bab 21

Romance Completed 15993

Puan Sri mala mendekati Alana. Wajahnya tergambar kepiluan.
Alana merenung wajah Puan Sri Mala dengan riak kosong.
"Maafkan Izz, sayang." pinta Puan Sri Mala sambil mengenggam jemari Alana erat. Nada suaranya juga merayu.
Alana membalas genggaman tangan Puan Sri mala dengan erat. Dia tidak suka melihat seseorang bergelar ibu merayu dia." Aunty tak perlu minta maaf demi Izz." Kata Alana dengan senyuman.
Puan Sri Mala terkedu."Maksudnya Alana tak marahkan Izz?" soalny ceria.
Alana hanya senyum.
Iris datang dekat Alana dan melutut di hadapan Alana."Sis, I love you. You know that right?" soalnya perlahan serak.
Alana menarik Iris duduk sebelah dia. "I know dear..And I love you too cutie."
Iris lantas memeluk Alana seeratnya.
Mata Alana mencari Izz yang sedang merenung dia dengan pandangan sayu.
Bibir Alana mengukir senyuman perlahan-lahan.
Melihat senyuman Alana, Izz menarik nafas lega dan dia juga membalas senyuman Alana.
Puan Sri Mala dan Iris tersenyum lebar.
"Okay. Kita stop benda -benda tadi. Just ignore ya semua." Kata Iris dengan gembira.
Puan Sri Mala mengangguk." Mama siapkan makan tengah hari dulu."
Izz mendekati Alana.
Iris memeluk lengan Alana ceria.
Alana diam. Senyuman tadi bertukar sinis tiba-tiba..Ignore?
" Jom Sis." ajak Iris masuk ke rumah tapi Alana tidak berganjak.
" Saya tak rasa semuanya perlu dilupakan." kata Alana dingin.
Puan Sri mala, Iris dan Izz melihat Alana dengan wajah bingung.
Alana merenung Izz Fariq tajam." I am going to give you a surprise.. I will tell you about my biggest secret in my entire life." ujar Alana tegas.
Izz melihat Alana lama. Wajahnya cemas dan mengundang tawa Alana." Don't need to scared Izz."
Puan Sri Mala dan Iris terkelu melihat Alana.
" Kenapa ini?" soal Puan Sri Mala bingung.
Alana melihat Puan Sri Mala." Alana minta maaf Aunty kalau apa yang Alana akan lakukan selepas ini membuat Aunty dan keluarga aunty bencikan Alana." ujar Alana dingin.
Izz mengeluh.
Alana mengenggam jemarinya sendiri. Dia mengumpul kekuatan walaupun dia nampqk kuat di luar tetapi dalamnya dia rapuh. Sangat fragile..
Alana membelakangi Izz. Matanya merenung kolam ikan di hadapannya." Alana kenal Izz Fariq dah lama. Almost 5 years ago. Izz boyfriend Kakak Alana? Still remember Hana Sofia?" ujar Alana dan berpaling melihat Izz. Dia tak patut lepaskan peluang ini...Dia sudah menanti waktu ini cukup lama meskipun dia perlu hancurkan hatinya juga.
Izz terkejut. Hana Sofia?
Alana berpeluk tubuh." Mungkin you lupa. I boleh tolong ingatkan semula. You jumpa dia di starbuck cafe after then korang couple but you tinggalkan dia after you got the precious thing from her. Her dignity.." kata Alana dengan tegang.
Izz lantas melihat Alana terkejut.
Puan Sri Mala dan Iris juga tersentak.
" You adik..adik Hana? Bukan adik Hana meninggal bersama Hana dalam kemalangan kebakaran rumah mereka?" Soalnya tidak percaya.
Alana mengetap bibir." Itu bukan kemalangan. She try to killed herself tapi rumah kami terbakar akibat litar pintas. Kak Hana selamatkan I tapi dia pergi tinggalkan I." kata Alana sebak. Perkara itu bagaikan berulang kembali dalam fikirannya. Masakan dia lupa perkara itu.
" Sayang,.."
"Stop talking rubbish Izz!! Tak payahnya nak bersayang-bersayang-sangatlah!!" Bentak Alana.
Izz mengetap gigi.
Alana menarik nafas perlahan." I have lost my sister and then I lost my bestfriend too because of you. So you tell me Izz, should I sacrifice myself just for you?" soalnya sinis.
Izz diam tapi matanya melihat anak mata Alana dengan pandangan merayu.
Alana tergelak dingin." I am so sorry because I can't."
Izz lantas merentap lengan Alana dan mengenggamnya kuat."Stop doing this Alana. You just hurting yourself, me, mama and Iris." bisiknya tegang.
Alana tidak mampu menerima kata-kata Izz. lengannya direntap semula dengan kasar. Izz direnung tajam."So kalau I stop, sakit I akan hilang ke? No! I tambah sakit adalah!" marah Alana.
Izz menatap mata Alana. Dia tidak pernah melihat Sisi Alana yang marah.
Alana menahan sewaktu Izz ingin bersuara.
" Let me talk." Kata Alana tegas.
Izz diam.
Alana menghela nafas berat."I plan nak buat you jatuh cinta pada I then kita kahwin. Bila You betul-betul cintakan I separuh mati, I decide untuk tinggalkan you.So easy right?" soal Alana dengan senyuman sinis.
Rahang Izz kelihatan bergerak-gerak tandanya dia marah.
Senyuman Alana mati."Tapi bukan mudah. I have tried so many ways and finally I won. You love me and I love you." Kata Alana dan kedengaran keluhan keluar daripada mulutnya.
Iris dan Puan Sri Mala hanya menjadi pemerhati tidak berbayar.
" mencintai you merupakan perkara yang I nak elakkan but I am just human being. I cintakan Izz Fariq so much. From you I kenal aunty, uncle and Iris serta Ayu. kehadiran mereka buatkan I fikir masak-masak. I tak nak mereka juga menderita kerana I.I just want you suffer alone Izz Fariq. So kalau I proceed plan I kahwin dengan You, I tak boleh. Menjadi isteri hanya kerana dendam bukan target hidup I. So, let's break up. I should let you live happily with another women. I tahu walaupun dendam I terlunas namun yang pergi tetap tak akan kembali. I decide to leave you before everything got more worse. I tak sanggup tengok you happy sedangkan I sedih ingatkan perbuatan you pada Kakak I." Kata Alana dengan sedikit tenang.
Tiba-tiba, Iris memegang tangan Alana. Matanya berkaca." sis tak akan tinggalkan Iriskan?"
Alana melihat mata berkaca itu kosong." you akan dapat sister yang lebih baik daripada I."
Iris mengeleng laju."No! Never!!" jeritnya dan berlari masuk ke dalam rumah.
Alana hanya membungkam sepi.
" you kejam Alana!" marah Izz dengan nada tertahan-tahan.
Kening Alana ternaik."Oh, then hate me. Senanglah kerja I." katanya selamba. padahal dalam hatinya dia juga menangis kerana membuatkan insan yang dia sayang menangis kerana dirinya. ingat Alana! Ini untuk Arwah kak Hana dan Zaty.
" You tahu tak perbuatan you hanya akan tambah sakit semua orang?!" jerit Izz kecil.
Alana mendekati Izz. dia menolak dada Izz marah." Pernah you fikir akibat perbuatan you dulu?!" marah Alana. Tangannya bergetar menahan marah.
" Alana.." panggil Puan Sri Mala dengan lembut.
Tenang seketika hati Alana mendengar. dia kemudian menatap wajah Puan Sri Mala. Puan Sri Mala melihat Alana dengan pandangan hiba. Matanya berkaca membuatkan hati Alana terhiris luka." Did you happy with all this?" soalnya serak.
Alana mendekati Puan Sri Mala." Kalau Alana tak happy pun I tak menyesal jumpa Aunty dan Iris. I love both of you but I can't afford to love your son anymore. Looking at your son just remind me to all that he has done. it's hurt aunty."kata Alana tenang.
Puan Sri mala tersenyum pahit. Dia mengucup pipi Alana lembut." I am sorry because of him turning you this way.Just leave him."
Izz terkejut. Terbuntang matanya." Mama, No way!!" jeritnya marah. Izz memegang tangan Alana dengan kuat.
Puan Sri Mala melihat Izz sebak."Mama tak sanggup lagi Izz. Mungkin ini sudah takdir Izz."
Izz mengeleng." Izz tak akan tinggalkan Alana.I love her so much. How can I let her go?" bisiknya serak.
Alana menahan rasa pedihnya. Kalaulah you bukan pembunuh arwah kak aku,pasti kau insan yang paling Aku sayang, keluh hati Alana." You ini degil. Susah sangat ke nak ikut kata-kata Mama you?"
Izz merenung Alana dan tangannya menyentuh pipi Alana.
Alana membalas renungan Izz.
" Please don't do this to me. I'm hurting enough. Please stop hurting me more. I really love you. I can't afford to lose you." bisiknya sayu. Suaranya bergetar menahan tangis malah matanya juga merah.
Alana diam. sungguh dia terkelu apatah lagi melihat air mata Izz turun satu persatu.
Puan Sri Mala menyeka air matanya dan berlalu masuk ke dalam. dia tak sanggup melihat Izz kecewa.
Jemari Alana naik mengesat air mata Izz perlahan-lahan. Tanpa sedar air matanya juga mengalir jatuh."I love you too Izz. But I am so sorry. I have to forget you for the rest of my life. I tak mampu hidup dengan you bila Ayu sayangkan you juga. She is too nice for me to hurt her.."ujar Alana perlahan.
Izz mengeleng." Please, I'm beg you.." rayunya lagi. Genggaman dia semakin erat.
Alana menunduk. Ya Allah, Tolong dia lepaskan Izz. Sakitnya menyakitkan Izz..
Air mata Izz tidak berhenti mengalir. Tidak ada yang pernah menangisi dia seperti Izz. Malah ibu bapanya tidak pernah begini. Dia tidak layak untuk dirayu.Alana berusaha meleraikan genggaman Izz." It's hurting me too see you this way, so the best solution for us is break up. Jangan jumpa I lagi dan jangan hantar spy intip I. I mungkin tak akan kembali pada you lagi. Luka ini terlalu dalam, Izz. Biarlah masa yang tentukan semuanya. We have to accept our destiny." pujuk Alana lembut.
Badan Izz melorot jatuh.
Alana memandang sebak. Nafas ditarik dalam. senyuman diukir biarpun pahit." but jangan risau.I tetap akan ingat semua kenangan kita."
izz menekup wajahnya di celah lutut dan menangis. Sungguh dia kecewa dan hancur sebab tidak mampu mempertahankan cinta dia. Dia pengecut kerana tidak mampu membetulkan keadaan.
" Goodbye Izz Fariq." ujar Alana dan berpaling pergi. Langkah kaki Alana terasa sangat lemah. pedih rupanya menyakitkan hati insan yang disayangi ini. Alana sedar yang dia kini telah silap percaturan. Dia bukan hanya menyakitkan Izz Fariq malah keluarganya juga. Hati dia juga berkecai.
Akhirnya dia terjelepuk jatuh di sebelah keretanya. Air mata dia mengalir semahunya.
Seseorang datang dan mengusap rambut Alana lembut.
Alana mengangkat wajahnya." Dariz." Serunya perlahan dan tangisan dia semakin hebat.

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience