Bab 11

Romance Completed 15993

Izz memerhatikan gadis itu daripada jauh. Selama ini tak ada yang berani menegur dia. Even papa dan mama pun tak kisah dengan apa yang dia buat kenapa gadis itu kisah dengan apa yang dia lakukan meskipun mereka langsung tak ada kaitan. Kisah minggu lepas membuat dia berfikir panjang. Walaupun dia tak menyentuh minuman haram itu tapi hatinya memang sentap dengan kata-kata Alana. Dia menjual liquor itu untuk menarik orang datang ke hotel barunya. Terasa gerun membayangkan apa yang sudah dia lakukan selama ini. Cawangan hotel dia di sabah dan sarawak juga telah diarahkan tidak lagi menghidangkan semua itu. Dia berazam nak perlahan-lahan berubah.
Izz melangkah keluar daripada kereta dan mendekati Alana yang dikelilingi beberapa budak-budak yang sedang bergelak ketawa.
Pin!!Pin!!
Izz menoleh. Sebuah lori menuju ke arahnya dengan menekan hon yang kuat. Entah kenapa kaki Izz bagai dipasak paku dan dia tidak mampu berfikir apa-apa.
Tiba-tiba lengan Izz ditarik ke tepi. Dia terjatuh di tar jalan. Sempat juga dia mendengar pemandu lori itu marah-marah tetapi dia tak berhenti pun.
" Abang okey?" soal seorang budak lelaki yang agak bulat badannya.
Izz mengangguk walaupun jantungnya berdegup laju. Hampir saja nyawanya melayang kalau dia tak ditarik oleh seseorang tadi. Lantas Izz menoleh ke sebelahnya. Alana sedang dibantu bangun oleh budak-budak perempuan di sana.
" Kakam okey tak?"
Alana senyum."Alhamdullillah.Okey. Masih hidup lagi." katanya tersengih.
Alana menoleh ke arah Izz." You okey Izz?" soal Alana risau.
Izz merenung Alana." you risaukan I ke?" soalnya pula. Dia melihat sisi yang lain daripada sisi Alana sebelum ini.
Alana mengerut dahi." Mestilah I risau..You ini okey ke tak?" soalnya lagi.
Izz mengangguk dengan wajah gembira dan bangun.
Mata Alana hairan.Pula yang dia happy ini kenapa? Alana menangkap darah yang mengalir di lengan Izz." Izz..you're bledding." katanya terkejut.
Izz lantas melihat lengannya. Sungguh dia tak rasa sakit pun sekarang apabila melihat wajah risau Alana kerana dia.
" Aiman, tolong ambilkan first aid dekat rumah kakak." Kata Alana kepada budak lelaki bulat sebelum dia terkedek-kedek berlari.

" Sakitlah Alana." rengek Izz walhal belum pun Alana meletak ubat.
"I belum start apa-apa. Takkan you takut?" sindir Alana sinis.
Izz mengetap gigi." I lelakilah. Buat malu saja kalau I takut." katanya marah.
" So duduk diam-diam." Arah Alana apabila Izz asyik menarik lengannya.
" Tak payahlah letak ubat nanti dia sembuh sendiri juga. I lelaki tak perlu nak ubat bagai." bantah Izz. Seram pula dia melihat lukanya sendiri.
Alana tersenyum sinis lagi." Boleh blahlah dengan lelaki you itu. Bak sini lengan you itu, tak takut infection ke?" soal Alana dengan serius.
Wajah Izz berubah takut." Teruk sangat ke luka I?'
" soalnya perlahan.
Alana mengangguk sambil tangannya lincah meletakkan ubat." Sangat teruk. Nanti lengan you ini boleh dipotong. you tak takut ke?" soalnya senjaga.
Izz terkejut." Are you serious?"
Alana mengangguk sambil menahan tawa. Denga n cepat dia meletakkan plaster sebelum Izz sedar.
Izz terpinga-pinga sebelum dia sedar sesuatu." You fikir I ini budak-budak ke you nak gula-gulakan?" soalnya geram. Tak sangka dia boleh dipermainkan Alana.
Alana mengemas first aid." Memang budak-budak pun. Letak ubat pun takut." Ejek Alana.

" You buat apa di taman ini Alana?" soal Izz setelah mereka berdiam diri seketika.
Alana mengangkat kening." Sepatutnya I yang tanya you buat apa dekat sini?" soal Alana semula.
Izz menelan air liur. Takkan dia nak jawab yang dia mengintai Alana.Akalnya datang apabila melihat taman permainan tersebut." Oh, saja jalan-jalan. Manalah tau one day I buka hotel ke dekat sini.This area nampak macam ada potential nak berkembang."katanya bangga.
Alana mengangguk setuju." Betul juga kata you itu.Kalau you buka hotel ataupun taman permainan pun okey. Tentu ramai pelancong akan kenal tempat ini. Wah..you boleh tambah lokasi percutian di Malaysia. Izz Fariq,, you are so brilliant.." katanya ceria. Kadang-kala Alana setuju juga dengan Izz ini. Ada guna juga otak dia yang terlebih pandai itu.
Izz berdehem dengan bangganya." Well thank you. Kalau bab nak untung ini memang job I."
Alana mencebik."You should say alhamdullilah Izz because all our belongings is belong to Allah. We should always be grateful because anytime Allah will take back everything from us."
Sentap lagi tapi Izz Fariq tetap mengukirkan senyuman manis." okey.I terima nasihat you. Alhamdullillah." katanya dengan senyuman plastik.
Alana senyum.Husnozun sajalah.
Tiba-tiba azan zuhur berkumandang. Lantas Alana bangun.
Iz mengerut dahi." You dah nak balik ke? Awal lagi." larang Izz.
Alana melihat Izz dengan senyuman." Sorry sayang. I have to go. My lover is waiting." katanya manja.
Izz menelan air liur. Sayang? Eh, kejap. Lover?" you kata tak ada boyfriend?" soalnya cemburu.
Alana kata dia masih single waktu dia nak tolong Izz menyamar jadi girlfriend dia.
" Abang, kakak jom solat. Our lover is waiting for us." kata Aiman tiba-tiba dan menarik tangan Izz menuju ke masjid.
Alana hanya tersenyum melihat telatah Aiman.
Izz terpinga-pinga.Solat?

Bacaan doa diaminkan Izz. Songkok di kepala ditanggalkan. Izz rasa tebal mukanya apabila dia seorang saja lelaki dewasa di surau ini tetapi yang jadi imamnya hanyalah budak yang baru berumur 11 tahun. Tambah lagi namanya juga disebut dalam doa Aiman.
" Abang, salam." tegur Aiman.
Izz tersedar dan menghulurkan salam. Saat itu dia rasa sebak sangat. Izz berpura-pura meraup mukanya.
" Abang nangis ke?" soal.Aiman dengan petahnya.
Izz ketawa." Abang tak nangislah. Malulah lelaki menangis."
Aiman senyum." Jadi lelaki tak boleh menangis?"
Izz terdiam apabila disoal Aiman begitu.
" Menangis itu tak salah kalau itu air mata keinsafan atau menyesal, menangis kerana Allah ke rindu pada mak dan ayah ke pada rasulullah ke. Jangan pula abang beria-ia menangis kerana benda yang nak mati atau musnah." ujarnya selamba sebelum keluar daripad masjid.
Izz masih di situ dengan hatinya yang terasa bagai nak koyak. Hari ini dia asyik sentap saja. Dia bangun melangkah keluar daripada masjid.
Matanya ternampak kelibat Alana bersama-sama budak-budak yang lain. Rasa cemburunya datang apabila melihat budak-budak itu memeluk Alana erat. Kalaulah dia dapat jadi budak-budak itu, bisik.hatinya nakal. Cepat-cepat dia beristigfar.
" Kenapa muram saja Izz? Aiman bagi ceramah pada you?" soal Alana tiba-tiba di hadapan Izz.
Alana tahu sebab Aiman ada cerita pada dia. Aiman memang suka bagi halwa telinga untuk sesiapa saja yang dia kenal. Cita-citanya nak jadi imam muda.
Izz ketawa kecil." Mana ada. Merepek saja you ini
" nafinya.
Alana tersenyum." Janganlah you marah.Biasalah budak-budak mereka cuma cakap apa yang ada dalam hati mereka."
Izz tersipu malu. Terasa segan pula nak menatap wajah itu. Entah kenapa dia boleh segan dengan Alana. Segan dengan Allah macam mana pula Izz Fariq..bisik hati kecil Izz.Untuk sekian kalinya dia sentap lagi. Nampaknya banyak yang perlu dia ubah bukan setakat hotelnya malahan dia sendiri.
#########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience