BAB 3

Romance Completed 814

Mawar mencuit-cuit Safa dan Zainora . Dia terpandang sekumpulan lelaki yang
kacak dan segak yang duduk berdekatan mereka.

“Girls, tengok tu! Handsomenya! Cuba tengok yang baju putih tu.
Kacaknya, korang!!! Kulit putih, handsome. Tengok cara dia duduk pun
bergaya!” sorak Mawar tidak henti-henti.

“Kau ni Ju. Semua lelaki kau cakap handsome. Bagitahu aku, lelaki mana
tak handsome kat mata kau?” sindir Safa. Zainora dan Sophia ketawa saja.

Mawar mencebik tetapi senyum semula melihat lelaki itu.

“Memanglah, tapi korang cuba tengok yang ni. Yang ni korang pun akan
setuju. Handsome gila! Tengoklah!”

Melayan kerenah Mawar yang tidak habis memuji lelaki, Safa, Zainora dan
Sophia mengalihkan pandangan ke arahan lelaki-lelaki yang dimaksudkan
gadis itu.

Tanpa di duga, lelaki-lelaki itu turut memandang mereka. Alangkah
gembiranya gadis-gadis itu. namun tidak bagi Zainora . Dia melihat seorang
lelaki yang benar-benar dikenalinya. Lelaki yang membuatnya jatuh cinta.
Tapi sikap lelaki itu berubah hanya kerana kesilapan kecil.

“Harris ?!” fikir Zainora . “Apa dia buat dekat sini? Dia pun study sini?
Kenapa aku tak tahu? Dia baru masuk ke?”

Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran Zainora sebaik melihat Harris
di kumpulan lelaki yang dimaksudkan Mawar . Dan lelaki yang sedari tadi
dipuji-puji oleh Mawar adalah Harris sendiri.

Harris dan Zainora saling berpandangan. Ada perasaan rindu, ada kebencian,
ada kemarahan dan kegembiraan yang bercampur-baur di dalam hati. Tapi
masing-masing meninggi dengan keegoaan.

Khalish bersama Harris dan Jamal turut memandang gadis-gadis itu. entah
mengapa, hatinya terpikat dengan keanggunan wajah Zainora . Hatinya
benar-benar ingin berkenalan dengan gadis jelita itu.

“Ris, Mal. Kau tengok awek-awek tu. Cantik seh! Kau tengok yang baju
kurung merun tu. Comel gila kot!” ujar Khalish yang masih memandang Zainora .

Harris menyedari gadis ayu yang dimaksudkan Khalish adalah Zainora . Dia tahu
ramai lelaki yang memandang gadis itu pasti terpikat. Begitu juga dengan
dirinya. Sukar diakui tapi itulah kenyataannya. Selama hubungannya
dengan Zainora dingin, dia dilanda kegelisahan dan kerinduan. Namun, acap
kali mengingati kejadian memalukan itu Harris berubah hati. Tapi jauh di
sudut hatinya sangat mendambakan Zainora .

Zainora mengalihkan pandangan kembali ke arah hadapan dewan sebaik
pensyarah bersuara. Begitu juiga Harris dan mereka yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience