Bab 4

Romance Completed 15993

Izz tersenyum dan menyeluk poket seluarnya." Why? Are you willing to die because of me? Because I'm willing to do everything just for you." ujarnya menggoda.
Alana tergelak sinis." Be a gentleman bro. The real one." bisik Alana sebelum dia berpaling ingin pergi.
Izz tersengih senget." Look like I have found my soulmate." bisiknya sendiri.

Alana menghela nafas berat dan duduk di sofa." Penatnya. Seharian ini dia asyik mencetak kertas saja. Dah boleh jadi Encik Suratman ini. Encik suratman itu kerani sekolahnya. Mesin fotostat sekolah rosak tambah lagi dia perlu banyak salinan untuk diberikan kepada para pelajarnya. Well..dia ialah seorang pendidik. Bangga sangat dengan jawatan itu sebab pendidik ini mulia tugasnya.
"Zaty mana eh? Katanya nak jumpa." Alana lantas bangun nak mengambil air kosong di dapur.
Tidak lama kemudian dia kembali daripada dapur.
"Zaty.. " jerit Alana kuat. Peliknya, mana dia ini. Alana meletakkan gelas kosong di atas meja kopi dan menaiki anak tangga ke bilik Zaty.
Alana sebenarnya hairan dengan perubahan Sikap Zaty. Sejak mereka last berjumpa dengan Izz Fariq, dia seakan menjadi pendiam dan menjauhkan diri daripada Alana.
Pintu bilik Zaty dibuka Alana." Zaty.. Mana kau ini..?"
Alana terhenti. Kenapa dia rasakan perkara yang pelik..kawasan bilik Zaty bersih. Dia bukan jenis yang bersihkan bilik. Sanggup dia biarkan barang-barangnya bersepah di lantai ataupun atas katilnya tetapi sekarang katilnya kemas dan lantainya kosong.
Lantas Alan berlari membuka almari Zaty. Jantungnya berdegup kencang sebab almari Zaty kosong!!
" Zaty!!" panggil Alana. Dia membuka pintu bilik air tetapi kosong. Selipar juga tersusun kemas.
"Apa ini? Zaty jangan main-mainkan aku." ujar Alana takut. Tangannya juga mulai mengigil. Takutnya dia membayangkan apa-apa yang bakak dia terima selepas ini. Takkan Zaty tinggalkan Alana..?
Handphone Alana bergetar di poket baju kurungnya. Dengan tangan menggigil dia mengangkat panggilan itu. Private number..
" Helo." nada suaranya juga bergetar.
"Alana." seru pemanggil itu perlahan.
Alana tersentak." Zaty.."
" Aku minta maaf sebab aku perlu pergi jauh daripada hidup kau. Cuma satu yang aku nak..lupakan aku sebagai sahabat kau.. Aku tak layak jadi sahabat kau lagi. Bye..Asalamualaikum." katanya dengan laju dan terus mematikan talian.
Alana terkelu.
Perlahan-lahan air matanya mengalir deras.Zaty dah tinggalkan dia..sekarang dia tinggal sendiri. Dia tak ada sesiapa lagi. Alana jatuh terduduk di lantai dengan tangisannya.
"Kenapa kau tinggalkan aku Zaty? Kau tahukan aku tak ada sesiapa.." esaknya sendiri.
Tiba-tiba satu nama terlintas di benaknya."Izz Fariq.."
Alana mengenggam jemari dia kuat."Kenapa harus kau orang yang buat aku hilang orang yang aku sayang?" soalnya marah. Dia yakin ini memang ada kaitan dengan Izz. Semua ini terjadi lepas mereka bertemu semula dengan Izz Fariq
" Tunggu Aku Izz Fariq. The game just start." katanya dengan tekad yang kembali terungkai semula.
######

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience