Bab 14

Romance Completed 15993

Alana menjejakkan kaki sekali lagi ke rumah Izz Fariq atas permintaan Puan Sri Mala.
" Alana kenal Izz dah berapa lama?" soal Puan Sri Mala dengan lembut sewaktu dia sedang berbual dengan Alana di kolam ikan.
" Tiga tahun aunty." Ujarnya walaupun hakikatnya dia kenal Izz lebih lama daripada itu.
Puan Sri Mala tersenyum melihat Alana. " Alana boleh ke terima Izz? Alana tahukan dia itu playboy sikit." ujar Puan Sri Mala perlahan. Segan dengan perangai anaknya itu.
Alana tersenyum." Izz okey Aunty. He's can be handle kalau kena dengan caranya."
Puan Sr Mala senyum lebar." Terima kasih. Sekejap eh, aunty nak ke dapur." katanya dan bangun masuk ke dalam.
Alana merenung kelibat Puan Sri Mala sehingga hilang daripada matanya. Aunty baik sangat tapi sayangnya anak aunty tak sebaik aunty.
Alana termenung panjang melihat ikan-ikan yang berenang dengan bebas tanpa memikirkan masalah seperti yang dia rasakan. Nafas berat dilepaskan.

Izz merenung Alana lama sebelum dia mendekati Alana yang masih tak menyedari kedatangan dia." Rapat nampaknya you dengan mama I?" soal Izz sinis.
Alana tersentak. Wajah Izz direnung di hadapannya.
" Apa motif you rapat dengan mama I?" soal Izz curiga. Rasanya dia dah menerangkan semuanya kepada Alana dan dia dah tak nak meneruskan plan mereka sebelum ini tetapi Alana masih juga berhubungan dengan Mama dia.
Alana mengangkat kening." Salah ke kalau I rapat dengan mama you? Tak semestinya I 'putus' dengan you I perlu 'putus' dengan keluarga you." balas Alana selamba.
Izz tersenyum sinis dan menyandar di dinding berhadapan dengan Alana."You tak ada niatkan nak goda I atau berhasrat nak kahwin dengan I?"soalnya mengejek.
Alana berpeluk tubuh melihat Izz dengan riak dingin." perlu ke I goda you walaupun the fact is you memang dah tergoda dengan i?"
Izz ketawa menyembunyikan perasaan yang bergolak gelisah kerana kata-kata Alana." Bila masa I tergoda dengan You?" soalnya marah.
Alana mengangkat bahu." I bukan jahat sangat nak malukan you. Biarlah hanya I dan Allah yang tahu."
Izz mengetap gigi. Ketara sangat ke perlakuan dia?
" I faham kalau you tergoda dengan I. Memang perasaan semulajadi seorang lelaki tertarik dengan wanitakan kecuali you bengkok."
Izz memalingkan wajahnya daripada melihat Alana. Dia cukup tak suka untuk menerima kekalahan apabila berlawan cakap dengan Alana.
Alana hanya beriak selamba.
Izz kembali menatap Alana." Jangan pula tiba-tiba mama I minta I kahwin dengan you." sindirnya tidak puas hati.
Alana tergelak. Lelaki ini masih tak nak mengakj kalah lagi.
" Apa yang you nak takutkan Izz Fariq? Yang terima akad itu you bukan mama you. Besides I am not your girlfriend."
Izz mencebik dan menyeluk poket seluarnya. Gaya Izz menarik perhatian Alana. Meskipun hatinya membenci insan bernama Izz Fariq tapi di sudut hatinya dia tetap mengagumi keindahan ciptaan Allah ini. Dia terasa nak berhenti nak hidup tenang namun hatinya tidak akan puas selagi tidak membuat Izz Fariq tersungkur di hadapannya.
" You berani sanga Alana. Sepatutnya you perlu sedar you wanita, takkan mampu bila berdepan lawan yang lebih kuat daripada you." ujar Izz perlahan.
Alana bangun dan membelakangkan Izz." Kenapa perlu anggap wanita selemah itu Izz? I bet you tak tahu tangan wanita mampu menggoncangkan dunia. "
" You selalu berlagak yakin dan berani. Jangan sampai nanti you jatuh kerana sikap you." Tambah Izz lagi.
Alana berpaling menghadap Izz."So you nak I berlagak lemah, biarkan orang lain pijak kepala I sebab I perempuan, kaum yang lemah? Kenapa perlu takut dan berdiam diri sedangkan I boleh pertahankan diri I. And you have to know this, I am strong because I know Allah always with me." kata Alana tegas.
Alana berpandangan mata dengan Izz. masing-masing dengan perasaan sendiri. Perhitungan kita baru bermula Izz..
" Alana, Jom makan." Panggil Puan Sri Mala daripada dalam rumah.
Alana terus masuk ke dalam tanpa mempedulikan Izz yang masih tercegat. Tetapi Alana berhenti tepat di sebelah Izz." Nampaknya mama you mula sukakan I. Be careful jangan sampai mama you lupakan you." bisiknya.
Izz tersentak.

Puan Sri Mala melayan Alana dengan mesra di meja makan."Tambah lagi sayang.Banyak aunty masak untuk Alana." ujar puan Sri Mala denga lembut.
Alana mengangguk." Thanks Aunty. Beruntung Izz ada mamam yang baik macam aunty."
Izz diam mengetap giginya.
"Selalulah datang rumah Alana, Izz pun bukan selalu ada di rumah. Temankan Aunty di sini."ujar Tan Sri Rafiq.
Alana tersenyum lebar.
Izz tersedak tiba-tiba. Aunty segera menerpa ke arah Izz." Makan perlahan sayang. Kan dah tersedak ini." kata Puan sri mala risau sambil mengurut belakang Izz. Izz tersenyum sinis melihat Alana..
Alana menjeling Izz. Dia tahu taktik Izz itu. Takut juga dia ini.

Alana mengemas pingga di dapur tiba-tiba muncul kelibat Izz dengan wajah tegangnya."You tak akan dapat kasih sayang mama I. Sebab Mama sayangkan I." Kata Izz bangga.
Alana terkejut kecil.
Izz menyandar di kabinet dapur dan merenung Alana.
" Takut juga youkan? I baru saja nak warm up you dah pecut. " sindir Alana.
Izz ketawa kecil." Of course. She's my mom so she loves me more."
Alana mengelap pinggan dan meletak di kabinet." So, glad to hear that. Make sure you lobe her ao much or you will regret it soon."ugut Alana twgas.
Izz mencebik.
Tak disangka dua pasang telinga mendengar perbualan Mereka dengan senyuman lebar.
#######

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience