MATA mereka bertaut lama. Tiada tanda-tanda pun bahawa salah seorang akan mengalah. Terlalu lama mereka memandang antara satu sama lain sehingga pintu lif perlahan-lahan tertutup sendiri.
Tetapi tangan Adrian lebih pantas menahan pintu tersebut. Pintu kembali terbuka luas. Tidak menunggu lama, Adrian menarik tangan Maisarah ke dalam perut lif itu.
Atau lebih tepat lagi, Adrian menarik Maisarah sehingga wajah gadis itu mencium dada bidangnya.
"Ah!"
Reaksi spontan kalau terkejut. Gila tak terkejut. Terus Maisarah menjarakkan mukanya daripada Adrian.
"Ish awak buat apa ni? Lepaslah!" pautan tangan lelaki itu cuba dirungkaikan namun hampa. Sikit pun tak berubah.
"So you do work here." suara garau itu menyapa koklea pendengaran Maisarah. Dia tahu suara itu..malah dia kenal lelaki itu.
Maisarah menunduk tetapi tangannya masih lagi cuba untuk menolak Adrian.
"Me? Ada apa pula dengan saya kerja dekat sini?"
"Oh I've been looking for you, Cinta."
Terus Maisarah mendongak apabila mendengar panggilan Adrian kepadanya itu. Cinta. Tak pernah lagi orang panggil dia dengan nama pertama dia.
Maisarah kembali menunduk semula. Adrian tergelak kecil.
"I know everything, Cinta." sambungnya lagi.
Maisarah memejamkan matanya. Dadanya yang dari tadi berombak laju cuba ditenangkan. Sejujurnya kehadiran lelaki itu di pejabatnya memang tak dijangkakan. Rasa macam nak pengsan tadi sewaktu lif terbuka.
Play dumb, Maisarah. Play dumb!
Matanya dicelikkan kembali. Senyuman nipis diberikan kepada Adrian.
"You know everything? Well good for you encik. Tapi apa kena mengenanya dengan saya?"
Terangkat kedua belah kening Adrian mendengarnya. Ohh dia nak main-main lupa. Okay boleh.
Ting!
Mendengar bunyi lif hendak terbuka, terus Adrian meleraikan pegangan di lengan Maisarah. Gadis itu turut mengundur 3 tapak ke belakang.
"Eh Ad! Sampai dah? Ingatkan tak datang tadi. Lama aku tunggu." Rafael memasuki perut lif itu. Dia memandang Maisarah pula.
"Awak dalam lif lagi? Bukan tadi dah keluar dulu ke?"
Maisarah tergelak kekok.
"Hehe tadi borak dengan Kak Siti dulu. Tu yang lambat sikit turun." dia mencipta alasan. Tapi betul lah. Tadi pun dia berbual dengan mereka. Jadi tak tipu. Hehe
"Oh..alang-alang tu. Jom lunch dengan kami sekali." Rafael tersenyum manis. Mengharapkan gadis itu menerima.
Maisarah membalas senyuman seraya mengangguk. Apa salahnya? Lagipun dia sudah seminggu tak jumpa Rafael. Tetapi 'kami'? Eh?
Terus berubah riak wajah Maisarah. Dia memandang Rafael tetapi lelaki itu sudahpun pusing membelakanginya. Tolong lah jangan kata apa yang aku fikir tu betul. 'Kami'?
Dia memandang lelaki di sebelah Rafael. Apabila Adrian rasa seolah diperhatikan, dia menoleh sedikit. Senyuman sinis diberikan kepada Maisarah sebelum dia kembali tiada riak dan memandang depan.
What? She pretended as if she didn't know me. So deal with it. I don't know her too.
Maisarah menggenggam kuat buku limanya. Geram pula dia melihat senyuman Adrian tadi. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan agar penumpang dalam lif itu tidak dengar.
It's okay Maisarah. One luch won't hurt.
•
KEKOK. Atmosfera di meja makan itu dingin semacam. Dua orang kerap menjeling antara satu sama lain. Yang lelaki suka mengusik dalam diam. Yang si gadis pula puas menepis segala cubaan lelaki itu untuk menggangunya.
Rafael berdehem, membuatkan Maisarah dan Adrian memandang dia.
"Korang berdua dah kenal ke?" Rafael memandang Maisarah. Gadis itu menggeleng laju.
"Tak lah awak. Saya tak kenal dia ni-"
"Actually kitaorang memang dah kenal." pintas Adrian. Air jus oren di sebelah diteguk selamba. Mencerun mata Maisarah memandangnya. Memang cari nahas kan?
Rafael memandang mereka berdua silih berganti kemudian dia memandang Maisarah lama. Seolah-olah meminta penjelasan.
"Betul ke, Maisarah?"
"Betul lah. Malah kitaorang terlebih kenal sampai aku tahu setiap bahagian tentang dia. Setiap inci.." ayat terakhir Adrian diperlahankan tetapi cukup untuk Maisarah dengar.
Berkerut dahi Rafael.
"What? Aku tak dengar."
"Tak lah awak. Sebenarnya sebelum ni kami terserempak sekali je." kata Maisarah. Sebelum Adrian melalut lebih jauh, baik dia hentikan dulu.
Adrian tersenyum sinis. Terasa bagaikan ada sesuatu menekan kakinya di bawah meja tapi dia biarkan saja. Memang dari tadi, bila dia usik gadis itu, Maisarah akan memijak kakinya. Pasti kotor kasut dia nanti tapi apa dia peduli?
"Ohh ye ke. Adrian, ni ke staff aku yang tercicir barang tu?" soalan Rafael mematikan lamunan Adrian. Lantas lelaki itu mengangguk.
"Ya. Aku dah bagi dah tadi dalam lif."
Rafael hanya angguk kecil lalu sambung makan. Sesekali dia mengerling ke arah Maisarah. Dia memang suka pandang gadis itu senyap-senyap setiap kali mereka berada di tempat sama.
Namun kali ini dia nampak ada kelainan pada Maisarah. Dia pun tidak tahu mengapa. Tapi, itu tidak menghalang dia untuk terus merenung gadis itu.
Maisarah pula sudah pelik. Barang? Barang apa? Ah tapi tak apa lah. Sekurang-kurangnya Rafael tidak mengesyaki apa-apa lebih lanjut.
Maisarah memandang Adrian. Bagaikan berjanji, lelaki itu juga turut memandangnya. Adrian tersenyum sinis.
Tiba-tiba lelaki itu menarik lengan bajunya di bahagian kanan. Sedikit saja dia naikkan. Tapi cukup untuk Maisarah lihat sesuatu bewarna merah jambu. Dia kenal benda itu.
Dan apa yang dia pasti, itu miliknya. Getah rambut dia! Datang perangai gila Maisarah, rasa macam nak minta di situ juga. Tapi ada Rafael la pula.
Adrian tersenyum puas melihat perubahan raut wajah Maisarah. Suka? Dia tak suka ganggu gadis itu. Tapi dia seronok. Terhibur. Bahagian baju lengannya ditarik semula agar menutup getah itu.
Dapat dia rasakan ada sesuatu yang menekan kakinya. Dia sudah tahu itu apa. Namun kali ini lebih kuat dan lama. Rasa sakit ditahankan saja. Dia pun tahu dia sendiri yang ganggu gadis itu.
Tak apa lah sayang, marah lah selagi boleh. Nanti dah jadi suami dah tak boleh marah. Kena hormat tau? Aip.
Share this novel