BAB 10

Romance Completed 814

Zainora dan Sophia mengangkat piring-piring kertas ke atas meja kayu yang
mereka bina kelmarin. Usai sarapan mereka akan bertolak pulang ke
universiti.

“Zai , aku hantar roti kat sana eh. Kau tolong Kak Era tu buat air. Nanti
aku datang,” ujar Sophia . Zainora setuju.

Sophia terus menuju ke arah penuntut lelaki dan menghulurkan makanan
untuk mereka.

“Nah, korang! Breakfast! Abang Khai suruh cepat kemas lepas ni nak terus
balik.”

“Ok, thank you Yana. So nice of you,” balas Jamal nakal. Lelaki itu
turut mengenyit matanya. Menyampah Sophia dibuatnya!

Sebaik Sophia menoleh, dia tidak sengaja terlanggar Harris dari belakang.
Sophia terseliuh dan hampir terjatuh. Mujurlah Harris sempat menyambut
Sophia .

Semasa dia dibantu Harris , hatinya berdegup laju. Dia dapat merasakan
sesuatu yang aneh. Sesuatu yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.

“Err Yana. Ok tak?” soal Harris sebaik Sophia dapat berdiri stabil semula.

“Ok, ok. Saya ok.”

“Baguslah. Baik-baik ok,” Harris beredar.

“Ris...” panggil Sophia . Harris menoleh. Entah mengapa pandangan Harris
benar-benar menusuk hingga ke hati gadis itu. Harris betul-betul
memandang tepat ke mata Sophia .

“Kenapa Yana?” soal Harris . Sophia tersneyum.

“Terima kasih ya.”

Harris membalas senyuman gadis itu seraya membalas, “Sama-sama. Tak ada
hal lah.”

Hati Sophia melonjak gembira. Rasa sakit kakinya yang terseliuh umpama
hilang. Sehingga pulang ke universiti Sophia masih senyum-senyum sendiri
dan mengingati Harris yang telah membuatnya jatuh cinta.

“Hoi!” terjah Safa yang duduk bersebelahan Sophia di dalam bas. “Yang
kau ni dari tadi sengih sorang-sorang ni apahal? Angau eh?”

“Ish, mana ada! Aku senyum sebab aku gembira. Happy sangat!”

“Yalah! Happy kenapa cik akak hoi? Dengan kawan sendiri pun tak nak
cerita?” balas Mawar yang berada di belakang tempat duduk mereka. Zainora
yang berada di sebelah Mawar turut mencelah.

“Betul, betul. Ceritalah dengan kita orang! Ha... Sophia ingat pakwe
tak?!” ujar Zainora .

Mawar dan Safa pantas bersorak. Hampir semua penuntut yang menaiki bas
bersama mereka memandang gadis-gadis itu.

Sophia menggeleng-geleng sambil tersenyum malu. “Ok, ok. Malam nanti
sebelum tidur aku cerita kat korang ok.”

5 BULAN KEMUDIANà

“Harris , kau tolong Zainora angkat kotak-kotak tu? Letak bawah meja tu,”
arah salah seorang senior ketika semua ahli kelab sedang
bergotong-royong mengemas bilik kelab mereka sempena Hari Alam Sekitar
yang akan disambut minggu depan.

Harris mengangkat beberapa buah kotak berisi kain rentang untuk
diletakkan di bawah meja. Zainora pula sedang menyap di bahagian bawah
meja. Harris terus menghampiri gadis itu untuk meletakkan kotak-kotak itu.

“Jangan letak sini. Tepi dulu. Tengah nak sapu,” ujar Zainora .

Namun, Harris tidak mengendahkan kata-kata Zainora . Dia terus menolak masuk
kotak-kotak itu ke bawah meja.

“Kau tak faham ke aku cakap? Letak sana dululah. Aku nak sapu,” desir
Zainora Harris masih berdegil.

“Harris !” teriak Zainora .

“Apa? Apahal kau ni?”

“Kau tak faham ke apa ha? Aku cakap tengah sapu kan? Pekak ke apa?!”

“Buat apa aku nak dengar cakap kau! Abang Am suruh aku letak bawah meja,
aku letaklah. Kau nak sapu kau punya pasallah!”

“Masalahnya sekarang, aku tengah menyapu! Buta ke apa? Kau memang dari
dulu tak pernah berubah asyik dengan cakap kau aje!!!”

Mereka mula bergeduh sesama sendiri. Ahli-ahli yang lain tidak
diendahkan. Semua yang berada di situ menyaksikan pergaduhan yang mereka
tidak tahu mengapa.

“Tak payah nak cakapkan akulah! Kau pun sama! Asyik kau aje yang rasa
betul kan. Dulu pun m,acam tu, kau buat salah bila mintak maaf kau
harapkan orang maafkan kau! Kau tahu ke macam mana aku punya malu! Ada
kau nak faham?!!!”

“Kau yang ego! Memang aku salah sebab gelakkan kau sekali tapi aku dah
minta maaf kan! Aku pun ngaku memang aku yang salah tapi apa kau buat?
Kau cakap aku ni kawan tak guna! Habis kau tu, lelaki ego yang tak reti
maafkan kawan sendiri tu berguna sangatlah!!!”

“Seorang kawan takkan buat macam apa yang kau buat pada aku! Kalau kau
anggap aku kawan sepatutnya kau bela aku bukan kau gelakkan sekali! Aku
bengang kau tahu tak!!!”

“ya, aku tahu aku salah! Aku tahu!!! Tapi aku minta maafkan! Lagipun apa
yang kau nak bengang sangat? Dia orang cuma ketawakan kau aje effectnya
sejam pun tak sampai tapi kau... hanya kerana benda kecil macam tu kau
benci aku seumur hidup!”

“Habis tu kau expect kau cerita dekat dia orang masa camp tu aku
tersentuh hati lah! Lepas tu maafkan kau! Tak ada maknanya!”

“So what!!! Lantak kaulah! Aku dah buat apa sepatutnya! Aku dah mengaku
dan aku nak rendahkan diri aku minta maaf dekat kau yang sombong gila!!!
So sama ada kau maafkan atau tak, itu masalah kau! Kau ada otak,
fikirlah sendiri!”

Kedua-dua mereka ingin beredar namun langkah mereka terhenti sebaik
menoleh dan melihat semua orang yang berada di situ sedang melihat
pergaduhan mereka. Masing-masing agak keliru dengan Zainora dan Harris .

“Apasal tengok?! Free show ke?” bentak Harris dan terus beredar
meninggalkan semua orang di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience