Bab 9

Romance Series 5917

MUNCUNGNYA depan sedepa manakala orang di depannya pula tersenyum bangga.

Dengan tidak bersalahnya, Adrian memotong kepingan daging yang lembut itu lalu disuakan ke dalam mulut. Sengaja dia pejamkan mata, berpura-pura menikmati.

Makanan di situ memang sedap, tak dapat dinafikan tetapi Maisarah tidak dapat menikmati dengan baik kalau manusia di depannya itu bernama Adrian Mateen.

Lelaki itu tidak pernah mengenalkan dirinya tetapi Maisarah sendiri dapat tahu. Dia mendengar desas-desus pekerja lain sewaktu mereka keluar dari pejabat.

Adrian Mateen. Pemilik hotel La Paradise yang mewah dan sememangnya terkenal di seluruh Malaysia. Bukan calang-calang orang yang menginap di situ.

“Why? Makanan tak sedap ke? Kalau tak, kita boleh pergi tempat lain sweetheart.” lembut sahaja suara dia.

Adrian meletakkan sudu dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada Maisarah. Dia tahu Maisarah tidak selesa.

Maisarah tersenyum palsu.

“Tak lah encik. Makanan okay je cuma saya yang tak ada selera.”

Mana mungkin dia ada selera. Nak tahu bagaimana dia boleh berada di kedai makan bersama Adrian? Ini semua gara-gara ugutan lelaki itu.

Rupa-rupanya Adrian sudah lama berada di luar pintu sewaktu Aqil datang menjenguk Maisarah. Apa yang paling menjengkelkan adalah Adrian mengambil gambar mereka.

Katanya kalau Maisarah tidak mahu keluar makan bersama dia, dia akan beri gambar Aqil mahu memeluk Maisarah kepada Rafael.

Nak tak nak, kena terima juga lah. Nanti apa pula kata Rafael. Buat benda tidak senonoh dalam syarikatnya. Kalau nak jelaskan pun, gambar itu memang nampak intim. Nasib kau lah Maisarah.

Adrian menongkat dagu menggunakan kedua belah tangan yang berada di atas meja. Dia memandang Maisarah yang menyedut air strawberry menggunakan straw itu.

“I haven't introduce myself yet, nama aku Adrian Mateen Bin Zulkifli Mateen. 30. I'm single so you don't have to worry.”

Risau? Apa yang nak dirisaukannya? Maisarah berhenti menyedut minuman itu seketika.

“Saya tahu siapa awak. Pemilik La Paradise. Kegilaan semua perempuan. Konon.” sarkastik. Walaupun perkataan terakhir nya perlahan, cukup untuk Adrian dengar.

Adrian tergelak kecil. Tak apa, dia suka.

Adrian mendekatkan badannya dengan Maisarah yang duduk bertentangan dengan dia itu. Maisarah kembali menyedut minuman, menunggu bait bicara Adrian.

“Now that you've already know me, let's skip the part where we pretend that we don't know what I want.” suara Adrian yang lembut tadi berubah serius.

Maisarah mengangkat kening tanda ‘apa?’

“I want you, sweetheart.” tegas, jelas dan tepat.

Pfffft!

Tersembur air keluar dari mulut Maisarah. Tiba-tiba terasa perutnya seperti nak tergelak, mulut pula seperti nak ungkapkan sesuatu tetapi ada air. Automatik itu semua menghasilkan tali leher Adrian Mateen, pemilik hotel La Paradise menjadi serapan air strawberi.

Maisarah menutup mulutnya manakala Adrian pula tercengang. Dapat dia lihat ada satu pasangan yang berada tidak jauh dari mereka memandang. Nasib baik tak ramai.

“Ya Allah, Adrian! Sorry saya terkejut. Sorry sorry.” hilang sudah panggilan encik dan berganti dengan kekalutan Maisarah mengambil tisu.

Tisu itu dilekapkan ke tali leher Adrian. Tak mendatangkan kesan pun, tapi mencuba saja lah.

Adrian menolak dinding pipi dengan menggunakan lidah. Wajah Maisarah dipandangnya.

“It's okay sweetheart. Kau buat macam tu dia tak akan hilang pun.”

Maisarah memandang anak mata Adrian yang sememangnya merenung dia.

Maisarah tersengih bersalah.

“Tapi..betul saya tak ada niat nak kotorkan tali leher awak. Sorry..”

Ini satu habit buat Maisarah. Benci macam mana pun terhadap sesiapa, tapi kalau dia dah buat salah memang dia akan minta maaf betul-betul.

Tengok lah macam sekarang. Sekali dengan pakej muka comel walaupun dia sebenarnya buat riak bersalah.

Adrian tergelak kecil. Alahai comel lah pulak. Baru dia terfikir hendak menggunakan tali leher itu sebagai peluang untuk mengumpan Maisarah agar lebih dekat dengannya.

Tapi kalau dah muka macam tu, mulut dia sendiri pun tak reti duduk diam. Asyik nak senyum saja.

“Tak apa, sweetheart.” Adrian menolak lembut tangan Maisarah yang masih cuba hendak menghilangkan kesan kotor itu.

Adrian menarik tali lehernya sehingga lubang itu menjadi besar. Tali leher ditarik keluar dari batang lehernya.

Dua butang baju kemeja di atas turut dibuka.

Maisarah ralit memerhatikan tingkah laku lekaki itu. Dengan kemeja putihnya dan kot hitam, kulit tan milik lelaki itu, rambut lurus yang disinding rapi ke tepi.

Alamak seksi lah pula dia tengok lama lama. Boleh kejung mata dekat situ. Dia mahu alihkan pandangannya namun tidak pula mata dia beralih.

“Ehem.” suara Adrian berdehen jugalah yang membantu dia mengalihkan mata.

Terpinga-pinga Maisarah memandang Adrian kemudian memandang tempat lain dan memandang Adrian semula.

Adrian tergelak kecil. Ya Allah why is she so cute?

“Are you done?”

“Hah? Oh saya dah habis makan dah. Awak nak balik dah ke?”

“No sweetheart. I mean are you done staring at me? Because I can't send you back if you're not done staring at my handsome face.”

Amboi kau ni Jamal. Menjadi-jadi ye. Maisarah menjulingkan matanya.

“Perasan.”

Boleh pula lelaki itu bantai gelak mendengar jawapan Maisarah.

“Tak apa lah kalau kau belum habis lagi tenung aku. Kita balik sekarang pun boleh. Sekurang-kurangnya boleh lah kita berjumpa lagi.”

Terus berkerut dahi Maisarah mendengar kata-kata Adrian. Buat apa dia nak jumpa lagi?

“Jumpa? Buat apa?”

Adrian tersenyum sinis. Dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah kerusi Maisarah.

Maisarah sudah tidak senang duduk apabila lelaki itu menunduk dan mendekatkan badannya dengan Maisarah.

Sebelah tangan lelaki itu memegang kepala kerusi Maisarah manakala sebelah lagi memegang tempat merehatkan tangan di kerusi itu.

Jarak mereka begitu dekat hingga Maisarah dapat rasa hembusan nafas hangat Adrian.

Pendek kata, Adrian mengepung badan kecil Maisarah dengan kedua belah tangannya.

“Adrian apa ni, sana lah.”

Tidak mengendahkan kata-kata Maisarah, Adrian mendekatkan bibirnya dengan telinga Maisarah. Terpejam mata gadis itu kerana jarak mereka yang terlalu dekat.

“Kita boleh berjumpa lagi supaya kau boleh tenung aku puas-puas sweetheart.”

Keras kejung terus badannya apabila Adrian berbisik seperti itu. Adrian simpan senyum melihat reaksi Maisarah. Muncul satu idea dalam kepalanya.

“Bak fon kau.”

Berkerut dahi Maisarah. Amboi minta telefon orang pula.

“Buat apa?”

“Cit bak je lah. Kalau tak aku tak nak beralih.” Adrian mendekatkan lagi jarak mereka berdua.

Jantung Maisarah apa lagi. Memang bekerja keras lah. Malu lah macam ni abang Adrian!

“Ish ye lah, ye lah. Sana sikit.” tidak betah dia dekat dengan Adrian lama-lama. Boleh kena strok. Beg tangan di buka lalu telefon miliknya disuakan kepada lelaki itu.

Dapat dia lihat Adrian membuat sesuatu dalam telefon itu. Seketika kemudian fon disuakan kembali kepada Maisarah.

“Awak buat apa?”

“Jom balik. Nanti staff aku tercari-cari bos handsome diaorang macam mana?” soalan Maisarah dibiarkan tidak berjawab tetapi dia boleh pula puji diri sendiri.

Rasa nak muntah, tapi tahan. Rasa nak muntah, tapi tahan.

Maisarah memandang Adrian yang berlalu pergi itu. Cepat-cepat dia menggalas beg di lengan kanan lalu mengikuti langkah lelaki itu.

Kaki dah lah panjang macam galah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience