Bab 18

Romance Completed 15993

Puan Sri Mala mengajak Alana datang ke rumah sempena birthday party Iris yang ke 20 tahun. Iris meminta Alana menemankan dia membeli gaun untuk digayakan malam nanti.
Sementara Iris sibuk mencuba pakaian yang diangkutnya masuk kedalam bilik persalinan, Alana duduk di sofa sambil membaca majalah.
" Sis, cantik tak?" soal Iris tiba-tiba sewaktu dia melangkah keluar daripada bilik persalinan.
Alana mengangkat wajah. Dia mengerut dahi." Open sangatlah Iris."
Iris senyum." Iris pun rasa open sangat tapi Iris try saja mana tau sis suka."
Alana senyum senget. Iris kembali masuk ke bilik tersebut.
Sedang Alana khusyuk membaca, seseorang datang dan duduk di sebelah Alana. Alana hanya buat tak peduli. Dia dah tahu siapa yang di sebelah dia, haruman Dunhill Blue menusuk kuat ke dalam rongga hidungnya. Bauan itu sudah sebati dengan dia.
" Hai dear." bisik Izz manja.
Alana hanya menjeling.
Izz senyum senget." Smile please, lama I tak nampak senyuman indah you." pinta Izz.
" Buat apa I nak senyum dekat you?" ujar Alana dingin. Suruhlah Ayu senyum pada dia beribu kali.Bentaknya dalam hati. Majalah di hadapan dia tak menarik sudah. Bagaimana dia nak fokus kalau sepasang mata seksi itu merenung dia tajam.
" You ini cemburukan sayang? Look, I tak ada apa-apa dengan Ayu. She is my friend." katanya lucu.
Alana menutup majalah kasar." I tak cemburu. You ini kenapa? I tak pedulilah you ada hubungan ke tak dengan Ayu!" kata Alana geram.
Izz hanya mengangkat kening. Jemari runcing Alana dikuis dengan jarinya."Then why you macam mengelak daripada I?" soalnya tidak puas hati.
Alana tergelak sinis." Hello?, siapa mengelak siapa? kita rapat sangat ke?" katanya dengan sakit hati.
" So kita hang out? Nak?" soalnya teruja.
Alana mendengus. Wajah dipalingkan daripada melihat Izz. Mana Iris ini? Lambatnya, marah dia dalam hati.
Izz mengetap gigi apabila Alana tidak mempedulikan dia.
" Apa ini?!" marah Alana apabila majalah di tangan dia dibuang ke lantai dan tangannya digenggam kuat oleh Izz.
Iris keluar dan hairan melihat abangnya." Bila abang sampai?"
Izz melihat Iris." Abang nak bawa My dear ini somewhere. Iris balik dengan Aid. Abang dah text dia ambil Iris." katanya dan terus menarik Alana keluar dari butik itu.
Alana diam. Malas dia nak melawan sebab kenyataan memang dia tak akan berjaya melepaskan diri daripada Izz.

" Saya nak book couple room itu. Make sure tak ada sesiapa yang kacau kami." kata Izz kepada seorang petugas wanita.
Alana tersedar semula. Jauhnya dia berangan. Matanya melihat sekeliling. Pawagam?
Belum sempat dia bersuara sekali lagi dia umpana lembu dicucuk hidung ditarik Izz masuk ke dalam satu ruangan yang luas.
Alana terhenti.
Izz menutup pintu.
" Apa kita buat di sini Izz?" soal Alana perlahan.
Izz menolak Alana ke dinding dengan kasar. Tersentak Alana dibuatnya.
Izz meletakkan lengannya di leher Alana. Dia kini mengunci pergerakan Alana.
Air liur ditelan kesat.Mata Izz tajam merenung anak mata Alana." Now tell me kenapa you begini? Dingin dan marah-marah pada I. Tell me apa yang you tak puas hati pada I." katanya tegas.
" Nothing. I said nothing." marah Alana.
" No! You mengelak daripada I. Itu you cakap nothing?" Bentak Izz.
Alana mengeluh." I tak mengelak. I penat and stress. Banyak perkara I nak handle. That is why I marah-marah.Lagipun penting sangat ke you nak tau semua ini?"
Izz merapatkan kedudukan." Penting sebab you milik I"
Alana tergelak sinis.
Izz mengerut dahi.
" Adakah you kata begitu pada Ayu juga then you cakap benda yang sama pada I? Hei, you ingat I ini apa? Patung? You ingat I bodoh ke nak percaya kata-kata you." kata Alana geram. Mata dipalingkan daripada melihat Izz.
Izz menarik nafas. Pipi Alana dielus lembut." you tak bodoh sayang. You bijak. That is why I like you." katanya romantis.
Alana mencebik.Dia tak hairan kalau Arwah kak Hana cinta mati dengan Izz. Kata-katanya memang racun dalam diam. Marahnya datang mendadak." Apa tujuan you cakap begini Izz? You nak I cintakan you separuh mati lepas itu you tinggalkan I?" kata Alana separuh menjerit.Jujur dia tak dapat tahan perasaan dia lagi.
Izz membalas pandangan Dingin Alana.
Tangan Izz ditepis kuat oleh Alana. Dia dapat merasakan hembusan nafas hangat di pipi kanannya.
" I tak.akan tinggalkan you sayang. Because I love you so much. Deeply love you." Katanya tegas.
Alana terkejut. Dia lantas mencari anak mata Izz Fariq. Dia cintakan Aku? Cintakan...aku?
Izz menarik tangan Alana dan dibawa ke bibir. Kucupan hangat singgah di tangan mulus itu." I love you."
Alana seakan terbuai dengan kata-kata Izz. Tetapi secepat iti dia tangkis perasaan yang membuai buai itu. Dia takkan jatuh dalam perangkap Izz Fariq, pembunuh Arwah Kak Hana." Bukankah you kata cinta itu membebankan you? But now you just saying that you love me? How can I believe you?" ujar Alana sinis.
Izz meraup muka." I know I was wrong but now I sedar yang I cintakan you." Rayunya.
Alana merenung mata Izz yang merayu dia. Hatinya berbelah bahagi. Antara dendam dan cinta? Dia keliru. Alana menundukkan pandangannya. Please jangan jatuh pada Izz..bisiknya kecil. Perlahan-lahan Izz meraih Alana ke dalam pelukannya." I will marry you sayang. As soon as possible." tambahnya dengan romantis.
Alana terkedu.

Alana menangis di tembok belakang rumah Izz. Tangisannya kuat. Dia jarang menangis. Sejak Arwah kak hana pergi, air mata dia tumpah hanya kerana Zaty. Puncanya oleh Izz. Kali ini airmata dia tumpah juga kerana Izz. Dia tak sangka Izz mempermalukan dia di hadapan kawan-kawannya.
" How you get her?" soal kawan Izz.
Izz ketawa." Well, you know me." katanya sombong.
Lelaki berbaju hitam sebelah Izz menepuk bahunya." One night stand?"
Izz ketawa dan menampar kepala lelaki itu." Guess what?" katanya sambil mengangkat kening.
" Really?!!! " Soal lelaki itu terkejut.
Lelaki satu lagi ketawa sinis." She is so cheap."
Alana tidak dapa menahan hati terus meninggalkan Mereka. Dia hanya lima tapak belakang Izz. Pada mulanya dia nak ajak Izz makan. Tak sangka dia aka dihidangkan dengan perbualan yang mematikan selera dia
" I hate you Izz Fariq!!" kata Alana marah. Air mata disapu kasar."Kau tak layak bersama aku."bisiknya dalam. Jangan biarkan diri kau hanyut Alana. Belum masanya kau jatuh dulu.

Langkah di atur merapati Iris yang sedang bergelak ketawa bersama kawan-kawan dia di meja makan.
"Sis." panggil Iris teruja. Tangan Alana ditarik merapati dia." Sis, kenalkan ini semua bestie Iris. Girls, kenalkan ini my sister in low." katanya ceria.
Alana hanya mengukirkan senyuman nipis.

Sedang Alana menikmati kek red velvet dia kerusi di sebelahnya ditarik. Alana menoleh.
" Hai beautiful." bisik Izz menggoda.
Alana senyun manja. Terpaku dia melihat senyuman Izz. Selama ini senyuman itu menyakitkan hati dia tetapi malam ini sangat indah di mata dan hatinya.
Izz merapat.
Segera Alana mengusir perasaan berbunga di hatinya.
" you pergi mana tadi?"
" Do you really want to know?" soal Alana selamba.
Izz gelak kecil." Come on sayang. Jangan sinis sangat pada I. I am your boyfriend."
Alana tersenyum penuh makna. Kek disuap ke dalam mulut.
" Sayang. Nak sikit." pinta Izz manja.
Alana menyuapkan kek itu. Izz tersenyum manis." thank you sayang."
Alana merenung wajah Izz. Stop pretending in front of me, Izz Fariq. jerit alana dalam hatinya. Tangannya terasa menggigil perlahan.
"Sayang." panggil Izz lembut.
Alana melihat Izz.
" I love you so much."
Alana terkedu. Emosi mulai menguasai dirinya.
" You menangis ke sayang?" soal Izz terkejut. Dia meraih wajah Alana dekat.
Alana mengeleng." No. I am just touched." katanya sebak.
Izz ketawa dan mengesat hujung mata Alana lembut.
Alana menunduk. Hatinya sebu. Dia melayan Alana dengan baik tapi di belakang Izz mainkan aku.Alana menarik nafas panjang dan melihat Izz dengan senyuman manis.
Izz membalas senyuman Alana.
Mereka berbalas senyuman. Senyuman Alan bertambah lebar begitu juga dengan koyakan hatinya yang semakin dalam.
Dia harus korbankan hatinya untuk tamatkan dendam ini. Dia takut. Sangat takut dia hancur sebelum masanya.
############### HM*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience