BAB 6

Romance Completed 814

Zainora mengenakan cardigan dan melangkah keluar untuk membeli minuman
ringan di tingkat bawah.

Udara berangin malam ini membuat Zainora kedinginan. Sambil berjalan, dia
mengusap-usap lengannya. Perlahan mengatur langkah menuju ke mesin
minuman. Dari jarak dekat, Zainora dapat melihat bangunan asrama lelaki
yang berada berhadapan dengan bangunan asrama perempuan. Mesin minuman
berada di lorong pejalan kaki yang memisahkan bangunan asrama lelaki dan
perempuan.

“Harris .”

Nama itu tiba-tiba muncul di fikirannya. Sambil memasukkan syiling ke
dalam mesin, fikirannya melayang mengenangkan pertama kali Harris yang
tidak pernah mengasarinya serta-merta memarahinya hingga hubungan
persahabatan mereka terputus begitu saja.

Zainora mendapatkan Harris yang segera melangkah keluar untuk berehat dari
kelas setelah tamat peperiksaan. Dia benar-benar ingin meminta maaf atas
silapnya yang mentertawakan Harris dan bukan membantu lelaki itu.

“Ris, aku betul-betul mintak maaf. Aku tahu sepatutnya aku jelaskan pada
cikgu tapi aku...”

Harris segera memintas. “Kau tahu apa yang sepatutnya kau buat tapi, ada
kau buat ada yang sepatutnya? Kau ikut dia orang ketawakan aku! Baguslah
tu! Macam ni kawan aku, baguslah!” bentak Harris .

“Sebab tu aku mintak maaf. Kau nak aku buat apa biar kau tak marah
lagi?” kesal Zainora .

“Jangan ganggu aku! Pergi!” usir Harris yang masih geram.

“Tapi Ris...”

Sekali lagi Harris memintas dan tidak membenarkan Zainora bersuara.

“Kau tahu tak kau tu kawan tak guna! Tahu tak?! Hei perempuan, kau
diamlah!! Bingit tahu tak!”

Kata-kata Harris benar-benar mengguris hati Zainora . Sejak kejadian itum,
mereka langsung tidak pernah bertegur antara satu sama lain.

Hanya kerana perkara sekecil itu mereka menjadi dingin. Zainora yang
berusaha bersungguh-sungguh untuk meminta maaf sama sekali tidak
diendahkan. Malahan, Harris menghinanya.

Lamunan Zainora terhenti. Air tin mnuman yang keluar dari mesin itu
memeranjatkan Zainora . Dia mencapai air tin itu dan beredar.

Namun langkahnya terhenti apabila dia menoleh ke arah kanan untuk
kembali ke bilik, Harris sedang berjalan menuju ke mesin yang sama dari
asrama lelaki.

Zainora serba salah apabila Harris berhenti di pertengahan jalan sebaik
melihatnya. Zainora memberanikan diri untuk melewati Harris .

Mereka berjalan semula dan bertembung. Namun, masing-masing tidak
bertegur. Marah dan kekesalan masih memenuhi ruang hati mereka.
Pandangan mata juga dialihkan. Mereka seolah-olah tidak mempedulikan
satu sama lain.

-------------------------------------------------

“Kau pergi mana Zai ?” soal Safa sebaik Zainora membuka pintu bilik. Mawar
dan Sophia turut memandang Zainora yang bermasam muka.

“Aku beli air kat bawah. Korang tak tidur lagi? Kan dah lewat ni,” balas
Zainora seraya mengunci pintu bilik dan menuju ke katilnya yang dikongsi
dengan Mawar . Zainora memilih tingkat bawah kerana mudah baginya untuk bangun.

“Tadi kau cakap nak borak-borak pasal Sophia . Kita orang tunggu kau ni.
Jomlah,” ujar Safa.

Zainora berbaring. Air tin yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja
belajarnya.

“Aku tak sedap badanlah. Korang ajelah yang borak ok. Aku tidur dulu.
Good night korang!”

Zainora terus berpaling menghadap dinding dan melelapkan matanya. Dia
mengharapkan semasa bertemu dengan Harris tadi, lelaki itu akan
menegurnya dan meminta maaf kerana pernah mengasarinya. Namun, hampa.
Harris masih dengan egonya yang sentiasa merasa benar.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mata yang sedari tadi dipejam masih
belum lena. Harris masih mengganggu fikirannya. Zainora bergerak-gerak di
atas katil sedari jam 10 malam tadi.

Sophia tersedar dan menyedari sikap Zainora . Gadis itu duduk menghadap
katil Zainora . Mawar dan Safa sudah lena diulit mimpi.

“Zai ...” panggil Sophia . Zainora tersentak. Dikirakan siapa yang
menegurnya di waktu seperti ini.

“Err Yana. Tak tidur lagi.”

“Aku tahu kau ada msalah kan. Sikap kau berubah lepas dari dewan siang
tadi. Ada apa ke yang kat dewan tu? Ada orang yang ganggu kau ke?” soal
Sophia ingin tahu.

Zainora bingkas duduk emnghadapa Sophia .

“Aku dapat rasakan yang kau sembunyikan sesuatu dari kita bertiga. By
the way, kalau kau ada masalah, just share. Aku kan kawan kau, Zai ,”
sambung Sophia yang simpati melihat Zainora yang seperti orang tidak tenang.

“Aku ok cuma...” Zainora berhenti seketika. Lebih baik dia tidak
menceritakan tentang Harris kepada rakannya. Rakan-rakannya tidak perlu
tahu mereka saling kenal dan pernah mengalami maslaah hingga ke hari ini.

“Cuma apa?” soal Sophia .

Zainora menggeleng seraya berbaring semula.

“Oklah. Aku tak paksa kau untuk cerita. Whenever kau rasa nak share, aku
ada ok. You can trust on me. Oklah, aku sambung tidur. And kau pun
tidur, esok pagi ngantuk nanti. Dah ponteng kelas. Esok kan kelas
pertama aku aku nak pergi dengan korang semua,” ujar Sophia . Gadis itu
kembali berbaring.

“Thank you Yana.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience