Bab 16

Romance Completed 15993

Matanya yang berat digagahi juga Alana untuk turun ke dapur. Iris masih nyenyak dibuai lena. Mereka tiba di rumah Izz tepat jam 1 pagi. kemudian Iris pula membawa dia bersembang sehingga jam 3 lagi. Dia hanya sempat tidur satu jam setengah sebelum bangun solat subuh. Memang dia jenis yang tak akan tidur selepas subuh.
Alana melihat Puan sri Mala yang sedang menyusun gelas di dulang.
" Asalamualaikum Aunty." Tegur Alana perlahan.
Puan Sri Mala berpaling. Terkejut dia melihat Alana di hadapannya sekarang." Alana, Alana buat apa di sini?" soalnya pelik.
Alana tersenyum dan merapati Puan Sri Mala.
" Alana tidur sini semalam." ujarnya sebelum menceritakan semuanya kepada Puan Sri Mala.

Izz menuju ke taman bunga milik Puan Sri Mala. Dia berjalan santai sehingga ternampak sekujur tubuh sedang terbaring lena di buaian tempat biasa dia bersantai suatu ketika dulu. Ralit mata Izz merenung wajah yang sangat tenang dalam tidurnya itu." Siapa you sebenarnya Alana Syakir?" bisiknya sendiri.
Wajah polos gadis itu sangat jauh bezanya dengan wajah sinis dan tajam yang selalu dipamerkan Alana. Dia serba putih pagi ini dan menampakkan sisi Alana yang innocent.
Bukan Izz tak nampak mata merah Alana sewaktu sarapan tadi. Agaknya memang adiknya bantai habis Alana semalam dengan cerita dia yang tak habis-habis itu. Bukan dia tak kenal Iris. Jangan-jangan mereka tak tidur malam.
Tiba-tiba Izz terpaku lama melihat mata cantik itu terbuka perlahan-lahan.
Alana segera duduk dengan tegak apabila melihat Izz Fariq di hadapannya. Dia meraup wajah perlahan.
" Seronok tidur?"soal Izz tanpa nada sinis.
Alana diam. Tak ada mood dia nak membalas.
" I tak kisah kalau you nak sambung tidur." kata Izz selamba.
Alana mengeleng." Thanks but no thanks. I am not comfortable if someone staring at me while I am sleeping." kata Alana tegas. Dia bingkas bangun.
Izz lantas menghalang jalan Alana." Where are you going?"
Alana melihat sekilas jam tangannya."Home." balasnya pendek.
Izz tergelak kecil." Are you insane? You tak takut ke dengan apa yang terjadi semalam?" soalnya tinggi.
Alana tersenyum." Thanks for your concern but I am really need to go home right now." ujar Alana lagi. Dia balik sebab nak kemas barang. Rasanya dia tak betah lagi nak tinggal di sana. Dia nak tinggal di kediaman sekolah. Walaupun rumah itu diberikan free untuknya oleh cikgu Aida tapi dia masih sayangkan keselamatan dirinya.
Izz merentap lengan Alana sehingga dia terdorong ke dalam pelukan Izz. Alana mujur sempat menahan tangannya di dada Izz kalau tak memang mereka dah 'bertembung' tadi. Alana menolak dada Izz dengan geram.
" Can you listen to me? Just stay here or you want me to kiss your sexy lips?" ugutnya tajam.
Alana membalas renungan Izz dengan wajah marah.
Izz merenung bibir merah basah itu.Cantik..
" Try yourself if you still want this normal life." Alana berbisik tegang.
Izz mengeratkan genggamanya di lengan Alana." You tak akan buat begitukan?" soalnya .
Alana tersenyum sinis." I don't mind to do that if I have to do it." jawab Alana berani.
Izz melepaskan lengan Alana. Alana mencebik dan berlalu pergi.

Puan Sri Mala merenung Alana lama." Perlu ke Alana balik sana? Tinggal sajalah dekat sini. Lebih selamat ." ujarnya risau.
Alana senyum nipis." Thank aunty tapi Alana cuma orang asing."
Puan Sri Mala mengerut dahi." No, aunty dah anggap Alana anak aunty. Tinggal sini okey." pujuk Puan sri Mala lembut.
Alana mengenggam jemari Puan Sri Mala
" I am so sorry aunty but I need my own privacy."
Puan Sri Mala hanya mengangguk lemah.

Pintu bilik pengetua Art International School Kuala Lumpur ditolak perlahan Alana sebaik saja dia mendengar panggilan masuk.
" Asalmualaikum Puan." ujar Alan dengan hormat. Dia melihat seorang lelaki yang duduk membelakangi Alana.Mereka mungkin ada hal.
Puan Rahmah tersenyum manis melihat Alana." Cikgu, kenalkan sponser untuk projek sekolah kita Encik Izz Fariq Tan Sri Rafiq. Encik Fariq, kenalkan ini cikgu Alana yang bertanggungjawab dengan projek kami." katanya sambil berdiri.
Alana mengawal riak terkejutnya. Apa lagi yang dia buat di sini, getus hatinya.
Izz bangun dan berhadapan dengan Alana.Senyuman palstik diberikan.Dia memghulurkan tangan.
Alana membalas senyuman Izz terpaksa.
Izz masih menghulurkan tangannya.Puan Rahmah berdehem kecil.
Hendak tak hendak Alana terpaksa menyambut huluran Izz.
Izz tersenyum lebar dan mengenggam erat tangan Alana.
Alana berdehem sebelum menarik tangannya daripada genggaman Izz dengan kuat.
Puan Rahmah tersenyum manis."Cikgu, Encik Fariq sebenarnya nak mengetahui perkembangan projek kita so harap Cikgu boleh bawa Encik Izz melawat ke tempat projek."
Alana mengangguk lemah dan terpaksa." Silakan Encik Izz."
Izz sudah bergerak keluar.
" Layan dia baik-baik cikgu." bisik Puan Rahmah tajam.
Alana dengan berat hati mengangguk.
#######

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience