Bab 12

Romance Completed 15993

" Temankan I makan." pinta Izz.
Alana mengangguk."Okey."
Izz terkejut." I ajak you makan? Are you just say yes?"
Alana mengangguk lagi." Ya. Kenapa?" soalnya hairan.
Izz tersenyum lebar." Great. Jom kita makan di hotel I. I akan tempah suite yang terbaik untuk kita supaya lebih privacy." ujarnya nakal.
Alana tersenyum nakal." Nakalnya you Izz. But sorry, I dah sesuai dengan makanan hotel you. Semua western. Tekak I tekak melayu. I terima ajakan you sebab nak bawa you makan dengan budak-budak ini sekali. Kita makan dekat sini saja. Boleh tak?"
Izz diam sebelum mengangguk." Okeylah tapi kenapa nak bawa budak-budak itu? Tak ada privacylah."
Alana tersenyum." Sometimes, I don't need privacy. Elok tahu belanja anak-anak yatim ini. Pahala banyak. You tak nak pahala ke? Lagipun you dah tolong lariskan perniagaan warung penduduk di sini."
" Warung?!!" Pucat wajah Izz mendengar perkataan warung yang keluar daripada mulut Alana.
Alana mengangguk." Ya. Warung. Kenapa? You ada masalah makan di warung?"

Penuh warung Pak Lah dengan kehadiran mereka petang itu.
Izz terpaksa menguatkan hatinya mengikut Alanan dan budak-budak makan di warung. Dia ada pengalaman buruk makan di warung. Paling dia risaukan ialah kebersihan makanan dan kawasannya. Tapi warung ini dah lepas tahap 1 pemerhatian dia. Kebersihan kawasan warung sangat bersih. Sekarang dia berdebar menanti makanan pula.
Seronok pula Alana melihat budak-budak itu yang gembira apabila Izz hendak membelanja mereka makan.
Tetapi wajah sang pembelanja ini pula berkerut seribu.
" You marah I ajak you makan di warung ke?"soal Alana kepada Izz.
Izz mengeleng." Taklah. It's not a big problem for me." Dia tak kisah makan di mana-mana saja asalkan bersih. Itu yang penting.
" So kenapa macam ada masalah ini?" soal Alana prihatin.
Izz mendekatkan wajahnya dengan Alana." Bersih ke makanan dia?" bisiknya curiga.
Alana tersenyum. Typical anak orang kaya. " Tunggu sajalah." katanya malas.

Tidak lama kemudian, keluar Pak Lah dengan menatang dulang berisi makanan. Semerbak bau wangi masakan Pak Lah menusuk ke dalam rongga hidung. "Sedapnya bau." ujar budak-budak teruja dan lapar.
Alana lantas memulakan suapan pertama mee goreng basah kesukaaan dia. Semua dah makan kecuali Izz Fariq.
Dia nampaknya masih merenung mee basah yang berasap di hadapannya.
" Makanlah Izz. Lepas ini mesti you suka." kata Alana.
Perlahan-lahan Izz mencapai sudu. Dengan lafaz bismillah dia mulai menyuap mee.Matanya terpejam.
Alana tersenyum sendiri.
Izz terdiam. Matanya terbuka. Air liur ditelan laju.
Alana menanti reaksi Izz.
Izz senyum lebar melihat Alana." Sedap." satu patah perkataan keluar daripada mulut Izz sebelum dia hanya fokus kepada makanan saja.
Alana ketawa kecil. Macam budak-budak. Inilah kali pertama Alana ketawa dengan ikhlas untuk Izz.

Semua tersandar kekenyangan. " Alhamdullillah.Terima kasih Pak Lah." ujar budak-budak dengan gembira.
Izz ketawa lucu dengan gelagat budak-budak tersebut.
" Terima kasih juga abang Izz. Semoga murah rezeki." ucap Aiman bersama kawan-kawannya.
Izz tersengih malu. Dia menggosok kepalanya dengan tersengih-sengih.
" Malu I." bisik Izz kepada Alana. Selama ini bukan dia tak pernah belanja orang. Tapi kali ini rasa bangga yang selalu dia rasakan seakan hilang. Berganti rasa malu.
Kemudian dia melihat Alana." You tak nak ucapkan terima kasih dekat I?"
Alana senyum." Dah cukup itu Izz. Jangan tamak. Terima kasih I cuma pada Allah sebab bawa you pergi sini, solat, belanja makan budak-budak ini, tambah rezeki Pak Lah." ujarnya selamba.
Izz tersipu malu.
Alana mengangkat kening." You malu ke Izz?"
" I don't know what happen to myself." katanya perlahan.
" Mungkin selama ini you belanja atas faktor lain. Bangga ke? And kali ini mungkin you ikhlas walaupun itu urusan you dengan Allah." tebak Alana.
Izz tersenyum herot .Kenapa Alana dapat meneka hatinya? Akalnya mulai berfikiran nakal. Adakah ini namanya jodoh?

Alana dan Izz berjalan balik ke rumah. Budak-budak yang lain dah balik kerumah masing-masing.
" You tak kerja ke Alana?" soal Izz perlahan.
" Kerjalah Izz."
Izz mengerut dahi. " Ini bukan cuti sekolah.You reka cerita saja ke yang you ini guru?" soalnya curiga. Dia ada upah Spy untuk siasat Alana katanya dia tak bekerja.
Alana ketawa kecil." Next time Izz, kalau nak upah spy itu cari spy yang betul-betul buat kerja. Kalau I tak kerja macam mana I nak bayar sewa rumah, makan pakai I, daily life I lagi."
Izz mengetap gigi. Memalukan betul saja spy itu. Mahal saja dia bayar kot." So you betullah guru?"
soalnya lagi.
Alana mengangguk." Ya."
Izz mengeleng tak percaya. Spy dia kata yang lain. Takkan Alana menipu? Tiba-tiba Langkah Izz terhenti.
Alana juga berhenti.
" You ada sugar daddy eh?" soalnya tidak berlapik.
Alana terkedu. Sampai begitu sekali dia fikirkan tentang dia?" Teruk sangat ke I ini Izz?" soal Alana dingin.
Izz mencebik sambil tangannya menyeluk poket."Mana I tahu? Bukan I kenal you." ujarnya sinis.
Alana sakit hati mendengar. senyuman sinis dilemparkan." Then, kalau you rasa begitu. Go ahead."
Izz mengetap gigi geram." Siapa sugar daddy you itu? Dato mana, Tan Sri mana? Kalau setakat company kecil baik tak payah." katanya dengan tegang.
Alana merenung wajah Izz dengan marah." You ini bongkak Izz.Tak perlu pangkat dato ke tan sri ke yang penting layanan first class dia hanya untuk I. Cerita lebih-lebih tak boleh, hal dalam kelambu tak boleh bawa keluar." balas Alana dengan geram.
Muka Izz berubah merah. Alana menjeling tajam. Marahlah itu takkan malu pula. Lantas Alana bergerak pergi meninggalkan Izz. Takut dia tak dapat menahan sabar lagi.
###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience