BAB 9

Romance Completed 814

Akhirnya setelah dua minggu dipujuk dan didesak, Zainora dan Harris
mengalah. Mereka terpaksa mengikuti perkhemahan itu.

Setibanya di tapak perkhemahan, semua penuntut diarahkan untuk
mendirikan khemah masing-masing yang dibawa dari universiti. Lokasi yang
mereka pilih adalah di sebuah perkampungan. Mereka mendirikan khemah di
seberanmg sungai supaya mudah mendapatkan sumber air tambahan.

Usai makan tengahari, mereka memulakan pertandingan mengutip sampah
paling banyak. Peserta yang memperolehi sampah terbanyak akan memenangi
pertandingan itu. penuntut senior dibahagikan kepada dua kumpulan begitu
juga dengan junior yang mana kesemuanya ialah empat kumpulan.

Tanpa diduga, Sophia , Zainora dan Harris dan Khalish berada di dalam kumpulan
yang sama.

“Hai,” sapa Khalish sebaik mereka berkumpul dalam kumpulan masing-masing.
Zainora hanya tersenyum.

“Tak sangka pulak dapat sekumpulan dengan awak. Untungnya saya ni kan,”
sambung Azri.

“Apa yang untungnya?” balas Zainora selamba. Khalish tersengih.

“Yalah, saya bertuah sangat sebab diletakkan dalam satu kumpulan dengan
awak. Memang saya nak selalu ada dengan awak.”

Zainora mula tidak selesa. Nampaknya Zainora mula menyedari cara Azri
mendekatinya. Khalish sudah terpikat dengannya.

“Oh ya ke?” Zainora tidak terlalu melayani kata-kata Azri. Malah kata-kata
Khalish membuatkan dia teringat kepada seseorang. Ya! Harris !

Dia teringat bagaimana sewaktu di tingkatan 3 mereka sering ditempatkan
bersebelahan semasa peperiksaan.

‘Beruntung aku duduk sebelah budak pandai...’

Itulah kata-kata yang selalu diucap oleh Harris apabila mereka
ditempatkan bersama. Zainora tersenyum sendiri apabila mengenang Harris .
Dia masih berharap Harris akan kembali seperti dulu.

“Zai ? Zai ?”

Zainora tersentak. Lamunannya terhenti sebaik Khalish bersuara.

“Ha?! Apa Azri?”

“Awak tu kenapa senyum-senyum sendiri? Awak pun suka eh ada dengan saya
selalu? Maknanya saya ni tak bertepuk sebelah tangan kan?”

Zainora mencebik. Geram pula dia dengan Khalish yang kuat perasan itu.

“Ish! Merepek seh! Perasan. Dahlah, malas layan awak. Bye!”

-------------------------------------------

Mereka semua duduk membelakangi unggun api. Acara waktu malam adalah
santai di mana mereka semua saling berkenalan dan berbual-bual kosong.

“Topik malam ni... apa best eh? Hmmm... ha! Zaman sekolah,” ujar
pengerusi kelab. Mereka semua bersorak. “Korang yang junior ni pun baru
je tinggalkan zaman sekolah kan. Mesti ingat lagi kenangan-kenangan yang
best kat sekolah. Kita orang yang dah empat lima tahun tinggalkan pun
masih ingat.

“Ok, macam ni. Kita pilih aje mana yang kita nak mula dulu. Pilih sorang
demi sorang.”

Tiba-tiba Mawar berteriak, “Zainora ! Zainora !”

Zainora tersentak. Apa yang hendak dia ceritakan tentang zaman
persekolahannya. Tiada apa yang menarik.

“Ok, Zainora . You may start now.”

“Hmm... cerita apa?”

“Anything about your school. Your teachers, your friends. Or maybe your
boyfriend.”

Semua bersorak lagi. Zainora memandang Harris . Hanya lelaki iu yang
mengetahui kisah persekolahannya di antara yang lain.

“Saya nakl share tentang seorang kawan saya. Dia baik dan mudah
tersenyum. Dia selalu ketawa sama-sama saya, buat kerja, borak-borak.
Tapi tiba-tiba dia berubah.”

“Berubah?” soal pengerusi kelab. Dia dan semua ahli seperti tertarik
mendengar cerita Zainora . “Berubah macam mana?”

“Saya cuma buat sikit kesalahan tapi dia benci saya seumur hidup. Bahkan
sampai sekarang. memang saya akui saya salah. Tapi saya dah mintak maaf
tapi apa dia cakap. Dia kata saya perempuan tak guna! Saya cuma buat
kesalahan yang hanya effect dia sekejap aje. Memang satu kelas ketawakan
dia tapi ia tak kekal. Esok-esok dah tak ada apa. Tapi kerana hal kecil
macam tu, dia benci saya dan mungkin dia anggap saya musuh dia seumur
hidup.”

Semua orang yang mendengar cerita itu mengeluh. Sepertinya mereka tidak
puas hati dengan tindakan lelaki yang diceritakan Zainora .

Harris dalam diam menyedari siapakah lelaki yang dimaksudkan Zainora .

“Mana lelaki tu sekarang?” tanya salah seorang senior. Mereka yang lain
juga turut ingin tahu.

“Dia masih ada. Jarak antara kami sangat dekat tapi kenyataannya jauh.
Dia terlalu bencikan saya hinggakan kami tak bertegur sejak kejadian tu.”

“Ok, ok. Permulaan cerita dah bad. So, Zainora ada kenangan manis ke
dengan lelaki tu?”

Zainora mengerling ke arah Harris . Lelaki itu juga sedang memerhati Zainora .

“Kami cukup rapat. Dia baik sangat sebelum ni. Tak ada sorang pun dari
kawan-kawan saya yang pernah puji saya macam dia. dia selalu puji saya
budak pandai, dia kata lukisan saya cantik padahal tak,” Zainora tergelak
kecil apabila mengenang detik-detik manis bersama Harris .

“Zainora masih harap yang dia akan berbaik semula dengan awak ke?” soal
salah seorang dari mereka lagi.

“Saya tak harapkan dia rapat semula dengan saya macam dulu. Saya sedar
keadaan dah ebrubah. Apa yang saya harap, dia akan maafkan kesalahan
saya dan kami berbaik semula. Saya cuma rindukan gelak tawa dia dengan
saya, saya rindu the way dia senyum kat saya. Saya rindu nak berbual
dengan dia.”

Harris mengalihkan pandangannya. Rasanya ingin saja dia bangkit dan
mendapatkan gadis itu. dia juga sangat merindukan Zainora . Namun,
keegoannya menidakkan segalanya. Tidak mungkin dia mahu memaluka dirinya
sendiri dengan menceritakan segalanya di hadapan semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience