BAB 8

Romance Completed 814

Harris membuka pintu. Kelihatan Khalish dan Jamal sedang duduk di atas katil
masing-masing. Harris menutup pintu dan berbaring di atas katilnya. Jamal
dan Khalish yang sedari tadi memandangnya, tidak diendahkan. Harris malu
dengan tindakannya di perpustakaan tadi.

Jamal bersuara.

“Sorry pasal tadi,” desir Jamal perlahan. Khalish memerhati saja dua orang
sahabatnya itu. Harris masih berdiam.

“Apahal ha korang ni? Sorang bisu, sorang buat hal sendiri. Korang tak
nampak aku kat sini ke? Helo!!!” celah Azri.

Harris duduk. Jamal dan Khalish serentak memandangnya.

“Mal, sorry pasal tadi. Aku pun tak tahu apahal tapi aku...” Harris diam
semula.

“Dahlah. Tak ada hal lah.”

Khalish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sikap aneh dua orang
rakannya itu membingungkannya.

“Peliklah aku dengan korang berdua ni. Kejap elok, kejap tak!
Lantaklah,” rungut Azri.

------------------------------------------------------

Awal-awal pagi lagi Zainora , Sophia , Mawar dan Safa sudah bersiap. Dia
perlu menghadiri persatuan yang baru disertainya semalam. Mereka akan
mengadakan perjumpaan ahli.

Setibanya di bilik persatuan, mereka melihat Harris dan rakan-rakannya
turut berada di situ.

“Dia orang pun kelab ni ke? Bestnye!!!” bisik Mawar gembira apabila
melihat tiga orang lelaki itu berada di situ.

Mereka berempat mengambil tempat duduk. Harris duduk betul-betul
berhadapan dengan Zainora . Mereka berdua menjadi tidak senang duduk.

“Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang kepada para junior yang
baru menyertai Kelab Pencinta Alam,” ucap pengerusi kelab itu.

“Memandangkan kelab ni menerima banyak kemasukan junior baru, kami dah
berbincang dengan pihak universiti untuk mengadakan perkhemahan. Sebagai
permulaan, kita akan adakan opertandingan. Antara para senior dan junior
lawan, kutip sampah paling banyak. Ok! Semua ahli kelab digalakkan untuk
menyertai. Terutama para junior. Tapi tak ada paksaan. Di camping tu
nanti, kita akan berkenalan antara satu sama lain. So, kalau ada
sebarang pertanyaan atau nak tahu apa-apa, boleh jumpa salah seorang
dari kami. Tarikh dan tempat akan kami umumkan bila dah confirm ok.”

------------------------------------------------------

“Aku tak nak pergi. Tak faham ke?”

Mawar dan Safa berkeras mendesak Zainora untuk menyertai perkhemahan itu.
Zainora enggan menyertai perkhemahan itu kerana Harris akan turut serta.

“Jomlah Zai . Mesti best. Harris and the gang pun ada. Come on lah Zai !
Tak best kalau kau tak ada. Sophia pun nak pergi. Jomlah Zai , jomlah!!!”

Sophia mencelah, “Seronok kalau kau ada. Jomlah eh.”

Zainora tetap dengan pendiriannya untuk tinggal. Mawar dan Safa putus asa.
Dibiarkan Sophia pula yang memujuk gadis itu.

“Kau bagitahu aku, apasal tak nak pergi? Camping kan seronok. Inilah
masanya kita refresh. Jom Zai ... Hmmm...” Sophia cuba memujuk tapi masih
hampa.

Zainora masih berkeras. Begitu juga dengan Harris . Ternyata lelaki itu juga
enggan mengikuti perkhemahan kerana adanya Zainora .

“Tak macho lah kau ni Ris! Apasal yang kau tak nak ikut? Kat sana best
punya! Nanti aku boleh kenalkan dengan awek aku, yang Zainora tu,” ujar Azri.

Harris sengaja menguap walaupun dia tidak mengantuk. Bantal peluknya
dibiarkan menutupi muka. Malas dia hendak mendengarkan Khalish dan Jamal
yang tidak habis-habis memaksanya mengikuti perkhemahan itu.

“Payahkan cakap dengan korang ni. Aku cakap tak nak, tak naklah. Tak
faham ke? Nak aku cakap Jawa baru faham?” rungut Harris sambil matanya
terpejam.

“Apasal yang kau tak nak? Ini first aktiviti luar kita tau. Tak bestlah
kalau ada yang tak join.”

“Aku malaslah join camping bagai ni! Tak minat ok.”

“Banyaklah kau punya tak minat! Jangan nak buat-buat tak minat konon!
Aku kenal kau dari kecil tau. Kau jiran sebelah rumah aku! Kaulah orang
paling minat camping, boleh kata gian lah kalau dengar camping mesti
join punya! Setiap bulan aje ada camping yang kau join, jangan nak
membohong lah Ris! Cakap ajelah apahal?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience