BAB 11

Romance Completed 814

Zainora menghempas pintu bilik. Mawar , Safa dan Sophia tidak mahu
bersuara. Mereka takut mereka pula yang akan jadi mangsa kemarahan Zainora .

Masing-masing duduk dan membuat hal sendiri di katil masing-masing.
Sesekali memandang Zainora , muka gadis itu masih merah dalam keadaan
kemarahan.

Tiba-tiba suara Zainora kedengaran serak. Apabila mereka mendekati Zainora ,
gadis itu sedang menangis.

“Err Zainora , kenapa ni? Ish, janganlah nangis. Kenapa ni Zai ?”

“Aku ke yang teruk? Aku yang salah ke?” tangis Zainora teresak-esak.

“Tak, tak. Kau tak salah! Dia yang salah! Dahlah, jangan menangis.
Janganlah macam ni.”

“Aku dah minta maaf kan? Dia tak maafkan pun salah aku ke? Aku ni memang
kawan tak guna ke? Korang pun anggap aku kawan tak guna ke?”

“Cuba kau cerita betul-betul. Kau ada masalah apa dengan Harris ? Teruk
gila korang bertekak tadi?”

“Kalau kau nak tahu dialah lelaki yang aku cerita masa camping dulu.”

“Lelaki masa camping? Kau cerita apa eh?” soal Safa yang masih tidak faham.

“Sibuklah kau Fa!” teriak Mawar pula.

“Maksud kau, lelaki tu Harris ? Harris lelaki yang yang cerita tu?” celah
Sophia pula.

-----------------------------------------------------

Khalish dan Jamal duduk berhadapan dengan Harris walaupun dia tahu lelaki
itu masih dalam keadaan marah. Mereka masih menunggu jawapan dari Harris
sendiri.

“Apasal kau diam? Jawablah!” gesa Azri. Jamal sekadar mendengar saja.

“Tak ada apa yang nak aku ceritakan pada korang. Baik korang pergilah.”

“Apa yang susah sangat nak jawab. Aku cuma tanya betul ke kau kenal
Zainora tu dari sekolah, dan kenapa tak pernah bagitahu?”

“Aku cakap tak ada apa, tak adalah! Yang kau beria sangat nak tahu
apahal? Kau siapa dia?” Harris mula membentak.

Khalish juga tidak mahu kalah. Dia berdiri apabila Harris mula meninggikan
suara.

“Aku suka dia! kalau korang kawan lama, maknanya kau tahu banyak pasal
dia. aku cuma nak tahu je. Dan aku pun nak tahu apa hubungan korang
sampai korang gaduh teruk sangat? Dia tu ex girlfrend kau ke?”

Harris bingkas berdiri dan memandang tepat ke mata Azri. Ada riak geram
di wajahnya. Namun dia tidak mahu mengasari sahabatnya sendiri hanya
kerana seorang gadis.

“Korang ni dahlah! Apahal sampai nak gaduh pulak ni?” celah Jamal
apabila melihat keadaan mereka semakin tegang.

“Dia bukan girlfriend atau ex aku. Dia bukan sesiapa aku,” balas Harris
yang mulai lembut.

Harris segera melangkah pergi meninggalkan Khalish dan Jamal. Namun dia
berhenti sebaik berada 5 meter di hadapan mereka berdua. Harris menoleh.

“Tapi aku sayangkan dia. Lebih dari seorang kawan. Dari dulu sampai hari
ni, aku cintakan dia. Hanya dia. Sorry.”

Harris terus beredar. Khalish dan Jamal sama sekali tidak menduga kata-kata
Harris . Padahal sebelum ini Harris tidak pernah menunjukkan tanda-tanda
bahawa dia mengenali Zainora .

“Kenapa dia tak pernah bagitahu? Selama aku cakap aku suka Zainora , dia
fikir apa? Kenapa baru sekarang?” desir Azri. Jamal tidak bersuara. Dia
masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan Harris tadi.

Harris yang masih tegang terus menuju ke perpustakaan. Di sana sajalah
baginya dapat mengurangkan beban fikirannya dan melupakan sejenak
pergaduhan besarnya dengan Zainora .

“Sepatutnya aku kena kawal emosi tadi. Aku tak patut marah dia macam
tu,” bisiknya sendiri.

Harris menuju ke meja yang berada paling hujung perpustakaan. Dia ingin
bersendirian untuk masa ini. Sebaik melabuhkan punggung, dia menekup
wajahnya di atas meja. Sukar baginya meluahkan kesedihan di hadapan
semua orang. dia tidak mahu kelihatan lemah apalagi di hadapan Zainora .

“Maafkan aku Zai . Maafkan aku!”

Hatinya terus meraung sepi. Dia benar-benar kesal sudah memarahai gadis
yang paling dicintainya. Sakit jiwanya apabila harus menengking Zainora .

“Harris ...”

Kedengaran satu suara menegurnya. Harris mengangkat mukanya. Sophia
kelihatan sedang berdiri di hadapan mejanya.

“Boleh saya duduk?” soal Sophia perlahan. Gadis itu juga khuatir
kalau-kalau Harris akan memarahinya pula.

“Duduklah,” balas Harris ringkas. Dia mengusap matanya yang sudah berkaca
tanpa dia sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience