bab 20

Romance Completed 15993

Suasana di cafe Art Internasional School tengah hari itu agak sunyi. Alana melangkah ke cafe dan dia terpandang meja yang diduduki oleh Ayu.
kelihatan dia sedang termenung. Tanpa sedar Alana mendekati Ayu." Asalamualaikum."
Ayu mendongak melihat Alana." Walaikumsalam. Alana." Jawabnya perlahan.
Alana senyum." Boleh saya duduk sini?"
Ayu mengangguk." Duduklah."
Alana menarik kerusi dan duduk di hadapan Ayu." Jauh menung? Ada masalah ke? Awak boleh cerita dengan saya. Well I am a good listener." kata Alana dengan sengihan.
Ayu senyum nipis walaupun wajahnya agak keruh." Awak ini. Sudi ke dengar?"
Alana mengangguk." I am your friend right."
"Fariq." kata Ayu sepatah.
Wajah Alana bertukar kaku. Izz? kenapa dengan Izz?
" Dia dah tak nak jumpa saya lagi. So sudden dia cakap dia dah jumpa soulmate dia." katanya sebak.
Alana mengenggam hujung baju kurungnya kuat. Jantungnya berdebar." Korang couple ke?" soalnya perlahan.
Ayu mengeleng." Tak tapi saya senang dengan dia. Saya fikir Fariq suka saya sebab perhatian dia buat saya cair rupanya saya cuma syok sendiri."katanya lalu ketawa hambar.
Hati Alana tersiat mendengar. Bahagia ke dia kalau dia bahagia atas penderitaan orang lain, Ayu bukan orang lain kawan dia sendiri.
" Saya teringin nak tahu siapa wanita yang berjaya buat Fariq jatuh cinta."
Alana menahan debar di dada. Tambah lagi Ayu senyum melihat dia.
Alana mengukir senyuman nipis.
" Beruntung wanita bertuah itu." bisik Ayu.
" Kenapa dia beruntung?" soal Alana.
Ayu senyum." Sebab Fariq itu baik, lembut, penyayang, sweet, romantis pasti ramai wanita nakkan dia Alana."
Alana ketawa kecil menutupi debar dan rasa bersalahnya. Beruntung ke dia? Alana merenung Ayu. Dia baik, dia polos. sanggupkah dia teruskan semua ini. Nafas berat dihembus." kalau awak diberi peluang meraih cinta Fariq, Awak nak tak?"
Ayu ketawa kecil." Gila saya tak nak. Orang gila saja yang tolak dia." katanya lucu tapi dia tak sedar di hadapannya ini sedang koyak hatinya apabila Ayu berkata demikian.
Gila ke aku tolak Izz? Walapun pedih Alana tetap mengukir senyuman. Saat itu hatinya mulai mempersoalkan perbuatannya.

Alana duduk di balkoni malam itu. Balkoni dia menghadap padang sekolah.Kelihatan ramai pelajar-pelajar tingkatan 5 sedang berkumpul sebab mereka sedang berkhemah. Terhibur juga sedikit hatinya melihat mereka. Tiba-tiba phone Alana berbunyi. Matanya menjeling nama pemanggil itu. Izz lagi. Dia dah abaikan berpuluh panggilan Izz sejak petang tadi. Namun timbul rasa kesian.Akhirnya dia mengangkat call Izz.
" Better you jangan letak call I kalau you tak nak I pecah masuk rumah you now." Kata Izz tegang.
Alana diam
keluhan dilepaskan Izz." Good. Where are you right now? I call tak dapat-dapat." marahnya.
Alana masih diam.
"Sayang.You dengar tak?! Anything happen to you?" desak Izz cemas.
Tiba-tiba Alana ketawa." I am okay.You ini terlalu bimbanglah.Agaknya kalau I hilang terus, apa reaksi you eh? wah, I can't wait." Kata Alana selamba. Tetapi Izz pula diam kali ini.
Alana mengeluh." Izz. Sorry okay. i gurau saja.Janganlah marah.Thanks for concern about me, you buat I nak top up kasih sayang I untuk You." pujuk Alana.
Izz ketawa kecil. Hilang rajuknya." You ingat I phone ke nak top up bagai." marahnya manja.
Alana ketawa." Lebih kuranglah."
"Sayang!!" marah Izz manja.
Alana senyum senget sambil matanya merenung langit malam yang dipenuhi bintang.
" Izz." seru Alana lembut.
Izz menyandar di kereta." Yes sayang?"
Alana senyum." Izz." katanya lagi.
" Ya sayang.Kenapa?"
Alana menyeka air mata yang mengalir perlahan." Izz." Serunya perlahan.
Dia hanya ketawa." You rindukan I eh?" usik Izz.
Alana tetap ketawa." Izz." katanya tidak berhenti.

Izz ketawa." You addicted dengan I eh sayang?"
Alana sebak."Izz." suaranya serak menahan tangis.
Izz berdiri tegak melihat ke atas."You okay sayang?"soalnya risau.
"Izz." kata Alana sebelum talian dia mati. Dan dia sendiri di situ menangis teresak-esak. Pedihnya hati dia. Sakitnya jiwa dia. Bercinta memang memedihkan. Adakah dia ditakdirkan begini? Dia perlu korbankan cinta pertama dia. cinta pertama dia lelaki yang bunuh arwah kakak dia.

Izz terkedu. Matanya memerhatikan gadis yang sedang menangis teresak-esak di balkoni. Rasa ingin dia saja dia terbang mendapatkan Alana, gadis kesayangan Tapi mungkin saja kehadiran dia hanya memburukkan keadaan. Keluhan dilepaskan. Dia berdiri di situ tegak. Sejak petang tadi dia risau sebab Alana tidak menjawab panggilannya. Dia datang sini sebab nak tahu keadaan gadis itu. Namun dia terhenti apabila ternampak gadis itu termenung di balkoni. Malah dia menyaksikan pelbagai reaksi Alana. Dia ketawa, Sedih, sebak, menangis. Sebenarnya dia rindukan Alana yang dulu. Sejak mereka bercinta, Alana bagaikan insan baru dia kenali. Dia berubah menjadi pendiam dan perahsia. Izz rindu Alana yang sinis, Adakah dia terlalu mendesak Alana? Niat dia hanya kerana dia inginkan gadis itu. Izz meraup wajahnya kusut.

Pagi itu, Puan Sri Mala mengajak Alana datang kerumah. Alana duduk di tepi kolam ikan dan termenung lagi.Sampaikan Izz datang dia tak sedar." Hai sayang." Tegur Izz ceria.
Alana tersentak.
Izz duduk di hadapan Alana. matanya melihat wajah sembap itu.
Alana diam.
" You suka bunga tak sayang?" Soal Izz tiba-tiba.
Kali ini barulah Alana melihat Izz dengan senyuman.Kepala diangguk." Suka."
Izz senyum." Sorry.I tak pernah bagi you bunga." katanya dengan nada rendah.
Alana senyum nipis." It's okay.I tak kisah. Tak Ada pun I okay saja.Tak ada effect pada I." jawabnya selamba.
Kening Izz ternaik dan wajahnya bingung.
Alana ketawa."No, I mean . I am okay with that. I don't know what exactly I like.Ada okay tak ada okay."
Izz mengenggam jemarinya kuat." Kalau I tak Ada, you okay lah?"
Alana merenung Izz." You are my soul how can I live without you." Kata Alana jujur daripada hatinya.
Izz ketawa senang mendengar.Resahnya hilang berganti gembira." I ingat I tak penting untuk you."
Alana senyum sebelum dia bersuara." Izz, Ayu macam mana?" soalnya perlahan.
Izz lantas melihat Alana." I tak ada apa-apa dengan dia."
Alana mengetap gigi." Itu you. Bukan dia."
Izz mengangkat kening." what do you mean?"
Alana melihat ikan yang sedang berenang itu." You bagi dia harapan sampai dia jatuh cinta pada you and then you tinggalkan dia."
Izz tergelak kecil hambar.. Wajahnya tegang melihat Alana." So that is why you cried last night. Because of her." katanya sinis.
Alana menarik nafas." If you really love me, Will you..."
" No!!!"bentak Izz tinggi sebelum sempat Alana menghabiskan kata-kata dia.
Izz meraup kepalanya kasar."Don't ask me to love her!! I can't!!!"
Alana berdiri." Then, I am sorry. I can' afford to love you anymore." katanya dingin.
Izz berdiri di hadapan Alana dengan wajah marahnya. Rahangnya bergerak tanda marah." What wrong with you?Apa yang you dapat buat begini? I tak happy, You tak happy. Dia pun tak happy." kata Izz dengan nada suara kendur. Dia cuba bersabar.
Alana membalas renungan Izz." mana you tahu I takkan happy? You bukan tuhan."
Izz merentap lengan Alana kuat." I tak akan ikut apa-apa kehendak you yang merepek itu."
Alana melihat anak mata Izz."So forget me.Forget about us." katanya perlaha.
Izz ketawa sinis. Genggaman dilepaskan."I really don't know you. You dah berubah Alana.. Why?" bentak Izz tidak dapat menahan sabar.
" I tak pernah berubah Izz."
Izz melihat Alana dengan pandangan geram.
" Izz, Alana.You guys okay?" Soal Puan Sri Mala tiba-tiba.
Izz menuju ke arah Mama dia." Mama. I don't get it with her. She loves me but ask me to love another woman." marah Izz.
Puan Sri Mala terkejut melihat Alana begitu juga dengan Iris.
Iris menerpa kearah Alana cemas."Why sis? Sis cintakan abangkan?" soalnya laju.
Alana merenung Puan Sri Mala dan Iris silih berganti."Of course Alana cintakan Izz. Sangat cintakan Izz Fariq. But love just burden me."kata-kata Alana menyentakkan Izz.
"Alana!!" kata Izz tinggi.
Alana senyum nipis." I am sorry. So sorry." bisiknya sehingga hampir tidak kedengaran.
############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience