BAB 13

Romance Completed 814

“Zainora , aku sebenarnya...”

Belum sempat Harris meneruskan kata-katanya, telefon bimbit Zainora
berdering. Harris berdiam sementara Zainora menjawab panggilannya.

Zainora kelihatan serius ketika bercakap di talian. Sebaik mematikan
talian, Zainora terus beredar.

Harris segera menarik lengan Zainora . Dia perlu menjelaskan kepada gadis
itu malam ini juga. “Zainora , aku nak cakap dulu. Tolong dengar.”

“Sorry Harris . Aku kena balik bilik. Sophia pengsan. Kalau penting, kita
cakap esok aje.”

Zainora melepaskan pegangan Harris dan terus beredar.

---------------------------------------------

Harris , Khalish dan Jamal baru tiba di hospital. Mereka terus menuju ke aras
empat di mana Sophia dirawat akibat pengsan semalam. Menurut Safa,
Sophia mencuba untuk bunuh diri malam semalam.

Setibanya di bilik rawatan Sophia , mereka bertiga melihat Sophia sedang
berbaring di atas katil. Safa dan Zainora sedang menemani gadis itu.

“Mana Mawar ?” tanya Khalish apabila melihat hanya ada Safa dan Zainora saja.

“Beli makanan,” balas Zainora ringkas. Dia terus membangunkan Sophia .
“Yana, dia orang datang nak melawat kau. Bangunlah.”

Sophia membuka matanya yang sembap. Sekeliling matanya sudah bengkak.
Sebaik melihat Harris ada di situ, dia mula menangis.

“Boleh korang tinggalkan Harris dengan aku kejap?” pinta Sophia . Mereka
semua agak terkejut dengan permintaan gadis itu.

Semua orang meninggalkan bilik rawatan Sophia . Pintu ditutup dan Harris
menghampiri gadis itu. Sophia bangun dan duduk.

“Kenapa buat macam ni?” soal Harris lembut. Sophia semakin galak menangis.

“Harris , saya cintakan awak.”

Harris benar-benar terkeju dengan kata-kata gadis itu. dia sama sekali
tidak emnyangka Sophia memendam perasaan terhadapa dirinya

“Saya cintakan awak tapi saya tahu awak tak cintakan saya. Saya pun tak
tahu kenapa saya boleh bertindak sampai macam ni, fikiran saya kosong
malam tadi. Saya tak boleh fikir! Saya...”

Harris terus menggenggam jari jemari Sophia . Sophia terdiam. Air matanya
terus berlinangan tetapi segera dikesat oleh Harris .

“Kenapa awak tak bagitahu?” soal Harris lembut.

“Apa guna saya bagitahu awak? Sedangkan saya tahu awak encintai orang lain.”

Harris diam. Dia menyesal Sophia sanggup bertindak nekad kerana dirinya.
Sophia melepaskan tangan Harris dan mengusap air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience