bab 22

Romance Completed 15993

Angin pantai membelai dirinya dan menjadi pendamai hati yang bergelora tetapi kali ini angin pantai ini semakin menghiris sekeping hati yabg sedang retak menanti belah. Alana merenung ombak yang ganas memukul pantai tersebut. Matanya terpejam lama..mengingati seseorang yang telah dihancurkan hatinya.
Sakitnya hati dia..tindakan dia akhirnya memakan diri sendiri. Izz Fariq tidak bersalah!!..
Ya Allah! Alana mengenggam kuat jemarinya. kata-kata Zaty terbayang semula. Alana tidak sangka Darix akan jumpa Zaty di Krabi. Selama ini Zaty bersembunyi di sini...Terduduk Alana mendengar penjelasan Zaty.
"Izz Fariq tidak bersalah, Alana." katanya serak.
Alana mencerlung mata marah." Dia bunuh arwah kak Hana! Dia buat kau tinggalkan aku!" jerit Alana.
Darix yang berdiri di sebelah Alana cuba menenangkan Alana.
Alana menarik nafas panjang.
Zaty menunduk."No, dia tak bersalah. Arwah kak Hana was raped but bukan Izz yang buat. Kawan-kawan Izz yang lakukannya. Arwah kak Hana salah faham apabila sedar -sedar saja Izz yang ada depan matanya. She can't accept that she pregnant and Izz refused untuk bertanggungjawab. Sebab itu Arwah kak Hana nekad untuk bunuh diri."
Alana tergaman. Dia terundur setapak. Kepala digeleng berkali-kali." No! kau reka ceritakan?!" soalnya dengan nada bergetar. Hati Alana berkocak hebat..salahkah dia? Alana memegang tiang beranda rumah sewa Zaty dengan kuat. Sungguh katakan ini salah..
Zaty merenung Alana dengan perasaan hiba." Betul, Fariq tak bersalah. Tapi dia dah bagi balasan setimpal pada pelaku itu. Mereka dah mati." ujar Zaty perlahan.
Alana hampir tumbang namun sempat di sambut oleh Darix." you okay ke Alana?" soal Darix risau.
Alana terkedu. Ya Allah, dia betul-betul rasa lost..
Zaty mendekati Alana setapak. Wajahnya nampak sangat kusut."And one more thing."
Alana nampak Darix mengeleng supaya Zaty berhenti dan zaty kelihatan takut.
Detak Jantung Alana bertambah laju. Dia mendekati Zaty. Tangan Darix ditepis kasar. Wajah Zaty ditatap tajam." What?" tanyanya denga tegang.
Mata Zaty berkaca-kaca. Dia masih teragak-agak bersuara.
" Tell me!!" bentak Alana.
"Hari kita jumpa Fariq, sebelum aku pergi..dia..dia bagi aku pilihan..samada aku atau kau yang akan dia tiduri. Aku tak sanggup korbankan diri aku, then aku pilih kau..Aku..aku bagitahu semua tentang diri kau pada dia. That's why aku lari..Aku tak sanggup nak cakap yang aku sanggup betray kau." katanya dengan esak tangis yang kuat.
Alana kaku.
Darix mengeluh.
Zaty terduduk di lantai.
Air mata Alana menitis laju. Saat ini dia terbayang semua perbuatan yang telah dia lakukan pada semua orang..kejamnya dia..
"How could you?!" ujar Alana dingin. Dia melihat zaty yang menunduk.
Tiba-tiba, Alana ketawa sendiri." Aku tak sangka kawan aku sanggup buat aku begini. Aku sayangkan kau Zaty, aku hancurkan hati semua orang demi kau! aku hancurkan hati kau demi kau tapi aku tak sangka kau sanggup buat begini!!!" jerit Alana dengan tangisan menggila.
Zaty hanya mampu menangis.
" Aaarghh!!!" jeritan Alana memenuhi kawasan beranda itu.
" Aku minta maaf Alana. Sangat-sangat minta maaf" rayu Zaty.

***************************

Alana sedang membuat air nescafe di pantry office Darix. Tiba-tiba kedengaran bunyi kecoh-kecoh di luar pantry. Alana pun terus keluar daripada pantry. Kelihatan pekerja berhimpun di luar bilik Darix.
" kenapa itu?" soal Alana kepada Salma. Setiusaha Darix.
Salma melihat Alana." Oh cik Alana, ada lelaki datang jumpa Mr Darix dan belasah Mr Darix." ujarnya risau.
Alana terkejut. Dia terus masuk ke bilik Darix. Terkejut dia melihat keadaan bilik yang tunggang langgang.kelihatan Darix dan seorang lelaki sedang bergelut di lantai.
Alana tidak kenal lelaki itu. "Guys stop!!"larang Alana tapi mereka masih sibuk bergelut.
" Darix please stop!!" jerit Alana dan menarik tangan Darix yang ingin dihayungkan ke arah Lelaki asing itu.
Alana menjeling Darix marah." You ini kenapa? This is office, staff lain tengok. Malulah!!"
Darix hanya tersenyum senget sambil mengesat darah di hujung bibirnya.
Alana mengalihkan pandangan ke arah lelaki tadi. Dia terkejut dan kaku seketika.Izz Fariq!!
Izz Melihat Alana tajam.
Penampilan Izz mengejutkan Alana. Selekah dan serabai. Rambut dia panjang sehingga paras bahu. Yukk, macam perempuan..bisik hati Alana. Baru tiga bulan mereka berpisah. Nasib baik dia shave segala bulu di mukanya.
Izz masih tidak mengalihkan pandangannya.
Alana melihat Darix yang mula tersengih itu."Ini rupanya bekas boyfriend you Sayang. Not bad tapi sorrylah, kau bukan saingan aku." ujar Darix mengejek.
Alana terkedu..
Izz mengetap gigi." kau itu setakat kuman sajalah pada aku!" bentak Izz.
Darix tersengih sinis.Dia meletakkan tangannya di bahu Alana namun belum sempat dia berbuat demikian buku lima Izz sudah melayang tepat di muka Darix.
sekelip mata Alana ditarik rapat kesebelah Izz.
Alana tergaman.
"Kau jangan cuba sentuh hak milik aku! Aku patahkan satu badan kau, kau itu bukan lawan akulah!!" marah Alana.
Darix masih boleh ketawa lagi dan perlahan-lahan dia bangun. Bibir yang sudah membengkak dan pecah tidak dipedulikan.. Darix melihat Alana.
Alana membuntangkan mata memberi amaran kepada Darix supaya tidak meneruskan apa-apa lagi Namun Darix bukanlah orang yang akan mendengar nasihat." my dear Alana. Apa kata you bagitahu bekas boyfriend you ini yang kita akan bernikah. so please jangan kacau Alana lagi."katanya selamba.
Alana mencerlungkan mata.
Izz mencapai pasu bunga kecil di meja Darix dan ingin melemparkan ke arah Darix namun sempat ditahan oleh Alana." Stop! You nak jadi pembunuh ke?!" marah Alana.
Izz melempar pasu itu jatuh ke lantai dan merenung Alana tajam."I sanggup jadi pembunuh untuk you sayang." bisiknya tajam.
Berdiri bulu roma Alana dibuatnya.
" I love you sayang. Jangan rapat dengan mangkuk ini lagi kalau you masih nak dia hidup." ugut Izz.
Kaku Alana mendengar.
"Kau tak layak untuk Alana." kata Darix tiba-tiba.
Alana menahan tangan Izz yang ingin mara ke arah Darix.
" Kau itu siapa nak tentukan aku layak atau tidak untuk Alana huh?!"
Alana mengisyaratkan Darix berhenti.
" Yes sayang?" soalnya nakal.
Alana mengeluh. Dia ini memang nak kena.
" Dahlah, Izz tolong balik sekarang. Jangan buat kecoh di sini." arah Alana tegas.
Izz merenung Alana tajam sebelum melihat Darix. Jemari Alana digenggam erat.
" you shouldn't playing with me, you don't know me well. Trick and dirty game was my expert. Don't challenge me to do it on you." Izz memberikan amarannya dan terus menarik Alana pergi.
Alana terpinga-pinga mengikuti langkah Izz.
Staff yang lain terus membeku apabila Izz melintas di hadapan mereka. Langkah Izz terhenti tiba-tiba.
"Better you guys ready cari kerja lain sebelum company ini bankrupt." ujarnya sinis.
Alana melopong.

##################

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience