ADRIAN berdecit halus. Tubuh langsing Maisarah didukungnya dengan gaya bridal style.
‘Haih menyusahkan.’
"Rizq, angkat beg dia." arah Adrian pada salah seorang bodyguard, juga seorang kawannya.
Tidak banyak cakap, Rizq mengangguk lalu mengambil beg Maisarah tadi.
Adrian berjalan ke keretanya. Pintu kereta dibukakan oleh Adam, seorang lagi kawannya.
Dengan berhati-hati, tubuh Maisarah diletakkan di tempat penumpang di hadapan.
"Korang boleh balik dulu. Nanti aku sampai."
"Eh tapi Ad-"
Ayatnya terhenti apabila mendapat pandangan tajam lelaki itu. Rule number one, never say 'but'.
Adrian memasuki keretanya. Dia kerling gadis yang terlena disebelahnya.
Perlahan-lahan dia memakaikan tali pinggang keselamatan pada gadis itu. Telinganya menangkap suara Maisarah seakan menggumam sesuatu.
Baru sahaja dia ingin mengundur semula, tiba-tiba lengannya dipeluk. Dengan selambanya, Maisarah melentokkan kepalanya di lengan sasa itu.
Adrian jelas tergamam dengan apa yang baru terjadi. Perlahan-lahan tangannya naik menyelitkan rambut Maisarah yang terjuntai itu.
Dapat dia lihat pipi gebu gadis itu merah-merah. Bibirnya terukir senyum.
"You must be drunk, love."
Keretanya mula dipandu menyelusuri jalan. Sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi membiarkan Maisarah memeluknya.
Sampai sahaja di rumahnya, tubuh Maisarah terus dicempung dan dibawa masuk ke dalam rumah.
Jelas terpapar wajah terkejut orang-orangnya. Adrian tidak mengendahkan mereka lalu terus membawa Maisarah ke tingkat atas.
Daun pintu biliknya dibuka. Badan Maisarah dibaringkan di katil bersaiz king miliknya. Duvet ditarik sehingga paras dada.
Baru sahaja dia ingin keluar, ada satu suara halus memanggilnya.
"Encik..? Encik.."
"Yes, what's wrong?"
Badannya didekatkan kembali dengan Maisarah.
"Mm...mm"
Adrian kurang jelas dengan apa yang Maisarah cakap. Badannya ditundukkan sedikit dan didekatkan dengan Maisarah.
"Mm..mmm"
Ah sudah. Mengumam apa budak ni?
"Tidur lah. Kau mabuk ni." arah Adrian. Badannya ditegakkan balik tetapi terasa seperti ada sesuatu menghalang.
Tangan Maisarah melingkari leher lelaki itu. Perlahan-lahan mata Maisarah terbuka. Dia rasa sangat asing dengan tempat itu, tapi entah kenapa dia malas nak bergerak.
Adrian terkedu apabila jarak mereka terlalu dekat. Matanya memandang sepasang mata bundar cantik di hadapannya.
Bagaikan terpaku, Adrian diam sahaja. Maisarah pula terpesona dengan wajah kacak di depannya. Hottie!
Bibir Maisarah mengoyak senyum cantik dan..
Cup!
Sekali lagi Adrian terkejut dengan tindakan Maisarah. Gadis itu mencabul bibirnya. Haih.
Cup!
Sekali lagi diculiknya bibir itu.
Cup!
Cup! Cup! Cup! Cup! Cup!
Bertalu-talu kucupan diberi pada Adrian namun tiada satu pun kucupan lama. Semua sekejap saja.
"Handsomenya awak.. Saya rasa macam dalam mimpi. Hehe." entah sedar tidak sedar, Maisarah berkata begitu.
Kali ini Adrian bagaikan sudah tersedar dari lamunan. Dia menolak perlahan tubuh Maisarah daripada memeluknya.
"Dah. Tidur." arahnya tegas.
Maisarah membalas dengan tawa beserta gelengan.
Lengan Adrian kembali dipaut.
"Hmm awak ni handsome lah. Teman lah saya.."
Adrian tarik nafas dalam-dalam. Meleret pula dah suara budak ni. Bukan lah pertama kali dia disentuh oleh perempuan dan bukan pertama kali juga perempuan bersikap gedik dengannya.
Namun terasa lain macam pula dengan gadis di atas katilnya itu.
Adrian mahu meleraikan pelukan tetapi gadis itu malah mengeratkan lagi pelukan.
Kali ini, Maisarah bertindak mencium batang leher Adrian pula. Terkaku terus lelaki itu.
Bergerak-gerak halkum lelaki itu, menahan rasa apabila tangan Maisarah mula merayap di dada bidangnya.
Dia berperang dengan kata hati dan fikirannya. Otak suruh keluar, namun hati memaksanya untuk kekal dalam bilik itu.
Rezeki jangan ditolak.
Fuh! Waktu-waktu begini lah ayat itu paling sesuai digunakan.
Adrian memegang tangan Maisarah yang bermain di dadanya. Dagu Maisarah ditolak agar memandangnya tepat.
"You want me to stay? "
Maisarah yang mabuk itu lantas mengangguk. Peduli apa. Yang dia tahu, dia tidak mahu berseorangan.
"You sure? "
" Yes. "
" As you wish, "
Suka dengan jawapan lelaki itu, Maisarah tersenyum. Badan sasa itu sekali lagi dipeluk dan dicium.
Bibir Adrian tersungging senyum sinis.
•
Celik mata sahaja, Maisarah melihat siling yang dia tidak kenal. Bebola matanya meliar sekitar ruangan bilik itu pula.
Bilik siapa ni? Macam mana dia boleh ada dalam ni?
Otaknya cuba memproses apa yang berlaku. Namun hampa, tiada apa yang dia ingat melainkan makan malam hari jadi Rafael.
Terasa seperti ada sesuatu yang berat menindih dia. Maisarah bergerak sedikit dan
"Auch!"
Apahal sakit sangat ni? Dia menoleh ke sebelahnya pula.
Terus tangan dibawa ke mulut. Reaksi spontan apabila terkejut. Gila kau tak terkejut, bangun-bangun saja ada lelaki kacak di sebelah. Aum.
Eh tapi itu bukan apa yang Maisarah fikir. Lagi dia terkejut apabila melihat dirinya hanya berlapikkan duvet manakala pakaiannya sudah bersepah di lantai.
"Apa ni? Jangan cakap aku..-"
"No..!"
Suaranya separa berbisik dan separa menjerit. Perlahan-lahan memori kembali menerjah ke dalam otaknya.
"Aku pengsan..lepastu dalam kereta..and then dekat rumah lelaki ni. Lepastu.."
Okay. Cukup. Dia faham sangat apa yang jadi malam tadi.
Fikir kejap lagi lah, Maisarah. Sekarang ini dia mahu keluar dulu dari rumah ini. Ini semua salah!
Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan yang melingkari pinggang dia itu. Betul-betul berjaga-jaga. Kalau si empunya badan terbangun, memang Maisarah pecut terus.
Setelah memastikan lelaki itu masih lena, Maisarah bangun. Terjengket-jengket kakinya mengambil pakaian dia.
Cepat-cepat pakaian disarung ke tubuh.
"Oh no..mana pulak getah rambut aku ni.." omel Maisarah perlahan. Badannya dibongkokkan ke bawah, mencari getah rambut kesayangan tetapi tiada.
Walaupun hanya getah rambut, tetapi itu getah rambut yang dia buat dengan anak saudaranya. Tak sanggup dia mahu biarkan.
Namun apabila mengenangkan situasi sekarang, Maisarah hanya mengeluh.
Dia mengambil beg tangannya. Terus langkah di bawa ke luar bilik.
Sempat matanya meliar di segenap ruang rumah itu. Besar, luas, cantik dan kemas!
Hanya dengan campuran warna kelabu dan putih, memang nampak kemas.
Tidak menunggu lama, Maisarah turun tangga. Dan bermula lah langkah seribunya pulang ke rumah. Sudah lah kaki sakit. Bukan apa, tapi terkangkang-kangkang budak itu berjalan.
•
Tangannya meraba-raba bahagian sebelah. Apabila merasakan kosong, terus matanya tercelik.
Sah, memang kosong.
Adrian terus bangun dari baringnya. Seluar di lantai dicapai dan disarungkan ke tubuh.
Langkah dibawa turun ke bawah.
"Mak tom, mak tom..!"
Terjegul kepala orang gajinya dari dapur. Mak Tom mendekati Adrian dengan senduk di tangan.
"Ye kenapa Ad?"
"Mak Tom nampak tak sesiapa keluar pagi tadi?"
Mak Tom diam sejenak, cuba mengingati.
"Rasanya tak ada pun. Mak Tom pun baru keluar bilik pukul 7 pagi. Kenapa Ad,?"
Adrian tersenyum nipis seraya menggeleng.
"Tak ada apa lah Mak Tom."
Terus dia kembali naik ke biliknya. Lantai bilik itu dipandangnya. Kosong. Baju gadis semalam sudah tiada, juga dengan tas tangannya.
Adrian menyelak duvet itu beberapa kali, mencari telefonnya.
Tangannya terhenti saat melihat tompokan merah di cadar putihnya. Tanpa sedar, bibirnya ukir senyum.
Pertama kali dalam hidupnya, dia tidur dengan perempuan asing.
Fon dicapai. Apa pun yang jadi, dia mahu jumpa gadis itu semula.
Share this novel