Perlahan-lahan dia menolak daun pintu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang lelaki kacak tapi tak kacak sangat sedang duduk di meja nya sambil tangan bermain-main dengan pen miliknya.
Lelaki itu tersenyum sebaik sahaja dia perasan akan kehadiran Maisarah.
"Hello sayang."
Suara itu menusuk koklea pendengaran Maisarah. Terus perasaan terkejut berubah menjadi menyampah.
"Kau. Kau nak apa ni datang pejabat aku? Macam mana kau boleh masuk? Kenapa kau kat sini?" bertalu-talu soalan dilemparkan kepada lelaki itu.
Maisarah memandang Aqil yang tergelak dengan soalan dia itu. Entah apa yang kelakar sangat. Agaknya waktu mak dia lahirkan dia dulu sambil tergelak kot. Orang marah dia boleh ketawa.
Aqil meredakan ketawanya setelah rasa geli dalam perut dia berkurangan.
"Kau ni Cinta. Macam tak suka je aku dekat sini. Tak rindu aku ke?" Aqil memuncungkan bibir, seolah-olah merajuk.
Maisarah tergelak kecil. Datang dah perangai sotong belum kena goreng dia ni. Maisarah mengambil tempat duduk di sofa yang berada di biliknya.
Pejabatnya tidak lah sebesar pejabat Rafael tetapi dia tetap mempunyai ruang untuk baring di sofa, untuk solat dan dia juga ada tandas untuk diri sendiri. Menjadi PA Rafael memang selesa. Lelaki itu menyediakan segala-galanya untuk dia. Termasuk penghawa dingin.
Nampak sahaja Maisarah duduk di sofa, terus Aqil bangun dari kerusi roda milik Maisarah lalu duduk di sebelah gadis itu.
"Sebenarnya aku memang tak rindu kau."
Makin ke depan lah muncung lelaki itu mendengar balasan Maisarah.
"Sampai hati kau Cinta! Aku tinggalkan company aku semata-mata nak curi masa jumpa kau tahu tak?" Cinta. Lelaki itu memang suka panggil dia dengan nama pertamanya.
Maisarah tergelak mendengar kata-kata Aqil itu. Tambah pula dengan wajah cemberut lelaki itu. Sejak daripada sekolah menengah lagi lelaki ini memang senang buat dia gelak.
"Siapa suruh? Aku tak suruh pun kau datang cari aku." Maisarah masih lagi mahu menyakat Aqil.
Terus Aqil merampas mug yang berada di tangan Maisarah lalu diteguknya air itu. Membulat mata Maisarah melihat tindakan Aqil itu.
"Weh kau ni! Aku penat-penat buat air tu kau sedap-sedap je sauk macam tu!"
Aqil hanya membuat riak selamba.
"Kesian eh kau? Tapi aku tak kesian kan pun kau."
Maisarah rasa bagai nak tarik je rambut lelaki di sebelah nya itu.
"Qil. Kalau kau nak tahu kan, sebenarnya aku dah jilat mug tu. Semua tempat. Padan muka kau." Maisarah tersengih jahat.
Disangkakan Aqil akan berasa jijik, tetapi lelaki itu makin galak menghabiskan airnya dengan wajah selamba.
"Ew kau ni! Perangai tak semengah langsung." Maisarah menampar lengan sasa Aqil. Bukan tampar-tampar manja. Tapi memang tanpa cari gaduh. Tajam mata Aqil memandang Maisarah.
"Buat macam tu lagi, aku culik kau bawak balik rumah." ugut Aqil. Maisarah hanya mencebikkan bibir.
"So kau nak apa sebenarnya ni datang jumpa aku?" soal Maisarah kembali setelah melihat Aqil habiskan air dia. Dasar.
Aqil berdehem sebentar.
"Tak ada lah. Aku sebenarnya nak jemput kau datang majlis nikah kakak aku.”
Mata Maisarah membulat. Serentak itu tangannya juga dibawa ke mulut, terkejut punya pasal.
"Weh serious lah? Meera dah nak kahwin?" soalnya tak percaya. Rasa-rasa baru dua bulan lepas kali terakhir dia berjumpa Aqil dan Meera.
"Nikah, Cinta. Bukan kahwin." erk tak sama eh?
"Hmm kakak kau dah nak kahwin, kau bila lagi?"
Aqil sengih nakal.
"Aku tunggu kau lah Cinta."
Heleh. Maisarah menjeling lembut. Bukan pertama kali Aqil menggedik dengannya. Kadang-kadang lelaki tu flirt dengan perempuan lain, kadang-kadang dia cuba lelaki pula. Eh?
"Majlis kakak kau tu bila? Amboi diam-diam eh nak kahwin."
"Kau mengelak eh. Sabtu depan. Nanti aku bagi kau alamat."
Maisarah mengangguk kecil. Sengaja dia mengabaikan ayat pertama Aqil. Kalau dilayan karang makin menjadi-jadi sotong itu.
"Sabtu depan aku free. Insyaallah boleh datang majlis Meera."
"Memang kena. Kau tak datang, aku hempuk kau. Dah aku nak balik." Aqil bangun, ingin beredar. Niatnya di sini hanya mahu memberitahu tentang majlis kakaknya. Alang-alang tu sengaja dia sakat Maisarah.
"Already? Cepat betul."
"Eleh dalam diam kau sebenarnya nak aku stay..betul tak? Elelelele kau sebenarnya suka aku kan."
Aqil mendepakan tangan, berura-ura ingin memeluk Maisarah. Gadis itu mengambil bantal di sofa untuk dijadikan penghalang. Bukan boleh percaya lelaki ni.
"Ehem!"
Tersentak dua insan yang berada dalam bilik itu apabila mendengar suara garau berdehem. Aqil berdecit. Siapa pula kacau sweet moment dia ni?
Terus Aqil menjarakkan dirinya. Mereka berdua memandang ke arah gerangan yang berada di pintu.
"Adrian Mateen."
"Aqil Hadi."
Share this novel