BAB 2

Romance Completed 814

Kerusi di hadapannya semua sudah dipenuhi pelajar. Harris berjalan lagi
ke hadapan untuk mencari kalau-kalau masih ada kerusi yang kosong. Azri
dan Jamal mengikut saja langkah Harris mencari tempat duduk. Dewan kuliah
menjadi snagat bising meskipun terdapat tiga orang pensyarah di hadapan.
Mujur, Harris mendapat tempat duduk di bahagian tengah dewan. Cepat-cepat
tiga orang lelaki segak itu mendapatkannya sebelum diambil oleh pelajar
lain.

“Nasib baik dah dapat tempat duduk, Ris. Kalau tak duduk kat mana pun
tak tahulah. Kau tengok belakang tu, dah makin ramai orang,” rungut
Jamal. Harris ketawa saja.

“Aku tak tahu pulak dewan universiti macam dalam pawagam. Penuh gila
dengan manusia. Apalah nasib aku masuk universiti ni!” rungut Khalish pula.

“Inilah korang. Kalau dalam pawagam bersesak-sesak nak pulak. Ni nak
menuntut ilmu merungut-rungut. Apalah!” desis Harris memerli dua rakannya
itu.

Mata masing-masing meliar memandang sekeliling dewan yang besar itu.
terlalu bising hingga perlu meninggikan suara untuk bercakap.

Tiba-tiba Harris memandang satu susuk tubuh gadis yang sangat
dikenalinya. Dari sisi dia yakin gadis itu adalah rakannya dulu. Harris
tersenyum. Namun Zai tnya untuk menyapa dibatalkan apabila dia mengingati
satu peristiwa yang pernah berlaku antara mereka berdua.

“Aku tak nak ingat kau lagi! Tak nak!” teriak hati kecil lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience