BAB 5

Romance Completed 814

Harris berbaring sambil termenung. Wajah Zainora masih bermain di benaknya.
Kata-kata pujian Khalish terhadap Zainora sama sekali tidak diendahkan.

“Aku nak kenal dengan perempuan tu. Esok pagi-pagi aku nak cari dia, nak
kenal dia. aku nak tanya nama dia, nombor telefon dia. kalau sampai aku
dapat jadi boyfriend dia, korang nak bagi aku apa?” ujar Azri.

“Perempuan yang cantik tak semestinya baik, Ri.”

Tiba-tiba Harris bersuara. Jamal dan Khalish saling berpandangan.

“Dah lima jam, Ris. Baru sekarang aku dengar suara kau. Memang tak semua
perempuan cantik, baik. Tapi tak semua yang cantik tu tak baik. Dan aku
sangat yakin, perempuan tadi memang baik. Confirm punya!”

Harris diam semula. Dia terkenang kembali bagaimana dia mula bersikap
kasar dengan Zainora .

Suasana kelas yang senyap menambahkan kehangatan peperiksaan. Duduk
bersebelahan dengan Zainora ketika peperiksaan memang perkara yang selalu
diingini Harris . Gembira hatinya dapat sama-sama menjawab soalan dengan
gadis idamannya.

“Zai , Zai .”

Panggilan Harris yang seolah berbisik itu tidak diendahkan. Sebatang
pembaris yang dipinjam oleh Zainora masih belum dipulangkan. Harris yang
memerlukan pembaris memanggil Zainora namun gagal apabila Zainora tidak
mendengar suara lelaki itu.

“Zai !” Harris meninggikan suaranya sedikit. Namun malang tidak berbau.
Guru yang menjaga peperiksaan menyedari kejadian itu.

“Harris ! Apa kamu buat tu? Nak meniru ke?” bentak Pn. Sakinah. Harris
menjadi malu apabila seisi kelas memandangnya.

“Bukan, cikgu. Saya nak pembari dari Zai .”

“Apa? Kamu ni nak periksa tak ada pembaris sendiri ke? Kamu tahu kan ni
periksa mana boleh bersuara. Kamu boleh dikatakan meniru. Nak saya
gagalkan markah kamu? Pembaris pun tak ada. Pelajar apalah kamu ni?”

Sebaik Pn Sakinah beredar, Harris memandang Zainora yang sedang tersenyum
mentertawakannya.

Harris benar-benar malu apabila semua rakan-rakanya mentertawakannya.
Namun yang paling menambah kesalnya, Zainora turut mentertawakannya.

Sejak kejadian itu, dia tidak pernah lagi menganggap Zainora sebagai
rakan. Malah mereka tidak bertegur lagi sejak itu. hubungan persahabatan
mereka yang sangat akrab menjadi sangat renggang kerana peristriwa
memalukan itu. Harris tidak menyangka Zainora turut mentertawakannya bukan
sebaliknya membantunya membela diri di hadapan guru. Itulah yang
membuatkan Harris marah besar dengan Zainora .

Namun, sukar dinafikan dan dia sendiri tidak mampu menolak hatinya. Daia
sangat merindui Zainora . Tapi apakan daya, ego kelelakiaan menyekat
kerinduannya kepada gadis itu.

Harris tersentak dari lamunannya. Jamal yang tiba-tiba menerjahnya
terkedu apabila Harris membentak.

“Korang boleh jangan kacau aku tak! Aku penat, nak rehat! Korang bla lah!”

Jamal dan Khalish tersentak. Harris tidak pernah seberang itu. mereka berdua
terus meninggalkan Harris sendirian di dalam bilik.

Harris mengiring memandang ke arah dinding. Ada sedikit rasa menyesal
kerana mengasari Zainora setelah kejadian itu. namun ada rasa geram juga
pada gadis itu kerana tidak membelanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience