Bab 3

Romance Series 5917

"YOU see, I ada kereta Audi, Honda-"

"Adam!"

Adam berdecit. Baru je nak mengurat gadis cantik, si Rizq ni menyibuk!

Dengan sebalnya, Adam menjawab.

"Ha ye kenapa?"

Gadis-gadis tadi sudah beransur pergi sebaik sahaja Rizq mendekati Adam.

"Ad dah masuk office belum?"

Adam angkat bahu. "Tak tahu."

Pap!

Jawabnya kepala dia makan penampar Rizq.

"Aik?"

"Sebal. Apa je kau tahu?"

"Lah habistu kenapa tanya aku?"

Rizq berdecit. Adam memang tak boleh pakai selain daripada muka sahaja. Otak dekat awan.

Perbualan mereka terhenti saat receptionist di hadapan mereka tiba-tiba menunduk ke arah belakang mereka.

Lantas mereka menoleh dan itu dia. Adrian Mateen bin Khairul Mateen membuat grand entrance. As always.

Rizq dan Adam terus mendapatkan kawannya.

"Ad, asal lewat?"

"Aku tidur nyenyak malam tadi." balas Adrian seraya tersenyum manis. Dia berlalu pergi ke arah lif.

Sapaan semua pekerjanya dibalas dengan senyuman ramah. Wajah pelik pekerjanya tidak dihiraukan.

Rizq dan Adam sudah berpandangan antara satu sama lain.

"Tu Ad kan?"

Rizq hanya mengangguk tetapi tak percaya.

Lantas Adam tarik tangan Rizq untuk pergi ke arah lif.

"Jom check sikit kawan kita tu. Kot kot kena nasi kangkang ke."

Sampai saja di depan pintu pejabat Adrian, mereka terus masuk tanpa salam.

"Oh hi..ada apa-apa ke korang ni hm?" sama seperti tadi, Adrian tersenyum ramah.

"Kau ni kenapa?"

"Tah, kau ni sihat ke tak?"

Adrian tayang muka blur.

"Eh aku sihat lah. Kenapa?"

"Kenapa happy semacam?"

"Lah happy pun salah." balas Adam selamba. Baginya tiada apa yang pelik pun.

Rizq dan Adam menapak dekat ke meja Adrian. Mata Adam jatuh di pergelangan tangan Adrian. Terus berkerut wajahnya.

"What the hell dude?" lancar saja ayat itu keluar dari mulut Adam.

Rizq yang dengar Adam mencarut terus menoleh ke arah tangan Adrian juga. Wajahnya berkerut juga.

"Ad, getah rambut budak mana kau curi ni?"

Mereka membelek getah rambut berwarna pink di tangan Adrian. Gila apa lelaki beku ni ada getah pink.

Adrian terus menepis tangan mereka. Rimas lah pulak.

"Adalah.. dah pergi jauh-jauh sana. Kacau je aku nak buat kerja."

Adam dan Rizq memandang satu sama lain. Sah! Memang lelaki ni kena nasi kangkang.

Maisarah memusingkan badannya ke kiri dan kanan. Bantal yang menjadi tempat rehat kepalanya ditepuk-tepuk.

Dia sudah minta cuti 1 minggu. Rafael agak pelik kenapa PA nya tiba-tiba minta cuti lama. Sebelum ini tidak pernah pun. Apa nak jadi, jadi lah.

Otaknya masih ligat berfikir. Siapakah lelaki itu. Macam mana dia boleh ada sewaktu dia pengsan?

Ah! Lantak lah.

Maisarah bangun dari baringnya dan keluar ke dapur.

Kabinet dibuka dan pek necsafe menjadi pilihannya. Serbuk dituang dalam mug dan kemudiannya air panas dibancuh.

Dia biarkan dahulu air itu di atas meja.

Bzzz bzzz!

Fon Maisarah bergetar menandakan ada mesej masuk. Terus tangannya seluk poket dan ambil telefon.

Mama- Sent you a location.

"Aik. Location apa pulak mama hantar ni?"

Belum sempat Maisarah hendak tekan lokasi itu, ibunya sudah hantar mesej lagi satu.

Mama- Mana tahu Maisarah sebenarnya dah hilang ingatan. Lupa ke alamat rumah mama. Ha ni mama send location.

Mak aih mak dia ni. Terhambur tawa Maisarah.

Maisarah- HAHAHAH ISH MAMA NI!

Maisarah- Orang baru je mintak cuti. Tahu-tahu je Maisarah nak balik.

Mama- Eleh. Yeye lah kau.

Mama- Balik, jangan tak balik! Dah mama nak pergi jemur kain. Ingat tau balik!

Sebentar kemudian, tanda 'online' di nombor ibunya sudah hilang. Pasti wanita itu pergi jemur kain.

Maisarah menggeleng kecil. Dah alang-alang minta cuti. Boleh lah tu pergi melawat kampung. Lagipun dia memang mahu lari dari bandar ini seketika.

Maisarah mencapai kembali mug nya tadi. Air panas itu ditiup.

Bzzz bzzz!

Baru sahaja dia ingin hirup air itu, satu lagi mesej masuk dalam telefonnya.

Unknown number- Had your fun last night? xoxo.

Berkerut dahi Maisarah menerima mesej sebegitu rupa. Siapa lah yang berani beri mesej sebegini.

Tanpa sedar, Maisarah mencengkam pemegang mug itu dengan kuat. Rasa bercampur baur. Geram, marah, sedih dan takut.

Siapakah gerangan yang menghantarnya mesej sebegitu? Adakah lelaki malam tadi?

Kalau ya, memang lelaki itu tak guna. Sudah lah mengambil kesempatan ke atas dirinya yang mabuk. Kemudian hantar mesej sebegitu rupa pula, seolah-olah dia tu perempuan murah.

Dengusan kasar dilepaskan.

"Huh! Aku harap orang yang mabukkan aku tu tertelan tahi burung campur tahi kuda!"

Ya. Marahnya lebih kepada orang yang sengaja mabukkan dia. Nak kata birthday party ada arak, memang tak lah sebab rata-rata pekerja di syarikat itu semuanya Islam. Kalau ada yang beragama lain, mereka semua ramah sahaja dan hormat agama Islam. Sama seperti kita hormat agama mereka.

Jadi, tidak ada pun mereka hidangkan arak di majlis tersebut, which means tak ada istilah 'tersilap minum air'.

Terang lagi bersuluh ada orang memang berniat jahat terhadapnya dan dia memang marah terhadap orang yang berbuat sebegitu.

Dan Maisarah tidak salahkan lelaki yang tidur dengannya pada malam kejadian itu. Dia mabuk tak sedarkan diri. Lelaki itu pula, lelaki. Jadi macam tu lah. Anggap itu hanyalah one night stand yang terjadi tanpa niat.

Tidak mahu menambah dosa mencarut, Maisarah segera habiskan minumannya. Kemudian langkah dibawa kembali dalam bilik. Tuala mandi dicapai dan seterusnya dia membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience