Bab 10

Romance Series 5917

DIA keluar dari bilik air hanya berkemban dengan tuala. Duduk rumah seorang diri, apa ada hal.

Maisarah mencapai tuala kecil yang tersangkut di sebelah pintu bilik air itu. Tangannya mula memainkan peranan mengeringkan rambut.

Dia berjalan ke arah meja solek lalu duduk di atas kerusi yang terdapat di situ. Wajahnya ditenung lama.

“Hmm cantiknya aku.”

Ye lah Maisarah, ye lah.

Dia tersengih sendirian sambil mengeringkan rambut. Entah apa yang dia suka sangat. Tapi bagus lah puji diri sendiri. Kalau tak, siapa lagi nak puji.

Ting!

Bunyi mesej masuk mengalihkan perhatian Maisarah. Lantas tangannya berhenti mengeringkan rambut. Fon yang berada di meja dicapai.

“Handsome. Aik? Siapa pulak handsome ni?”

Pelik dia apabila ada mesej daripada nama 'handsome'. Setahu dia, tidak ada pula dia save nama orang dengan panggilan gedik. Lantas mesej daripada nombor itu dibuka.

-I miss you. Let's go on date.

Amboi amboi. Senang-senang je nak ajak anak dara orang pergi date. Eh dara ke?

Tidak menunggu lama, Maisarah membalas mesej itu.

-Sorry but who is this? And where did you get my number anyway?

Tak sampai satu saat dua tick itu menjadi biru. Kiranya memang gerangan yang mesej dia ni dah tunggu lah kot.

- I took your phone number in front of you, sweetheart. Takkan dah lupa?

Sweetheart. Satu perkataan itu cukup untuk dia tahu gerangan siapa yang berbalas mesej dengannya itu.

Rasa geram pula apabila lelaki itu dengan selambanya simpan nombor telefon dia. Dah lah save nama ’handsome’.

Fikir dia kacak sangat ke?

-Oh, Adrian rupanya. Awak nak ajak saya date? Sorry lah tapi saya busy.

-But sweetheart..I miss you.

Padahal baru semalam insiden tersembur air itu berlaku. Dah rindu? Maisarah pun sudah tahu yang Adrian mahukan dia. Atas sebab apa, dia tidak sempat tanya semalam.

Tapi kalau nak bertanggungjawab, dia tidak akan terima. Orang biasa bertanggungjawab dengan cara berkahwin. Bagi Maisarah, dia mahukan perkahwinan atas dasar cinta. Bukan sebab tanggungjawab semata-mata.

Kalau dia ditakdirkan mengandung akibat kejadian pada malam itu, dia redha. Anak yang dia kandungkan itu pun dia akan jaga dan kalau Adrian mahu berjumpa anak itu pun, dia tidak halang.

Cumanya dia tetap dengan prinsip kahwin atas dasar cinta. Kalau betul Adrian mahukan dia, lelaki itu perlu belajar untuk cinta dan sayangkan dia. Bukan sebab nafsu semata-mata.

Bzz! Bzz!

Maisarah tersentak apabila telefon di tangannya bergetar. Berkerut dahi dia apabila melihat nama ‘handsome’ membuat panggilan. Perlahan-lahan jarinya menekan butang hijau.

Fon dilekapkan di telinga.

“Err hello? Kenapa awak call saya pula?”

“Ada pun. Damn it, sweetheart. I thought something happened to you.”

Dapat dia dengar bunyi lelaki itu mengeluh lega. Brother ni salah orang ke?

“Dah kenapa pula ada benda jadi dekat saya?”

“Well sebab you left me on blue tick. Tu yang takut kot-kot terjatuh ke, pengsan ke apa.”

‘Lah dia ni. Bukan main lagi.’

“Lah apa lah awak ni. Kabut nauw”

Adrian tergelak dari hujung talian. Tanpa sedar, Maisarah juga turut tersenyum apabila mendengar tawa lelaki itu.

“But for real sweetheart. I want to take on date. Please?”

Suaranya seakan merayu. Maisarah jadi bersalah pula kalau dia menolak permintaan lelaki kacak itu. Dah lah semalam dia kotorkan tali leher lelaki itu.

“Umm tapi hari ni saya busy. Esok malam pula saya kena pergi majlis tunang kakak Aqil. You know that too, right?”

Adrian diam seketika. Dia sedang berfikir. Kalau malam ni dan esok Maisarah sibuk, hari berikutnya dia pula yang sibuk kerana ada urusan keluarga.

“Hmm kalau macam tu..tak apa lah. But there's one condition.”

“Apa dia?”

“Aku nak jemput kau sendiri waktu pergi majlis tunang tu.”

Erk. Tidak ada masalah pun dengan pelawaan Adrian itu tapi bagaikan tersekat pula kerongkong Maisarah hendak berjawab. Entah lah, mungkin dia masih was-was dengan lelaki itu.

“Err..”

“I don't take ‘no’ as an answer sweetheart. See you tomorrow then.”

Tut! Sejurus selepas itu panggilan dimatikan. Terpinga-pinga Maisarah memandang telefonnya.

Selambanya lelaki itu membuat panggilan, kemudian bagi arahan, lepastu letak macam tu je? Wah ini yang nak tarik telinga ni.

Nak tak nak, kiranya dia pergi juga lah dengan Adrian. Tapi tidak pula dia rasa hendak memberontak. Entah lah, dia pun pelik.

CERMIN mata gelapnya dibuka lalu digantungkan dicelah butang baju kemejanya. Matanya meliar ke segenap ruang lapangan terbang itu. Ramai seperti biasa.

Beg luggage nya ditarik seiringan dengan langkah kakinya. Beberapa mata memandang ke arahnya akibat gaya dia.

Boleh dikatakan rupa paras nya kacak. Dengan pakaian berjenama dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Langkahnya dihayunkan ke arah seorang lelaki yang memakai sut hitam. Apa yang dia tahu, lelaki itu memang menunggunya.

“Selamat kembali, tuan.”

Alex hanya mengangguk kecil dengan sapaan pekerjanya.

“Bawak aku balik.”

“Baik tuan.”

Tidak menunggu lama, Ziyad selaku lelaki yang memakai sut tadi terus mengambil beg luggage milik majikannya. Dia bergerak menuju ke arah kereta mereka.

Pintu kereta dibukakan untuk Alex, lalu lelaki itu memboloskan diri dalam kenderaan mewah itu. Sementara menunggu Ziyad menyimpan beg dia, Alex mengeluarkan telefon.

Dia membuka mesejnya dengan Aqil.

-Bro aku dah sampai Malaysia.

Tak sampai 10 saat, Aqil sudah baca. Dapat dia lihat lelaki itu sedang menaip sesuatu.

-Alhamdulillah. Kau duduk hotel kan?

-Ya.

-Okaylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa bagi tahu aku. Esok malam jangan lupa datang majlis nikah. Siu.

Apa benda lelaki ni dok siu siu. Sepak karang, sia-sia je hidup.

Ziyad sudah berada di tempat duduk pemandu. Dia tahu ke mana destinasi Alex selepas ini. Tidak banyak cakap, terus dia memandu pacuan empat roda itu keluar dari kawasan lapangan terbang.

Alex menatap kembali skrin telefonnya. Aplikasi WhatsApp dikeluar ke home page. Matanya terpaku pada gambar yang terdapat di home page itu.

Jari jemari kasarnya naik mengusap gambar itu.

Rindu. Itu sahaja yang dia dapat ungkapkan. 4 tahun tidak berjumpa gadis manis itu.

Sewaktu dia bermastautin di negara orang itu, sehari tak sah kalau dia tidak memikirkan tentang gadis kesayangannya.

Sibuk bagaimana pun dia di negara luar itu, bayangan gadis itu pasti berlayar di mindanya walaupun untuk sesaat.

Kadangkala dia tertanya-tanya sendirian. Sudah makan ke gadis itu? Sihat ke? Sudah lupakan dia ke?

Namun soalan itu semua dibiarkan tidak berjawab. Tanpa sedar, tangannya mengepal penumbuk dengan kuat. Bukan dia marah pada gadis itu, tetapi dia marah pada diri sendiri.

Dia tahu gadis itu masih belum berpunya. Kerana disebabkan dia lah, gadis itu susah hendak membuka hati kepada mana-mana lelaki.

“Saya hanya akan teruskan hubungan ni kalau awak cintakan saya. Yes, you can easily say that you love me tapi kalau hubungan itu terjalin tanpa kepercayaan, is it truly love?”

Terngiang-ngiang lagi ayat terakhir gadis itu sebelum mereka berpisah haluan.

Satu keluahan terbit di bibirnya.

“Cinta Maisarah...I'm so sorry. I was a fool.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience