Bab 2

Romance Completed 15993

Alana dan Zaty menuju ke bangunan pejabat milik Izz Fariq. Ada sesuatu yang perlu dia buat iaitu perhitungan dengan Izz Fariq. Alana nak bagitahu semuanya kepadanya supaya selepas ini Alana tak akan ingat lagi tentang Izz Fariq.
Mereka naik ke tingkat 20. Keadaan sunyi pada waktu itu. " Tak ada orang kerja ke pagi ini?" soal Zaty pelik.
Alana memerhatikan sekeliling. Memang sepi.
" Alana!!" jerit Zaty terkejut.
Alana segera menuju mendekati Zaty." Kenapa?"
Zaty menhampiri seorang wanita yang duduk di kerusi dengan tangan terikat dan mulut yang bertampal plaster hitam.
Zaty segera membuka ikatan di tangan dan kaki serta plaster tersebut.
"Terima kasih cik." katanya cemas.
zaty menganggukm."Apa dah jadi?"
Tiba-tiba terdengar jeritan daripada dalam bilik.
Alana bangun dan menuju ke ruangan tersebut.
"Jangan cuba apa-apakan dia, Bob!!"
" Kenapa? Kau takut aku bunuh dia?"
Izz Fariq mengetap giginya marah.
Alana melihat seorang wanita cantik yang dikunci pergerakannya oleh lelaki yang sedang pegang pistol itu.
" Fariq, tolong I." kata wanita itu takut.
Lelaki yang pegang pistol itu nampaknya marah." Diam!! kau nak aku tembak boyfriend kau ini!!"
Izz melangkah setapak.
" Kau jangan dekat atau aku tembak!!" ugut Bob.
Alana lantas melangkah masuk ke dalam bilik itu. Semua mata melihat ke arahnya.
" Kau siapa?!" soal Bob garang.
Izz dan Lisa juga pelik.
Alana tersenyum sinis." Aku siapa? Siapa aku?" Kata Alana lalu ketawa kecil.
Bob mengetap gigi." Jangan main-mainlah!!" katanya marah.
Alana baru menyedari siapa lelaki itu. Bob kawan Izz dan juga sekutu dia. Nampaknya amarahnya datang semula.
" Aku isteri Izz Fariq. Lelaki yang kau cintai Lisa." Kata Alana tajam.
Lisa terkejut." Isteri Fariq?!!
Izz juga tersentak." Isteri apa? Hei!! You jangan nak merepeklah!!"
Alana membuat muka kesian." Sampai hati you. You tinggalkan I sebab I miskin. Now you nak Lisa pula sebab dia kayakan."
Lisa merenung Izz tajam.
Izz gelabah." Lisa, you jangan percaya apa yang dia cakap."Rayu Izz.
Alana tersenyum sinis manakala Zaty terkejut.
Bob melepaskan tembakan tiba-tiba." Hentikan drama jijik ini. Lisa milik aku!!" katanya marah.
Izz terkejut mendengar kata-kata Bob.
" Dulu kau rampas Hana daripada aku. Sekarang kau nak rampas Lisa daripada aku juga. Jangan harap!! Lebih baik kau mati Izz.
Serentak itu tembakan dilepaskan.
Lisa memejamkan mata.
Alana berpaling ke tempat lain.
Tetapi yang jatuh bukan Izz tetapi Bob. Masuk sekumpulan polis dan memberkas Bob.
Pada masa itu juga Alana menarik Zaty pergi meninggalkan tempat itu.
Izz menhampiri Lisa tetapi tubuhnya ditolak kuat.
" Penipu!! I hate you!!" kata Lisa marah.
Izz mengeleng." Lisa, perempuan itu reka cerita. I tak kenal dia Lisa. I only love you." rayu Izz.
Lisa menjerit marah." Jangan jumpa I lagi." katanya dan sebuah penampar dilayangkan ke pipi Izz.
Izz tersentak." Lisa. I betul..."
Papp!! Lagi sekali Izz ditampar.
Lisa terus meninggalkan Izz dengan marah.

Alana dan zaty terus merancang untuk berpindah ke Krabi apabila oranv-orang Izz Fariq mula mencari mereka. Darix yang tolong uruskan semuanya.
" Don't worry Zaty. Izz takkan cari kita sampai Krabi." pujuk Alana.
Zaty merenung Alana sebelum memeluk dia erat.
Alana menepuk bahu Zaty." Akukan ada."
Pengumuman ke Krabi bergema.
" Jom. Kita nak fly." kata Alana dan menarik tangan Zaty bangun.
Zaty bangun mengikut langkah Alana.
Alana menarik nafas berat. Dia tak sangka Izz Fariq akan mencari mereka. Memang tak tenang hidup selepas itu. Dan yanv Alana kesalkan dia dah libatkan Zaty dalam perkara ini.
Tanpa mereka sedari Alana, Zaty dan Izz berselisih jalan. Namun, masing-masing tidak menyedari. Izz yang baru sampai dari Krabi terua berjalan dengan handphone di tangannya. Manakala Alana dan Zaty hanya merenung kosong langkah perjalanan mereka.
Nampaknya takdir masih belum mahu menemukan mereka. Siapa akan menyangka mungkin saja akan ada pertemuan lagi di antara mereka...

2 Tahun kemudian....

Alana segera menarik tangan Zaty melarikan diri daripada seseorang yang tak ingin mereka temui.
Terdengar jeritan seseoranv daripada belakang supaya mereka berhenti. Namun itu hanya membuat Alana dan Zaty lagi laju berlari. Agaknya orang ramai juga hairan melihat mereka berlari di tengah-tengah Shopping Complex ini.
Zaty mengenggam erat jemari Alana.
Alana menarik Zaty masuk ke dalam lif.
Akhirnya. Sempat juga mereka masuk dan lif naik ke atas. Alana tersenyum apabila melihat Lelaki itu menjerit marah.
" Kau lambat 2 saat saja." ujar Alana sinis.

Izz menghentak dinding lif geram. " Tak guna!!"
Dia mengeluarkan handphone dan mendail seseorang."Cari mereka sampai dapat." Arahnya kepada seseorang.
Orang sekeliling langsung tak ambil peduli. Siapa nak hairan kalau lelaki marah-marah begitu sambik mengejar perempuan dah pasti sebab lelaki itu curanglah.
#####

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience