Bab 7

Romance Completed 15993

Izz mencari kelibat Alana yang masih belum kembali daripada ladies." Apa yang dia buat lambat sangat ini?" getusnya geram.
Puan Sri Mala tersenyum." Izz."
Izz menoleh." Ya mama?"
" Sabarlah sayang. Biasalah orang perempuan memang lama sikit kalau nak betulkan mekap lagi, touch up sikit-sikit."
Izz ketawa." Mama, Alana itu tak perlu nak touch up lagi sebab dia memang cantik. Cukup dia cantik di mata Izz dah."
Puan Sri Mala berbalas senyum dengan Suaminya Tan Sri Rafiq.
" Anak kita dah besarkan sayang." bisik Tan sri Rafiq.
Puan Sri Mala memeluk lengan suaminya manja." Sweet talker. Macam abanglah dulu."

" Attentions ladies dan gentleman. Please, stay focus on me. Only me your handsome mc' s here."
Tepukan gemuruh diberikan kepada Mc itu." Before that, sila berikan tepukan gemuruh untuk pasangan kita Tan sri Rafiq dan Puan Sri Mala atas ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 30." katanya dengan teruja.
Izz tersenyum gembira melihat kegembiraan yang terpancar di wajah papa dan mama dia. Seketika dia terlupa Alana yang masih tak muncul-muncul itu.
" Untuk menghiburkan our beloved couple tonight.. kita akan mempersembahkan persembahan untuk mereka. Silakan Be mine.."
ujar Mc dan serentak itu tabir ditarik dan terserlahlah seorang wanita dengan piano. Tetamu terpukau dengan pemandangan itu. Berlatarbelakangkan foto-foto indah Tan Sri Rafiq bersama isteri. Alunan piano yang gemersik bunyinya membuatkan suasana pada waktu itu sangat romantis.
" Kita persilakan Tan sri Rafiq dan Puan Sri Mala naik ke pentas untuk menari." kata Mc dan diaambut.dengan tepukan gamat tetamu.
Puan sri Mala tampak malu-malu apabila di ajak suaminya naik ke pentas.
Izz pula sudah tergamam dengan wanita yang sedang memainkan lagu kesukaan dia." Siapa dia?" Soal wanita di meja sebelah yang juga asyik berbisik-bisik. ingin tahu. Tanpa sedar Izz Fariq bangun dan berjalan mendekati pentas. Hatinya membuak-buak ingin tahu siapa wanita itu. Semakin hampir dia dengan pentas hatinya semakin berdegup kencang. Dia terhenti tepat berhadapan Wanita itu. Cantik, bisik hatinya. Walaupun dia memakai niqab tapi matanya melihat dia sangat cantik.

Wanita itu mengangkat wajah dan dia bertembung pandang dengan anak mata hazel Izz. Izz terkedu.
Bumbung dewan Dream Hotel dibasahi titik air hujan tiba-tiba. Keadaan semakin bertambah romantik dengan irama titisan air hujan yang menjadi latar kepada alunan.piano tersebut.
Akhirnya alunan piano berhenti seiring tamatnya lagu tadi.
" Berikan tepukan untuk couple kita."
Tan sri Rafiq tersenyum lebar sambil mengengam erat jemari isterinya.
Puan Sri Mala mendekati Wanita berniqab itu." Thanks for the lovely song. Awak mainkan dengan versi yang baru. Saya sukakannya sangat." puji Puan Sri Mala dengan senyuman lebar.
Wanita itu tersenyum saja.
Puan Sri Mala kagum dengan kemahiran dia mengubah lagu tadi." Siapa nama awak? Mungkin saya boleh jemput lagi next time?"Wanita itu mendekati Puan Sri Mala.Niqab diselak sedikit cukup untuk Puan Sri Mala merenung dia sekilas." It' s me. Alana Syakir." bisiknya lembut sebelum melangkah pergi ke belakang pentas dengan senyuman.
Puan Sri Mala terkedu..Alana?

Izz pula segera menuju ke belakang pentas apabila dia menyedari bahawa wanita tadi sudah hilang daripada matanya.
" Awak ada nampak tak wanita yang dekat pentas tadi?" Soal Izz apabila dia terserempak dengan petugas di belakang.
Wanita itu mengeleng.

Alana menaiki anak tangga menuju ke bilik persalinan. Dia menjeling ke bawah dan saat iti dia terpandang kelibat Izz yang berlari anak.
Izz mendongak ke atas dan dia melihat wanit tadi.
Alana segera berlari menuju ke bilik. Dia tak mahu Izz mengetahui siapa dia.
Izz lantas mendaki anak tangga dengan laju. Dia tidak mahu terlepas wanita itu.

Izz terhenti seketika di atas. Dia memerhatikan sekeliling. Macam mana pula dia nak cari, di hadapan dia terdapat 10.buah bilik. Takkan dia.nak ketuk satu-satu.
Baru saja Izz nak mengetuk pintu paling hujung tiba-tiba bilik keempat daripada kanan Izz terbuka.Izz terua menerpa ke arah wanita itu sebab dia memakai persalinan serba putih seperti tadi.
" Excuse me?" kata Izz.
Dalam pada itu juga pintu yang sepatutnya diketuk Izz terbuka dan seseorang melangkah keluar dengan cepat.
" Awak ke wanita tadi?" soal Izz penuh harapan.
wanita itu mengerut dahi." Wanita tadi? Apa maksud Awak?" soalnya pelik.
Izz mengeluh kecewa.

Izz kembali ke meja dengan perasaan hampa. Keluhan dilepaskan lagi. Dia nak sangat jumpa wanita tadi.
" Mana you pergi?" soal Izz sebaik saja dia melihat Alana duduk di meja makan.
Alana tersenyum manis." I tak pergi mana-mana. You yang tinggalkan I dekat sini sendiri."kata Alana selamba.
Izz mendengus dan duduk di kerusinya. Dia masih kecewa dan berharap sangat dapat menemukan wanita itu.
Alana tersenyum sinis merenung Izz. I nak you belajar rasakan kekecewakan yang I rasakan sedkit demi sedikit Izz Fariq..bisik Alana dalam hatinya.

Puan Sri Mala merenung Wajah Alana lama.
" Aunty saya balik dulu." Kata Alana lagi apabila Puan Sri Mala teemenung lama melihat dia.
Tan sri Rafiq mencubit manja pipi isterinya setelah Alana dan Izz beredar pergi.
" Awak okey Sayang?" soal Tan sri Rafiq prihatin.
Puan Sri Mala mengangguk." Saya okey abang. Abang.." panggilnya kemudian.
Tan Sri Rafiq menoleh ke arah isterinya." Ya Sayang?"
"Abang rasa Alana sesuai tak dengan Izz?"
Tan Sri Rafiq ketawa kecil." Abang mana-mana saja sayang yang penting itu Izz. Lagipun Abang tengok Alana itu okey saja."
Puan Sri Mala senyum lebar." Saya berharap akan ada jodoh antara mereka abang." bisiknya lembut.
########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience