BAB 7

Romance Completed 814

Khalish sedang leka memerhati Zainora yang melangkah masuk ke dalam
perpustakaan. Jamal dan Harris yang sedang membaca surat khabar di
sisinya tidak diendahkan. Perhatiannya sepenuhnya kepada Zainora yang
sedang menuju ke arah rak buku psikologi.

“Kau rasa tepat tak masa ni untuk aku tackle die?” bisik Azri. Harris
memandang sebaik Khalish bersuara.

“Siapa?” soal Harris . Pantas jari telunjuk Khalish menunding ke arah Zainora
yang sedang mebelek-belek buku.

Harris diam semula. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Walaupun agak kesal
dengan Zainora , namun dia tidak dapat menepis rasa cemburu apabila Azri
berusaha merapati Zainora .

Khalish mengatur langkah dan menghampiri Zainora yang sedng berada di rak
buku. Ia membetulkan rambutnya walaupun sudah kemas. Dia ingin kelihatan
segak ketika berhadapan dengan gadis itu.

Sebaik berada di belakang Zainora , Khalish sengaja berdehem. Zainora menoleh
seraya tersenyum.

“Hai,” tegur Khalish sambil melemparkan senyuman nakalnya kepada Zainora .

“Hai.”

Khalish menghulurkan tangan lalu memperkenalkan dirinya. “Saya Azri. Awak?”
Khalish memulakan perbualan.

“Saya Zainora . Ada apa ya?”

Khalish bengang.

“Tak ada apa. Saja nak berkenalan. Boleh kan Cik Zainora ?” ujar Azri.
Zainora tergelak kecil.

“Oh! Ingatkan ada apa tadi. Ok, ok. Maaflah ya.”

“It’s ok. By the way, awak senior ke?” soal Khalish yang semakin mesra
berbual dengan Zainora .

Harris hanya memerhati saja dari tempat duduk. Rasa cemburu terus-menerus
membakar hatinya. Namun, apakan daya dia bukanlah sesiapa bagi Zainora .
Tidak mungkin dia menghalang perkenalan antara Khalish dan gadis itu.

Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya gembira. Sudah lama dia
merindukan senyuman Zainora seperti hari ini. Sejak bertelagah, mereka
tidak pernah lagi berteguran atau menyapa walau hanya dengan senyuman.

“Ris, kau rasakan, Khalish tu dapat tak tackle awek tu?”

Tiba-tiba Jamal menegur. Harris tersentak.

“Entah,” ringkas jawapan Harris . Enggan bersuara lebih.

“Tak adalah. Aku tengok macam sesuai aje dia orang berdua tu. Azri
memanglah tak se-handsome aku, tapi awek cun tu nak ke dengan dia?” usik
Jamal sambil terkekek-kekek ketawa.

Harris diam saja. Itu lebih baik dari bersuara. Dia tidak mahu ada
sesiapa tahu bahawa dia dan Zainora saling kenal.

“Harris , kau dengar tak? Aku cakap dengan tunggul ke ni?” desir Jamal
apabila kata-katanya tidak dilayan.

Harris mengeluh. “Mana aku tahu. Yang kau sibuk-sibuk apahal? Kau pun nak
awek tu jugak?” soal Harris dengan mimik muka yang masam. Dia kiurang
senang mendengar Jamal bercerita hubungan Khalish dan Zainora . Sakit rasa
hatinya!

“Aku? No way man! Taste aku lain.”

“Apasal? Kau nak cakap yang Zainora tu bukan taste kau? Macam tu?”

“Zainora tu bukan tak cantik. Tapi tak adalah lawa mana. Muka macam dia
tu, tepi jalan boleh dapat.”

Harris bingkas berdiri. Tidak semena-mena menjadi sangat marah apabila
Jamal seolah menghina Zainora .

“Kau apahal?! Kalau dia bukan taste kau sekali pun, tak payahlah hina.
Zainora tu perempuan paling sempurna yang aku pernah kenal dan kau...”

Harris tersedar. Suaranya memenuhi perpustakaan yang senyap sunyi. Dia
sendiri terkejut dengan tindakannya. Khalish dan Zainora turut memandang
Harris . Beberapa orang pustakawan emmerhati dengan pandangan bengis
apabila perpustakaan menjadi bising.

Tanpa sepatah kata lagi, Harris pantas berjalan melangkah keluar dari
perpustakaan. Khalish agak keliru apabila mendengar Harris menyebut nama Zainora .

“Itu Harris , awak kenal dia?” soal Azri. Zainora tidak menjawab. “Zainora ,
are you ok?”

Zainora terpaksa senyum. Dia tidak mahu mengundang prasangka buruk Azri
terhadap dirinya.

“Entah. Mana saya tahu. Dia kan kawan awak.”

Zainora terus meninggalkan perpustakaan dan menuju ke tandas. Dia membasuh
mukanya seraya merenung wajahnya di cermin kaca. Zainora menunduk semula.

‘Zainora tu perempuan paling sempurna yang aku pernah kenal...’

Kata-kata Harris masih terngiang-ngiang di telinga. Benarkah apa yang
didengarinya tadi. Mengapa dia merasa gebira mendengarnya?

“Zainora , enough! Tak ada maknaya semua cakap dia. Aku salah dengar dan
aku yang perasan! Dia benci aku, aku kawan yang tak guna! Zai , please,
just forget it ok!”

Zainora bermonolog sendiri. Dia cuba menyangkal perasaannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience