BAB 4

Romance Completed 814

“Kau kenapa pulak? Tadi pagi punya seronok. Petang dah masam muka pulak!
Apahal ni?” ujar Safa.

Zainora tidak menjawab. Pandangannya masih memandang keluar jendela. Harris
masih menganggu fikirannya sejak tadi.

“Zai , kau ni. Kita orang semua tengah syok-syok ni baru lepas jumpa
jejaka-jejaka kacak tadi! Kau pulak buat muka. Dari balik dewan tadi.
Kenapa? Salah sorang lelaki tu dah pukau kau eh? Kau dah jatuh cinta
kan?” usik Mawar pula.

“Betul dugaan aku. Aku suka-suka pagi tadi, sekarang dah macam ni. Tak
ada apalah. Aku letih aje,” balas Zainora yang masih berkerut dahi.

“Ok, ok. Untuk release tension, jom pergi makan. Aku laparlah. Jom
girls!” ajak Safa.

“Jom!” Sophia dan Julai serentak bersuara. Namun Zainora masih dengan
perasaannya.

“Korang pergilah. Aku letih, nak tidur. Malam nanti kita borak lagi ok.
Kita borak pasal Sophia , roommate baru!” ujar Zainora yang cuba
menyembunyikan susah hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience