Bab 1

Romance Series 5917

SUASANA pejabat itu riuh rendah dengan sambutan hari lahir memandangkan hari ni birthday bos kesayangan.

Maisarah menjengulkan kepalanya melihat meja mengambil makanan itu.

"Mak aih ramainya." suara Farah di sebelah menarik perhatiannya.

"Tunggu je lah weh. Lagipun aku tak lapar sangat lagi." kata Maisarah. Farah hanya mengangguk kecil. Biarlah lengang dulu baru mereka ambil makanan.

Beg kertas berisi hadiah di sebelah ditenung seketika. Maisarah berkira-kira mahu beri hadiah ini kepada bosnya tetapi lelaki itu asyik dikelilingi perempuan-perempuan.

Amboi mentang-mentang lah bos muda, rupa boleh tahan. Bukan main lagi korang eh.

Malas mahu tunggu lama, Maisarah mengambil beg kertas berisi tali leher itu dan berjalan ke arah Rafael. Jangan tanya kenapa tali leher. Ini adalah permintaan khas lelaki itu sendiri.

Sebagai seorang PA yang baik, Maisarah menurutkan sahaja permintaan lelaki itu. Janji jangan yang bukan-bukan.

Sewaktu dia sudah mendekati Rafael, dapat dia dengar dengan jelas tutur perempuan di sekelilingnya.

"Bos makin handsomelah. Tak nampak berusia pun."

"Haah kan. Hot je selalu."

"Untung siapa future wife you, bos. Kalau I lah kan, memang I takkan sia-siakan." amboi. Cakap je lah korang semua sebenarnya nak dia.

Rafael hanya tersenyum nipis. Bosannya layan. Apabila dia perasan akan kehadiran Maisarah, terus dia berdiri tegak.

"Maisarah!" dia terus berjalan ke arah Maisarah, meninggalkan ulat-ulat bulu itu marah.

Maisarah tersenyum manis. "Hi bos! Hehe happy birthday! " katanya.

Beg kertas disuakan kepada Rafael. Lelaki itu senyum "New tie for me? Thank you."

Beg bertukar tangan. "Eh Maisarah awak duduk mana? Meh lah duduk satu meja sekali dengan saya." jujur memang dari tadi dia tunggu saja kelibat Maisarah muncul.

Maisarah menggeleng kecil. "Saya duduk hujung sana dengan Farah." jari ditunjukkan ke arah meja dia dan Farah. Rafael hanya mengangguk kecil.

"Dah makan?" soal Rafael lagi. Matanya tak lekang memandang wajah cantik Maisarah. Walaupun hari-hari asyik jumpa, itu tidak menjadi sebab untuknya bosan dengan gadis itu.

Sekali lagi Maisarah menggeleng. "Belum. Tadi ramai sangat but sekarang dah kurang sikit dekat meja makan tu. Nanti saya pergi lah ambik makanan."

Mereka diam seketika. "Bos, saya pergi dulu lah. Bos pun mesti nak makan kan?"

Rafael mahu berkata sesuatu tetapi kerongkongnya bagaikan tersekat.

"Saya pergi dulu eh? By the way happy 30th birthday. Bak kata perempuan dekat belakang tu, bos makin handsome. So stay lah handsome eh bos." sempat Maisarah bergurau menyebabkan Rafael tergelak kecil.

Geli hati dengan Maisarah tetapi kembang juga lah dia apabila dipuji.

"Boleh Maisarah. Untuk awak, saya akan kekal handsome." wah menyimpan maksud tersirat ye kau Rafael.

Maisarah hanya jeling menyampah. Baginya tiada apa yang istimewa dengan ayat itu sebab Rafael sudah selalu sangat bagi ayat sebegitu. Lagipun mereka memang rapat. Kalau bukan sebab kerja, Maisarah akan menganggap Rafael sebagai abang kerana sikapnya yang selalu ambil berat.

Sampai saja di meja, Farah sudah tayang sengih bersalah sebab makan tak tunggu dia.

"Hehe. Sorry lah aku makan dulu. Tapi kau lambat sangat tadi." kata Farah.

"Eleh takpe. Eh by the way ni aku punya ke?" soal Maisarah. Pelik melihat ada dua pinggan di meja.

Farah mengangguk. "Of course lah. Aku kan best friend paling berguna." eleh angkat bakul sendiri pulak minah ni. Nasib baik dah ambilkan makanan.

Sedang mereka menjamah makanan, tiba-tiba meja ditepuk kuat.

Pap!

Maisarah dan Farah tersentak lalu menoleh ke arah gerangan yang menepuk meja itu.

Tasya dengan gaya divanya, menongkat sebelah tangan di atas meja mereka dengan riak tak bersalah pun.

"Yes?" Maisarah cuba memaniskan riak muka walaupun dia memang terkejut tadi.

Tasya gelak seakan mengejek. "Kau tak payah nak acah-acah baik sangat lah. Nak tegur aku elok-elok konon."

Maisarah tergamam dengan kata-kata yang baru dilontarkan kepadanya. Dia membasahkan tekak seketika.

Bukan pertama kali dia asyik kena ganggu dengan Tasya ini. Pasti ada saja yang minah tu tak puas hati. Kalau nak tahu, dia lah salah seorang ulat buku tadi. Jijik.

"Kenapa eh cik Tasya? Ada apa-apa masalah dengan saya ke?"

Tasya menayang muka menyampah. "Ish annoying betul lah kau ni. Dengan muka konon bagusnya. "

Berapi telinga Maisarah mendengarnya."Habis tu takkan lah saya nak tayang muka tak tahu malu macam cik Tasya ni pulak?" sinis.

Farah sudah tersenyum di sebelah. Tasya pula kelihatan seperti baru telan ranting.

"Kau! Memang kurang ajar eh! Kau ingat kau tu PA bos, kau tu bagus sangat lah?!" and here we go again. Look who's talking. Kerani.

"Cik Tasya nak apa sebenarnya ni? Saya nak makan. Kalau tak ada benda penting, tolong jangan kacau." nada suara Maisarah mula berubah tegas. Dah datang dah menyampah dia tu. Siapa je tak menyampah layan si ulat gonggok ni?

Tasya mendekatkan dirinya kepada Maisarah. "Kau dengar sini eh. Jangan nak menggedik dekat bos. Dia aku punya!"

Maisarah dan Farah terasa macam mahu tergelak tapi kesian lah pulak minah syok sendiri ni.

"Setahu saya bos belum berkahwin. Kenapa pulak saya kena dengar cakap awak? Awak wife dia eh?"

"Kalau ye kenapa?! Ada masalah?" bentak Tasya. Entah siapa lah yang ada masalah sekarang ni.

Maisarah lepas tawa. "Kalau ye then tahniah lah sebab dah dapat bos kesayangan awak. Tapi kesian kan awak?"

Tasya mengerutkan dahinya. "Asal pulak?"

Maisarah senyum. "Well orang kalau dah berkahwin dia mestilah bagi tahu semua orang yang dia dah berpunya. Tapi ini satu berita pun kami tak dengar. Nampak sangat Rafael tak sayang awak."

Membuntang mata Tasya mendengar. "Kau-"

"Macam mana nak dengar berita weh? Girlfriend pun bos tak ada lagi. Sah-sah lah dia sorang je yang berangan dengan bos. Tak sedar diri!" Farah menyampuk.

Ini lah nama nya Farah Faqisya. Jangan dicabar, memang pantang kalau ada orang buat dia sakit hati. Mulut dia tu lagi tajam daripada pisau zaman penjajah dulu.

Tasya mendengus geram."Korang berdua ni kan. Menyedihkan! Tunggu je lah nanti aku kahwin dengan bos."

Maisarah terangguk-angguk. "Baik lah awak. Kami tunggu."

"Psst psst. Kau jangan buat sembarang janji nak tunggu dia kahwin dengan bos weh. Takut nanti cucu kau dah naik pelamin, perempuan ni tak kahwin-kahwin lagi ngan bos."

Suara Farah seakan berbisik tetapi kuat. Sengaja mahu Tasya dengar.

"Ergh! Diamlah! " Tasya menghentakkan kakinya lalu pergi dari situ.

"Hah hentak lah kuat-kuat. Bagi kau masuk askar kang baru tahu." omel Farah.

Maisarah menepuk lengan Farah perlahan. "Tak baik do kau.."

Farah menjeling. "Eleh padahal kau pun nak gelak."

Terhambut juga tawa di bibir Maisarah. Memang sedari tadi dia kemam saja tawanya daripada meletus.

Farah juga turut ketawa. Mereka sambung menjamah makanan mereka.

Tanpa sedar, ada mata yang memerhati dengan senyuman sinis.

"Cinta Maisarah..just wait and see."

Sesi bergambar pun bermula. Ada yang sibuk menempel dengan bos, ada yang ambil gambar beramai-ramai.

Maisarah kembali ke mejanya. Cawannya diambil dan dia membasahkan tekaknya dengan air yang masih berbaki.

Berkerut dahi dia menelan air itu. Apahal lain macam ni? Dibelek-beleknya cawan itu. Memang cawan dia tapi kenapa lain?

"Maisarah!"

Suara Farah menghentikan kerjanya daripada terus-terusan membelek cawan itu.

Farah menggerak-gerakkan tangannya di udara, tanda dia memanggil Maisarah untuk bergambar sekali.

Gadis itu terus mengambil tas tangannya dan meluru ke arah Farah. Rambutnya diselitkan di celah telinga, bagi nampak cantik sedikit.

Klik! Klik! Klik!

Sakit mata Maisarah apabila menerima banyak cahaya daripada kamera yang berlainan itu.

Tiba-tiba dia berasa tak selesa. Kepalanya rasa berat. Farah disebelah dikerling.

Gadis itu bukan main suka kagi buat macam-macam gaya. Bunyi klik daripada macam-macam arah membuatkannya pening.

Lengan Farah ditepuk di sebelah.

"Weh, weh.."

"Kenapa..eh Maisarah kau okay tak ni?" terkejut Farah melihat Maisarah sudah seperti pening lalat.

Maisarah tersenyum nipis. "Aku okay.. cuma aku nak pergi balik dulu. Rasa tak selesa lah."

Farah mengangguk perlahan. "Kau nak aku teman pergi kereta tak?"

"Tak payah.." dia tidak mahu mencuri waktu kawannya sedang bergambar. Tambahan pula dia rasa makin sakit kepala.

Terus Maisarah berjalan pergi dari ruangan bergambar itu. Langkahnya dibawa ke arah lif.

Sedang dia menunggu lif sampai ke arasnya, datang seorang lelaki dan dua orang lagi di belakangnya. Semua memakai sut.

Maisarah hanya mengerling dengan ekor matanya tapi dapat dia rasakan aura luar biasa lelaki itu.

Ting!

Dengan langkah agak terhuyung-huyangnya, Maisarah melangkah masuk ke dalam lif.

Dia duduk di belakang sekali, manakala 3 orang lelaki tadi di hadapannya.

Pening kepala Maisarah membuatkan dia terpejam mata.

'Aduh dah kenapa pulak kepala aku ni.'

Ting!

Sekali lagi lif berbunyi menandakan mereka sudah sampai di aras bawah sekali.

Pintu lif dibuka. Maisarah ingin menapak keluar namun langkahnya terhenti apabila lelaki di depannya tak bergerak lagi.

Pening kepalanya datang semula. Terpejam mata Maisarah dengan sakit kepala itu. Dia terasa lain macam.

"Um encik..?"

Lelaki itu tidak menyahut sebaliknga masih tegak berdiri. Dah kenapa pula ini.

Disebabkan sakit kepala, Maisarah sudah tidak peduli lagi dengan lelaki itu. Dia ternampak hantu ke, ternampak beruk ke, Maisarah nak balik!

Maisarah terus meluru keluar dari lif itu. Disebabkan badan lelaki itu sasa dan jauh lebih besar darinya, dia terpaksa tolak sedikit lelaki itu.

Langkahnya dibawa laju. Sakit kaki sebab pakai kasut tumit tidak dihiraukan lagi. Pasti kaki dia merah-merah nanti.

Pandangannya mula berpinar-pinar. Dapat dia dengar bunyi derapan tapak kaki tapi dia ingat itu imaginasinya saja.

Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangan. Terkial-kial tangannya hendak menekan punat kunci kereta itu.

Malangnya nasib, boleh terjatuh pula kunci dari tangan. Badannya dibongkokkan. Sakit kepalanya mula menjadi-jadi.

Disebabkan badan tidak stabil, akhirnya Maisarah jatuh. Badannya hampir mencium lantai tetapi dia rasakan ada satu tangan kekar menyambutnya sebelum dia jatuh.

Lama kelamaan pandangannya gelap dan dia rebah tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience